Sunday, April 24, 2011

Warkah Along Buat adik-adik perempuan Along



Assalamualaikum,

ini warkah along untuk adik-adik perempuan along yang along sayang sangat.. pertamanya, maaf along marah-marah korang..tak bagi korang tengok TV sangat tahun ni.. sebab korang ada 3 exam penting UPSR, SPPM, PSRA yang akan menjadi satu titik memori dalam diri korang..along taknak adik perempuan along jadi macam along.. ingatlah.. ibu ayah hantar kita ke sekolah, balik berjemput...bukan nak minta balasan pape..just mengharapkan anak diorang berjaya.. kalau boleh lebih berjaya dari ibu ayah sendiri... along and angah memang dah tipis harapan untuk makbulkan harapan ibu ayah agar ada anak diorang yang akan jadi doktor dalam bidang perubatan.. insyaAllah.. along angah akan sambung belajar sampai ke PhD untuk banggakan ibu dan ayah... tapi adik-adik along belajarlah rajin-rajin.. ibu ayah pun bukan nak tengok result..tapi nak tengok usaha korang je.. itu pun dah cukup membayar penat lelah diorang kat tempat kerja bila nampak anak diorang berusaha sekuat diorang..

kedua, along nak pesan... tolong-tolong buat kerja rumah.. ibu ayah balik lambat sebab nak cari rezeki untuk keluarga..korang balik dari sekolah..tolonglah mana yang patut.. kadang-kadang ibu penat sampai nangis..tolonglah kesat air mata ibu.. along jauh...tak mampu nak seka air mata ibu yang mengalir.. dengarlah cakap ibu..memang kadang-kadang ibu marah-marah.. tengking.. tapi tahu tak.. along salu dengar ibu nangis.. doakan anak-anak ibu.. ibu marah sebab sayang.. bukan sebab benci.. jangan sebab ibu marah..korang dah tarik muka masam.. jangan sebab ibu suruh buat kerja rumah, minta tolong..korang bertolak untuk dapatkan pahala free bila tolong ibu... janganlah asyik fikir kita penat.. jangan asyik fikir diri sendiri je.. buat je.. ikhlaskan hati.. ingatlah..tiket ke syurga tu mahal.. nak beli tu..kena la kumpul pahala bebanyak...k?

ketiga, along nak pesan.. korang lepas ni akan menjalani fasa perubahan hormon.. timbulnya perasaan kat kaum Adam.. berjaga2lah.. kalau suka or jatuh hati.. kenalkan kat along or angah dulu.. kitorang buat screen test..interview..baru boleh.. tapi.. nasihat along.. along sanggup kahwinkan korang muda dari korang terus bercinta dalam keadaan tiada ikatan.. takut nanti..korang bercinta di belakang kami..  lagilah kitorang takut perkara tak diingini terjadi.. cukuplah pengalaman along.. cinta tu buta.. adik-adik along takkan sedar.. selagi tak alami.. tapi, along taknak adik-adik jatuh tersungkur macam along baru nak bangun dan berdiri di bumi nyata.. sedarlah.. cinta ibu ayah pun tak mampu korang balas lagi.. dah nak bercinta dengan orang lain?? along sayangkan adik2 along..sebab tu taknak korang terluka sikit pun..okay??

along taknak pesan banyak2.. cukuplah... insyaAllah.. andai ini menjadi warkah terakhir along untuk korang.. along minta maaf... insyaAllah..angah mampu menjadi abang yang membimbing korang.. ingatlah.. andai along takde.. takde dah tempat mengadu.. mengadulah kepada Allah.. Dia lebih memahami rencana yang dia dah aturkan... walaupun seindah mana perancangan kita.. perancangan Allah adalah yang terbaik...kita sebagai manusia hanya menumpang di bumi Allah.. ingat tu.. k? along nak kena mandi and solat.. jaga diri adik2..jaga iman...jaga akhlak.. insyaAllah.. bila kita jaga agama Allah, Allah akan jaga kita..di dunia dan di akhirat sana.. k? wallahualam..


dari abangmu yang kenyang dan lapar kerana Allah ^_^

2 comments:

  1. baeklah along..adik dengar nasihat along tu ^_^

    ReplyDelete
  2. izza: wah.. byknyer entry dy tgk.. thanks gumi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Since you Left Me..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Setinta pena Mencoret

jika hari ini aku lalai,
tolong ingatkan aku,
tentang masaku yang sia-sia,
tentang kesibukanku dengan dunia,
tentang rinduku yang menggila,
tentang kataku yang merapu saja,
tentang cintaku yang sia belaka.
tentang bekalanku ke sana,
tentang ajalku yang hampir tiba,
tentang sendirianku di dalam tanah,
tentang gelapnya kubur kita,
tentang duniaku yang fana,
tentang akhirat yang abadi jua.