"Semua anak keturunan adam berbuat salah, dan sebaik-baik mereka yang berbuat salah adalah yang paling banyak bertaubat". (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Salam..hari ni.. nak kongsi pasal taubat.. biasanya.. manusia sentiasa buat salah.. kita bukan maksum macam nabi dan rasul.. so.. we tend to make mistakes.. tapi.. kadang2.. kita tak sedar, kita dah buat salah.. manusia dalam bahasa Arab dipanggil insan asal perkataan NaSiYa.. iaitu pelupa.. so.. sebab tu..manusia perlukan ZaKaRa ataupun zikir dan tazkirah..sebagai peringatan..
kita kadang2 minta Allah s.w.t memberikan kita petunjuk.. kita doa kat Allah supaya sentiasa buka hati kita.. masa solat kita baca "tunjukkan kami jalan yang lurus" tapi kita tak pernah sedar Allah memang dah bagi hidayah.. just kita kena tengok dengan mata hati.. percaya tak Allah bagi hidayah setiap hari kat setiap manusia??
ingat.. Allah bagi kesempatan untuk bangun dari tidur..memberi nyawa kepada manusia.. bukankah itu mesej dari Allah yang memberitahu kita bahawa.. "Allah memberi peluang pada aku pada hari ni..untuk menjadi lebih baik dari semalam.. maybe aku tak mampu jadi lebih baik dari semalam..tapi aku harus berusaha" manusia ni memang tak sempurna.. tapi Rasulullah suruh kita sentiasa mengejar kesempurnaan... setiap nafas yang kita sedut secara free ni.. juga hidayah dari Allah.. bulan bintang matahari...langit yang megah tanpa tiang.. bumi dan segala isinya.. kalau kita fikir..semuanya cukup untuk buatkan kita sedar.. Allah sayangkan kita.. denyutan jantung dan ritmanya menunjukkan Allah sayangkan hambaNya..
so.. ingatlah.. janganlah kita lupa dan alpa dengan duniawi semata-mata.. semua manusia pernah buat silap..semua pernah buat salah.. just yang membezakan setiap individu adalah taubat.. nak tahu cara solat sunat taubat? click sini
dari insan yang kenyang dan lapar kerana Allah..
No comments:
Post a Comment