salam A'laykum dan salam perpaduan...
blog ni..dah lama gak tak update..busy with many things lately (tulis reti..cakap omputih kurang sikit..) so.. sedang aku dalam keadaan busy ni.. terpana aku memandang ke arah lautan yang luas terbentang ketika aku berjalan di area pantai Tok Jembal.. keadaan laut yang bergelora ditemani angin yang hinggap di muka.. angin sepoi2 bahasa tapi kadang2 macam menampar pipi bila angin kencang datang menjengah..hehe..
sedar atau tak.. diri kita sebenarnya sedang dalam pelayaran menuju suatu destinasi.. destinasi yang selalunya berdepan dengan kabus nafsu ditemani suara bisikan syaitan bertopengkan duyung yang membuatkan kita kadang2 leka dengan keindahan lautan.. sajian yang dihamparkan menjadi halwa mata yang membuat mata mengalir air mata kesyukuran terhadap nikmat yang Allah berikan.. kalau kecantikan lautan yang memukau pun dah membuat kita tenang.. apatah lagi keindahan syurga yang tiada tolok bandingnya.. Harapnya..kita antara orang yang beruntung untuk diterima ke syurga Allah...insyaAllah..
tempoh pelayaran yang tidak diketahui durasinya membuatkan kita mudah patah semangat sehingga termakan bisikan duyung... kita sebagai nakhoda kapal yang perlu menjaga diri sepanjang tempoh pelayaran ini.. menggunakan peta kehidupan yang telah Allah s.w.t berikan iaitu Al-Quran dan kompas yang menunjukkan hala tuju iaitu Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. mampu menjadikan kaki teguh..tidak berganjak dari matlamat hakiki.. menuju redha Ilahi..
setiap pelayaran bukan hanya diuji dengan ujian kenikmatan tetapi turut dihinggapi ombak bergelora dan angin kencang..tak lupa pada ribut dan taufan yang turut menjadi peneman... so.. berpeganglah pada panji Islam.. Allah dah kata dalam Al-Quran bahawa seseorang itu tidak boleh mengaku beriman sehinggalah Allah menguji dia.. Allah dah cakap.. jalan menuju redha Allah adalah berliku dan sukar.. dunia ini menjadi penjara bagi orang mukmin.. so.. dugaan..halangan..dan cabaran... perlu kita hadapi dengan tenang dan sabar..
kapal layar yang mempunyai nakhoda yang hebat..mampu mengharungi keganasan lautan yang sentiasa datang tanpa memberi salam... kita sekarang.. pantang dicuit.. kapal terlalu fragile..termasuklah diri aku sendiri.. diuji sikit..lemah.. zaman dahulu..para sahabat disula...direjam..masih teguh iman diorang.. aku harap.. pelayaran yang sedang aku teruskan sentiasa dapat redha Ilahi.. insyaAllah...
"YA ALLAH YA TUHANKU, KAU BANTULAH AKU DALAM MELAYARI HIDUP INI.. BANTULAH AKU DALAM MENCAPAI KEREDHAANMU YA ALLAH.. KAU TABAHKANLAH HATI INI MENEMPUH GELOMBANG KEHIDUPAN YANG KIAN BERGELORA.. YA ALLAH, KAU BUKAKANLAH HATI SAHABAT2 KU UNTUK MENERIMA HIDAYAH DARIMU YA ALLAH.. SEMOGA IBU BAPAKU, SAHABAT2KU, KENALANKU DAN JUGA AKU TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG SENTIASA DIRAHMATI DAN DIBERKATI...YA ALLAH, KAU MAKBULKANLAH SETIAP DOA KAMI..AMPUNKANLAH DOSA KAMI DAN TEMPATKANLAH KAMI DI DALAM SYURGAMU YA ALLAH KERNA KAMI TAK MAMPU MENGHADAPI NERAKAMU YA ALLAH..AMIN"
No comments:
Post a Comment