sabar ni..kalau ikut takrif..kita dapat terima semua ketentuan dan ketetapan yang dah Allah s.w.t. berikan.. kadang-kadang dapat sabar..tapi tak dapat redha.. redha ni..bab lain.. nak citer pasal sabar.. Allah s.w.t. sebut dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 96..
"dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan"
nampak tak?? kita sabar je dah dapat pahala.. balasan yang baik.. setiap yang Allah takdirkan pasti ada hikmahnya.. sabar pun sebahagian dari iman kan?
kita dah nak dekat dengan exam.. mesti banyak dugaan yang melanda.. yang tahun akhir tu.. lagi la.. dengan thesis..dengan assignment..dengan masalah peribadi...masalah family..masalah kewangan.. masalah dengan kawan-kawan..masalah rumah banjir... banyak lagi masalah bagi yang nak melangkah keluar dari UMT bumi tercinta ni..
apa yang boleh diutarakan kat sini adalah.. ada seseorang pernah cakap.. "Allah berikan hujan sebelum memberi kita pelangi" sebab Allah nak kita susah dahulu baru senang.. masa hujan tu..kita kena sabar.. sebab time tu Allah bagi pahala free..hehe.. kan2?? Allah uji hambaNya sebab dia sayang hambaNya.. Allah uji hambaNya sebab nak hambaNya dekat kembali dengan dia..
'semakin kita cuba dekati, semakin Allah menjauhi tapi semakin kita menjauhi, semakin Allah menarik kita kembali'
sebab Allah nak kita sedar dan sayang kepadaNya.. insyaAllah...
ada satu doa yang boleh kita amalkan....kalau tak minta tolong dengan Allah..nak minta tolong dengan sape lagi kan??
"Ya Allah Ya tuhanku..limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan kami menyerah diri kepadamu..amin~"
dari insan yang kenyang dan lapar kerana Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment