Rasullullah SAW bersabda:
"Tidaklah seorang yang berdoa kepada AllaH dengan doa
kecuali Allah akan memberikan kepadanya,
sama ada dengan dikabulkan segera di dunia lagi.
Atau disimpan utuknya kebaikan di akhirat atau
ditutup (Kifarat) dosanya setakat doanya selama
dia tidak dokan unsur-unsur dosa,
memutuskan silatur rahim atau
memohon disegerakan.
Maka sahabat berkata:" Ya Rasulullah bagaimana doa minta segera itu?"
Baginda berkata: "Seseorang itu berdoa, aku berdoa Tuhanku, maka perkenankan lah segera.
(Sunan al-Tirmizi)
Daripada hadis di atas para ulama telah menggariskan beberapa cara Allah SWT memakbulkan doa hambaNya:
1. Doa dimakbulkan serta-merta:
Contohnya, doa yang dipanjatkan Rasulullah SAW ketika menghadapi perang Badar. Serta doa Ibn Abbas ketika umat islam dilanda kemarau. Belum sempat Ibn Abbas meletakkan tangan ke bawah, Allah memperkenankan doanya, lalu hujan turun mencurah-curah.
Firman Allah SWT, Surah Al-Baqarah: 186
" Dan apabila hambaku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka beritahulah mereka sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada KU"
2. Dikabulkan wakti lain
Allah menangguhkan untuk memakbulkan doa hambaNya, untuk menguji hambaNya, sehingga seorang hamba itu bersedia untuk menerima nikmat-nikmat daripada Allah. Kerana, jika tidak bersedia dibimbangi nikmat tersebut akan menjadi bala iaitu istidraj.
3. Dihindarkan Bahaya
Doa yang dipohon kepada Allah SWT telah melindungi diri hambanya daripada bahaya, seperti kemalngan, kecederaan dll. Hakikatnya, keadaan ini sangat sukar difahami kerana ditunaikna tanpa sedar. Bak kata, minta lain, diberi lain. Contohnya, kita minta kekayaan dalam perniagaan, sebaliknya Allah hindai kita daripada penyakit kronik. Namun, Allah lebih mengetahui berbanding kita.
" Difardhukan kamu peperangan pada hal kamu membencinya, boleh jadi apa yang kamu benci, baik untuk kamu dan boleh jadi apa yang kamu sukai tetapi itu mungkin membawa mudarat bagi kamu.Allah lebih mengentahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah:216
4. Allah berikan sesuatu yang lebih baik di Akhirat
Betapa beruntung jika kita mendapat sesuatu kurnia di akhirat berbanding kurnia di dunia.
" Dan akhirat lebih baik dan kekal" (Surah Al- A'la;17)
Doan yang dikabulkan di akhirat lebih baik dan kekal daripada dikabulkan di dunia.Kadang-kadang Allah menahan kekayaan yang kita pinta di dunia kerana Allah hendak memberikan kita kekayaan di akhirat. Kekayaan diakhirat bererti syurga.InsyaAllah.
5. Kifarat kepada dosa-dosa
Manusia sentiasa berdosa kepada Allah sama ada yang sengaja atau tidak sengaja. Dosa merupakan pendinding serta penghalang daripada mendapat bantuan, keampunan dan kasih sayang Allah. Di sini lah, doa-doa yang kita panjatkan memainkan peranan penting kerana ian menjadi sebab dosa-dosa kita diampunkan walaupun sebenarnya bukan itu yang kita pohon daripada Allah SWT.
Allah SWT berfirman: " Berdoalah kepada KU nescaya Aku (Allah) akan memperkenankan" ( Surah Ghafir:60)
Dengan janji Allah, seharusnya kita tidak jemu untuk terus menadah tangan berdoa kepadaNya dan tidak mudah berputus asa.
sumber dari: SiNi
*senyum*
ReplyDeletesnyum sokmo...
ReplyDelete