Showing posts with label UMT. Show all posts
Showing posts with label UMT. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

My Best Day 2nd Edition





Salam Alaykum…

Sebelum tu.. nak minta maaf kat kengkawan… hari konvo tu.. lepas keluar dewan.. tak amik gambar sekali.. sebab mencari ibu dan adikku… family first kan? kebetulan ibuku kehabisan bateri henfon.. so.. kena pergi dekat dia dulu.. sorry frenz…

Aku nak ucapkan selamat berjayalah kepada kengkawan… walaupun kita pasni dah bawak haluan masing-masing… do keep in touch… 3 tahun bersama… it’s a very long time… aku nak minta maaf kepada semua yang pernah terasa or makan hati dengan aku…

Aku akan rindu korang sumerr… Ariff Azuan Munshi… Iqbal Hamzah… Manesh… Nazmi… Muhammad Farhan… Shanmugaprakasham… Male Best Friends sepanjang hidup selama 3 tahun di UMT… Nor Shamira… Sharifah Mukhtar… Fana Hashim… Fatin Ahmad… Fida… Eibah… Female Best Friends… Aisyah Padzil… Scha Viore… Aini Nawi… Farizan Ijan… Liyanna Berry… Archana… teman waktu FYP… ramai lagi senanya.. thanks everybody…

Syukran ke hadrat ilahi gak.. tak lupa para pensyarah… walaupun diri ini tak popular macam pelajar lain yang lebih gempak… tapi jasa para pendidikku..tetap akan ku kenang.. maaf sebab tak dapat jadi yang terbaik..

Last the climax..is to my parents… thanks.. maaf.. ini je yang mampu Along buat.. xmampu nak dapat selampang kuning di leher… hanya pakai jubbah plain je… thanks ibu…thanks ayah… doa kalian buat diri ni akhirnya dapat mengapai menara gading.. insyaAllah.. akan Along daki lagi tinggi… selepas gunung MASTER…akan Along tawan gunung PHD.. insyaAllah… thanks gak untuk adik2… ^_^

Alhamdulillah… selesai 3 tahun belajar di UMT… maaf kepada Fariza Aina… tak dapat jumpa hari tu… sorry.. k?

Monday, June 20, 2011

Keindahan Pantai Tok Jembal Kesayangan


salam alaykum, 
sedang sibuk2 membuat thesis hari tu.. tapi.. alang2 dah balik terengganu...
takkan tak nak singgah dan melihat keindahan pantai tok jembal kan??
hehehe... 
so... adela amik gambar sikit2 pagi rabu tu...





ini jer yang mampu.. ade lagi..tapi lambat nak upload..
keindahan ciptaan Allah.. semoga rasa syukur makin bertambah seiring dengan iman dan taqwa kepadaNya.. ^_^

Wednesday, May 18, 2011

Apa Kata Hati - 3

pantai UMT


klik pada gambar kalau takleh baca...

Pulang Driving ke Rumah


Salam Alaykum…
Nak citer pasal balik dari Terengganu ke Bangi hari tu..bertolak lepas pos motor Arif..pukul 11…berhenti sarapan kul 11.30 ondaway ke Dungun…berhenti solat pukul 2.30 kat Gambang.. 


Sepanjang jalan..nampak motor2 besar..hehe.. teringat pulak.. ada orang nak belikan abah dia motor besar macam tu.. hehe… sepanjang perjalanan…memang penuh onak duri.. akibat bawak laju sangat.. visor (panggil apa entah yang kat pintu tu) tercabut… hmmm… tak dapat nak diselamatkan…

Aku minta maaf pada semua…haha.. sebab terlelap masa bawak kereta.. kejap je pun… 10saat je.. sebab Arif tido.. patutnya dia teman aku.. sekali dia goal.. ceh… terpaksa la aku pasang lagu kuat2 and minum air 100plus untuk hilangkan ngantuk..hehe.. lagu2 yang menjadi peneman aku… ST12 – Saat Terakhir, Sehijau Daun – Suaraku Berharap, Faizal Tahir – Hanyut…memang jadi penyegar diri la kan..tak tambah dengan lagu Hindustan, korea, jepun and English..haha

Kalau ikut…sampai sebelum maghrib.. oleh kerana..sahabatku ‘menunjukkan’ jalan… kami telah tersasar sampai ke Shah Alam.. tahniah.. dulu.. 1st time.. aku sesat dengan Iqbal Hamzah sampai ke Sg. Buloh.. 2nd time aku ngan Arif sampai ke Shah Alam.. hehe.. kami sampai kat Putrajaya pukul 8pm.. penat woo~

Tapi inilah..pengalaman dengan kawan2.. best and seronok… haha.. Alhamdulillah berkat doa family and kawan2..kami selamat sampai.. thanks… ^_^

Tuesday, May 17, 2011

~Cikgu~


cikgu...
pengertian yang luas..
tidak terjangkau penglihatan yang terbatas...
yang mampu terucap..
hanya terima kasih.. 
cikgu...
kau diibaratkan lilin....
tapi aku anggap kau torchlight...
sebab kau menyuluh aku dalam kegelapan..
tak pernah kau putus asa...
kau dianggap membakar diri...
tapi aku anggap kau membakar aku...
membakar semangatku untuk terus belajar...
membantuku untuk terus berjaya...
menolakku untuk terus maju...
cikgu....
itulah namamu... 
cikguku adalah ibuku..
cikguku adalah ayahku...
cikguku adalah keluargaku...
cikguku adalah sahabat2ku...
cikguku adalah kawan2ku...
cikguku adalah saudara seagamaku...
cikguku adalah semua yang ada di sekelilingku...

tapi cikgu paling berharga dalam hidupku..
adalah..pengalamanku....

"experience is the BEST teacher"

Syukran Lillah... 

dari insan yang kenyang dan lapar kerana Allah.. ^_^

Sunday, May 15, 2011

Tempat Jatuh lagi Dikenang, Inikan pula tempat Belajar

UMT..University Malaysia Terengganu.. tempat aku menjadi diri aku sendiri...

salam Alaykum...
jam kat laptop menunjukkan pukul 4.30pg... pukul 9.30pg nak drive dari terengganu ke bangi.. mampu ke? dalam keadaan tak tido ni? hmm... hanya berserah dan pasrah jela... insyaAllah..okay kut..

UMT... aku akan pergi... bukan takkan kembali.. tapi susah untuk kita ketemu lagi..
UMT... aku akan menuju ke destinasi.. membawa kau di hati... takkan ku lupa jasa kepada diri...
UMT... aku terkelu...tak mampu bertutur.. kerna perginya aku... membawa embun di pipi...
UMT... terlalu banyak kenangan di sini.. kau menjadi sebuah diari.. coretan milik peribadi....
UMT... 3 tahun kita bersama... setiap tangis dan tawa... kau saksikan segala...
UMT... kini aku akan pergi... bersama namamu di hati... terukir di sanubari...
UMT... aku akan merinduimu... setiap masa bersama sahabat ku... harap kau juga begitu...
UMT... tiada kata mampu ku ucapkan... hanya mampu melambai tangan... hanya doa ku kirimkan...
UMT... terimalah kasihku... untuk diabadikan... kerna hanya itu yang mampu.. untuk diserahkan...

terima kasih....

kepada kawan2.. wajah2 korang akan aku ingati sepanjang masa.. nama2 korang akan aku pahatkan di dada..

kepada para lecturer.. SV ku.. tiada kata mampu aku katakan... maaf kerna tidak mampu memberi 100% keupayaan...

kepada kenalan... ku mohon ampun...maaf dan terima kasih kerna banyak membantuku di sini... terima kasih bebanyak...

kepada sahabat2... aku minta halal makan minum.. minta halal segalanya... terlebih dan terkurang.. tercubit dan tersakit... maaf...

kepada abang2..kakak2..dan adik2... aku minta ampun... selalu bebankan korang dengan segala masalah yang ada... thanks 4 da support... tanpa anda semua.. maybe thesis tak mampu siap.. syukran jazilan..

Ya Allah.. kau telah ketemukan kami semua dalam keadaan yang baik.. maka, kau pisahkanlah kami dalam keadaan yang baik... andai Kau ketemukan kami.... temukanlah kami semua dalam keadaan yang baik... Kau ikatkanlah hati2 kami dengan kasih sayang keranaMu... satukanlah hati2 kami dengan cahaya persahabatan... Kau jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur.. Kau berikanlah kami kejayaan dalam hidup.. Ya Allah, Kau makbulkanlah doa2 kami.. AMIN~

Wednesday, May 4, 2011

Pantun ViVa


Salam Alaykum, aku hanya merepek merabun sebab dah settle viva.. haha.. kalau enjoy komen, kalau tak..kritik je..hehe.. k?


semalaman tak tido analisis data,
last-last minit method ditukar,
berhempas pulas mengambil masa,
bersama Iqbal menuju ViVa...

pagi-pagi berkejar mandi,
mengejar masa sibuk sekali,
gelak tawa sampai di UMTee,
tertinggal abstrak rasa nak mati...

memecut laju kereta iswara,
masuk rumah kasut tak buka,
mengambil abstrak di atas meja,
hampir eksiden di jalan raya..

giliran aku selepas Nazmi,
tangan berpeluh bergetar kaki,
hati bergelora dilanda tsunami,
hanya mengharap Ihsan Ilahi...

Kaki kanan bermula langkah,
Berat melangkah dari kiri,
baru bentang dah termengah,
Diaju soalan tak jawab lagi...

soalan diaju bagai peluru,
cuba mengelak terkena siku,
luka ditampal dengan gam uhu,
Hati panas otak beku..

pembentangan habis hati lega,
tengok orang lain gelak tertawa,
tak abis lagi tersenyum gembira,
hati riang sudah merdeka...

mata merah tangan dah penat,
tak tidur semalam gosok gigi tak ingat,
lepas berpantun rasa nak rehat,
kepada sahabat moga selamat...


bye-bye ^_^

ALL THE BEST!!!!!

GOOD LUCK FOR VIVA YOU ALLS.. ^_^

Tuesday, May 3, 2011

Salam Perpisahan

Salam Alaykum...
ni adalah salam perpisahan buat teman2 dan kawan2 di UMT tercinta ni..

kawan.. pertama kali aku jejakkan kaki ke bumi UMT ni.. aku tak sangka aku akan ketemu sahabat sejati.. tujuanku hanya satu.. membanggakan ibu bapaku yang menghantar aku ke sini..penuh harapan.. agar aku bisa jadi hambaNya yang hasanah di dunia, hasanah jua di akhirat.. lambaian 'homesick' bersama mutiara air mata aku sisipkan bersama pemergian familyku ketika mereka pulang dari menghantarku...


kawan..masihkah kau ingat pertemuan buat pertama kalinya? Arif dan Izzudin..berjumpa di group orentasi.. sahabat pertamaku di sini.. ketika itu telah tertanam dalam jiwaku, bahawa kita akan melakar memori di sini bersama.. perginya Izzudin Aziz menjemput Manesh Kumar, Shanmugaprakasham, Iqbal Hamzah, Nazmi Nasir, Ridhwan, Fauzi, Nasrul dan Luqman ke dalam cereka hidupku di UMT. Langkah persahabatan kita bermula di sini, di bumi UMT. 

 team 'wonder girls' yang turut menjadi titik sejarah dalam hidup aku di sini banyak membimbing dan membantu aku sepanjang perjalanan. setiap langkah dipenuhi hilai tawa Mira, Pah, Fana, Fida, Fatin, kak Yana, Lin dan Eibah. setiap perjalanan, ada suka ada duka.. ingin ku pohon segala kemaafan dari kalian kerna tidak bisa menjadi teman susah senang bersama.. aku tahu masa tak mungkin diganti.. aku tahu itu semua menjadi memori..
 maaf kalian..masa itu tidak bisa aku ganti..hanya sisa masa yang tinggal dapat aku luangkan bersama teman perempuan ku lagi..sejarah yang lepas menjadi titik hitam dalam hidupku dan terima kasih 'wonder girls' kerna mampu menjadi penawar lukaku..biar dihiris sembilu, biar diguris gerimis.. aku tetap sayangkan korang seperti kakak2ku sendiri..



buat teman2 lain..teman2 seperjuanganku di sini..tak dapat aku coretkan nama semua di blog kerdil ini..hanya yang mampu..ku coretkan wajahmu di memori agar tidak terluput dek masa.. andai kita ditakdirkan..kita akan bertemu di ruang masa depan..mengenang kisah di ruang lampau.. all the best in life kawan2..teman2..dan sahabat2 ku..

tak lupa juga..teman makmal MBU.. yang menjadikan waktu kerjaku ceria dan gembira..bersama hilai tawa dan hiruk piruk kita..MBU telah diserikan dengan warna.. terima kasih.. anda semua turut hadir memberi sokongan ketika aku tersungkur di pintu bahagia.. Sha, Aini banyak membantu aku dalam menggapai kembali ruh aku yang telah pergi.. Geok chin, Pija.. thanks for the support..



cuci rumah
 teman serumah yang menjadi teman hidup di sini.. mencuci rumah akibat banjir.. mengharap bantuan yang tidak kunjung tiba..
rumah Arif
 di rumah Arif ketika L.I..1st time sampai..lepak sampai ke malam...thanks kawan2..
Iqbal, Manesh, Aku, Luqman
 1st time karok bersama..thanks..memorable.. kisah hidup takkan aku lupa..
Muhammad Izzat Farhan
Menjadi abang di sini..thanks for the moral support... 

ingin aku lakarkan coretan terakhir..ucapan selamat berjaya dan selamat tinggal menjadi penutup di akhir naskah salam perpisahan.. thanks.. 3 tahun di sini..tak dapat aku lupakan.. just kenang aku dalam doamu.. bertemu berpisah kerana Allah.. sahabat sejati..jika di dunia tidak ketemu lagi..di akhirat nanti pasti.. insyaAllah.. salam perpisahan ini aku sisipkan bersama permata yang mengalir di pipi kerna hanya itu hadiah yang mampu ku beri untuk memori yang kalian beri sepanjang aku di sini.. terima kasih Ya Allah menganugerahkan sahabat sejati seperti ini.. ~Amin~

p/s: all the best for viva!!

Monday, May 2, 2011

Exam Finished

salam alaykum... hari ni last paper.. soalan agak tough..but hope yang sekaki and setangan dengan aku..yang amik komunikasi interpersonal.. "we did our best, let Allah do the rest".. semoga Allah mempermudahkan rezeki..tadi nak keluar.. pastu.. tetiba "masa tinggal lagi 30min, student takleh keluar" adoyaii.. nampak iqbal dah keluar..nazmi pulak..taram aje..keluar gak walaupun jarum panjang di depan berada pada no. 8.. haha.. aku nak keluar kena tahan.. cissss!! takpela.. tetiba dapat buat sajak.. cukup untuk hilangkan bosan.. nanti baru upload.. last la aku duk dalam dewan exam di UMT.. salam perpisahan UMT tercinta.. ='(

Thursday, February 3, 2011

Pantai Contest by Mr. K

Butiran lanjut pasal contest KLiK SiNi
Ha....
gambarnya...TADA!!!

ini adalah pantai waktu malam... aku dan member se-makmal telah menganjurkan PiKnIk....
best woo... gambar bese je.. just nak bagitaw yang we all had fun so much..hehe...
tukang masaknyer yang tudung putih tu.. Sha.. hehe.. pandai masak...esok sape jadi laki dia...untung..

aku nak tag:
Iqbal
Fatin
Faeza

Sunday, January 23, 2011

Sampling Terakhir Di Dungun

Neurothemis fluctuans

Rhyothemis phyllis

Pantala eltoni (maybe)

Caterpillar
tadaa...sampling yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Dungun...tangkap serangga kesayangan...
terkejar-kejar..kasut pun basah.. seluar pun basah...hheheh... memang penat giler la...huhuhu

Dungun
malam kat dungun..naik bas je pun...bas UMT tercinta..
satu geng la...seramai 7 pelajar, 2 lecturer, 2 driver, 1 pegawai sains dan 6 pembantu makmal...heheh
ramai memang ramai.. 
aku sampling serangga..dragonfly, damselfly dan aquatic insects..
ada yang sampling air untuk tengok bacteria dalam air...
ada yang sampling air untuk dapatkan amoeba...
ada yang sampling tumbuhan...
ada yang sampling burung, kelawar dan tikus..hehe

kelawar

burung belatuk
haa..yang aku pegang tu...burung belatuk...yang salu buat lubang kat pokok..
kalau salah cara pegang..kalau kena patuk boleh bengkak tangan..hehe..

itu jela sampling terakhir untuk FYP aku...hope boleh dapat A and lulus dengan cemerlang..
amin~

chow..=p

Sunday, January 16, 2011

Kena TagG!!!

nape bnyak sangat soklan kene jawab...
urat belikat serta salur kentot aku pun leh sumbat macam ni.. uhu
dengan bebekal ilmu separe siap ni..
aku menjawap dengan tulus ikhlas.. credit to
Fatin Syamimi
Instruction :
Create a new note, copy and paste this message, delete my answers and type in yours. Then tag all your good friends and family INCLUDING the person who tagged you. The theory is that you will learn one new thing about each of your friends.

THREE NAMES I GO BY
1. Amjad 2. Famjad 3.Am

THREE PLACES I HAVE LIVED
1. Hartford, Connecticut (obersi tu..) 2. Bangi, Selangor 3. Gong Badak, terengganu (now)

THREE TV SHOWS THAT I WATCH
1. drama Korea 2. movies 3. drama jepun (best woo...suke drama pantai timur.hehe)

THREE PLACES I WANT TO GO
1. Makkah 2. Gambang Water Park (ondaway) 3.Around The World

THREE OF MY FAVORITE FOODS
1. Masakan Ibunda 2. Nasi Lemak Ibu 3. Mi Goreng Mamak Ibu (ibu..engkaulah ratu hatiku..)

THINGS I AM LOOKING FORWARD TO
1. Nak Grad and Nak keje. 2. Nak kumpul duit..tolong parents..  3. nak menikah... hehe

THREE PETS THAT YOU HAVE OWNED
1.Kucing nama Blue (mata ia biru) 2. Ikan Emas 3. Kucing nama Mickey (kena curi..huhu)

THREE FRIENDS WHO WILL REPLY
1. kengkawan 2. para bloggers 3. Anyone

THREE FAVORITE BANDS/SINGERS
1. Awie 2. Faizal Ismail Tahir  3. Fatin Syamimi (dah macam ziana zain punya jiran kalau nyanyi)

THREE FAVORITE SPORTS TO WATCH
1. badminton 2. bola sepak 3.jarang tengok..biasanya main sendiri..hehe

THREE FAVORITE DRINKS
1. Air kosong  2. Ice Blended (pape je) 3.Float

sekarang aku dah jawab sejujurnya...
 
tagging...

Mengamati Suasana


Sedang aku duduk termenung di kawasan library PSNZ...
ku pandang kiri dan kanan...
nyaman je rasa... sekarang tepat jam 4.58pm...
aku ditemani bekas roomate ku.. Hafriz Entech dan Fatin Nautika (bukan roomate..but soulmate)..
oleh kerana tahap bosan gila gaban..
aku pun buka la blog..
sejuk bukan main...
angin dah tak sepoi-sepoi bahasa..
angin bertiup agak kencang...
tengok bendera yang terlekat kat international centre tu macam nak terbang je...
menggigil bulu tangan dan kaki aku...huhuh..

aku duduk kat sini..saja.. lepaks baru abis kelas..
ingat nak makan sotong celup tepung.. nyum3...
tapi xde orang nak belanja..so..
xdapatla nak makan..huhu..nak makan sendiri takde duit...
huhuhuhu...

apala nasib... xpela...
nak buat assignment anatomi la...

chow..=p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Since you Left Me..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Setinta pena Mencoret

jika hari ini aku lalai,
tolong ingatkan aku,
tentang masaku yang sia-sia,
tentang kesibukanku dengan dunia,
tentang rinduku yang menggila,
tentang kataku yang merapu saja,
tentang cintaku yang sia belaka.
tentang bekalanku ke sana,
tentang ajalku yang hampir tiba,
tentang sendirianku di dalam tanah,
tentang gelapnya kubur kita,
tentang duniaku yang fana,
tentang akhirat yang abadi jua.