Saturday, April 30, 2011

Faizal Tahir - Bencinta

 Benarkan ku 'tuk berbicara...
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu


Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu


Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?


Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu


Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu


Bermula dengan Diri

MENDIDIK MANUSIA SEDARI AWAL PEMBENTUKANNYA


Meninjau kisah Imam Abu Hanifah, seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?". Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”.


Maha Suci Allah..betapa hebatnya pengorbanan bapa Imam Abu Hanifah dalam memberikan pembentukan peribadi yang mulia bagi anak yang belum dipunyainya. Alangkah indahnya, jika saya juga begitu. Pembentukan diri anak-anak..siapa mereka..bagaimana mereka..bukan hanya bermula dalam kandungan ibu sahaja. Ianya bermula daripada pembentukan dalam diri setiap individu itu sendiri. Sama ada ketika KITA di bangku sekolah, mahupun ketika KITA belum berumahtangga...KITA sebenarnya.. memainkan peranan dalam mendidik diri kita sendiri dan seterusnya dapat memberikan impak terhadap pembentukan peribadi terhadap ANAK KITA nanti...insyaallah...

Rasionalnya, pena saya menulis memang mudah, melahirkan apa sahaja yang saya rasa. Teorinya nampak mudah. Namun, hakikat yang kita perlu terima semuanya tidak semudah yang kita sangka. Pembentukan peribadi dalam diri kita memerlukan kekuatan spiritual dan mental yang tinggi. Dengan kegilaan dunia kini, tidak mustahil kita juga bakal kecundang. Persekitaran, budaya, keluarga yang sedia ada, turut memainkan peranan dalam membentuk siapa KITA. Namun yang pasti KITA sendiri yang menguasai diri dan IMAN di hati yang menjadi pendiding utama dalam kita melindungi diri.


Saya juga bakal menjadi seorang bapa.. Kalian yang membaca juga bakal menjadi seorang Mama.. Papa.. Ayah mahupun Bonda pada 'insan yang masih suci' yang belum kita miliki. Segalanya masih belum terlambat, siapapun kita, masih ada masa untuk kita betulkan keadaan.. memperbaiki kelemahan diri. Tiada manusia yang sempurna. Namun, dalam berusaha menjadi yang sempurna, ITU SUDAH MEMADAI UNTUK MENJADI YANG SEMPURNA. Marilah kita sama-sama berdoa memohon hidayah agar diberikan petunjuk dalam memiliki peribadi yang unggul, menemui seseorang yang dapat membimbing kita..dapat menerima diri kita dan keluarga seadanya dan paling utama dapat mendekatkan diri kita pada Yang Esa.


semoga saya dapat menjadi yang terbaik kerana Allah ada berfirman, "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu jua sebaliknya". saya ingin menjadi yang terbaik untuk mendapat yang terbaik. InsyaAllah, itu janji Allah pada hambaNya dan tidak mungkin dimungkiri. wallahualam.


sumber dari : http://cahayaalinzakaria.blogspot.com/2010/06/bukan-hanya-dari-rahim-ibu.html


"..Ya Allah Ya Tuhanku...jadikanlah diriku seorang yang sentiasa takut
akan azab dariMu ya Allah..yang sentiasa mahukan kenikmatan
syurgaMu ya Allah..Jadikanlah aku seorang anak yang baik
yang menjadi penawar duka ibu bapaku Ya Allah...
jadikan aku seorang muslim yang diredhaiMu..
agar hidupku sentiasa dalam rahmatMu Ya Allah.."

MengHitung Diri SendiRi


Salam Alaykum... entry ni untuk Iqbal Hamzah yang menasihati aku.. intipati nasihat.."jangan hanya cirit dalam percakapan, sembelit dalam perbuatan".. menyebabkan aku kembali melihat entry2 aku sebelum ni... subhanaAllah... aku dah ada 100+ entry.. tapi adakah entry aku ni memberi manfaat kepada sesiapa?? atau ianya memberi mudharat?? dan entry2 berkaitan agama...adakah aku turut ikut dan buat apa yang aku tulis..?? kalau entry pasal family and cerita2 hidup aku.. maybe it's okay... just takut untuk yang bukan dari kisah hidupku.. hmmm... adakah penulisan aku ni ditemani......

hmmm.. kalau ada.. aku minta perlindungan dariMu Ya Allah... aku terbaca kalau kita cakap something yang baik..tapi tak buat.. nanti kat neraka.. kita akan menjadi keldai yang menarik alat untuk mengisar gandum.. tetiba takut pulak nak tulis.. tapi.. aku mendengar.. lebih baik kita tegur salah silap orang supaya kita akan amik pengajaran gak.. so... aku try muhasabah diri...

and aku minta pada kawan2... if aku ada buat salah.. jangan malu untuk tegur... orang kata.. kuman seberang laut nampak..gajah disebelah buat bodoh je.. maksudnya.. salah orang lain kita nampak.. salah sendiri tak nampak.. jadi.. aku tulis ni kepada sesiapa yang baca blog aku... if ada benda yang tak kena.. tegurlah.. tapi.. kita ada cara nak tegur.. jangan menegur membabi buta.. Nabi sendiri suruh menegur cara hikmah.. so.. if ada masalah.. ni email aku.. famjad89@yahoo.com segala masalah..kita settle luar..bukan dalam blog or facebook.. tempat terbuka kan? hehe.. papepun..yang baik datang dari Allah..kekhilafan penulisan dari aku sendiri.. harap blog lebih banyak manfaat dari mudharat.. penulisan yang baik adalah yang mampu memberi kesan kepada segenap pembaca... manakala pembaca yang baik adalah yang mampu mengambil perkara positif dari setiap bacaannya.. wallahualam..
antara blog bacaan aku yang memberi kesan dalam hidup adalah blog ni.. Kak Sedara dan Suaminya.. gaya penulisan yang simple..but meaningful.. ^_^


dari insan yang kenyang dan lapar kerana Allah

Thursday, April 28, 2011

Kisah Cinta Muslim Sejati

hayatilah...mmg sebuah kisah cinta yg menarik untuk kita baca...



Ini kisah mereka.. kisah cinta yang insyaAllah membawa ke syurga.   Kata mak..   Mak abah berjumpa di program. (Mungkin tamrin sebenarnya) Program akhir tahun siswa siswi universiti.   Kata mak, ketika itu mak sedang menuruni tangga, dan terpandang abah. ...Itulah kali pertama mereka berjumpa mungkin. Cinta pandang pertama.   Mak muslimah yang solehah, beriman. Bertudung labuh dan berjubah lembut. Mak mempunyai wajah yang indah subhanAllah. Cantik dan menyenangkan. Mak pernah dipinang, malah beberapa kali. Alhamdulillah, mak senantiasa bergantung pada Allah. Setiap pinangan, mak akan istikharah. Pernah hadir sebuah pinangan untuk mak, yang mak istikharah ke atasnya. Dan kata mak..   "Mak mimpi mak pakai pakaian pengantin.. indah.. tapi mak pelik.. kenapa baju pengantin mak tak habis dijahit.. tak lengkap.."   Dan pinangan abah datang. Hadir, Seakan angin yang menyampaikan sinar bahagia yang menenangkan.. dan pada Allah, mak bergantung harap. Mak sekali lagi istikharah.   Dan Allah mengurniakan. Juga tanda dalam mimpi.   Mak lihat..   "Mak sembahyang,. mak solat.. dan abah.. abah yang menjadi imam.. abah yang menjadi pemimpin.."   Cerita mak sambil tersenyum..   Dengan redha, mak menerima, dengan cita-cita menjadi isteri yang solehah. Alhamdulillah.   Aku pernah melihat surat mak pada abah semasa pertunangan. Surat cinta dahulu kala. Aku tersenyum. Hehe. Membahagiakan. Aku pernah melihat buku haraki yang dihadiahkan mak pada abah, dengan kata-kata semangat seorang muslimah kepada mujahid. Agar terus tetap dalam perjuangan. Oh, bahagianya..   Mak selalu cerita tentang kenangan manisnya..   Dulu, ketika mak mengidam mengandungkan anak sulungnya, iaitu aku, mak pernah teringin untuk makan buah, dan abah belikan 2 bekas besar khas untuk mak. Ketika mak dalam pantang dan terasa meikmati keindahan minuman, abah hadir dengan satu jug besar. Cerita mak sambil tersenyum.   Dan begitulah abah, terlalu baik. Amat baik. Dan hidup mak senantiasa bersama abah.   Mak kadang-kadang sakit. Pernah mak pengsan dua kali. Pernah mak memasuki wad. Pernah kami sekeluarga mengalami detik-detik yang amat mensyahdukan. Abah pangku mak, dan abah menangis. Aku sebak melihat abah menangis. Dan aku tak pernah melihat abah menangis seperti itu sebelum ini. Dan abah, benar-benar menjaga mak dengan sepenuh jiwa dan raga.   Cerita mak..   Ketika sama-sama menunaikan haji. Ketika semua jemaah sudah pulang, abah masih belum pulang walaupun sudah 2 jam berlalu. Mak risau.   Dan kelihatan abah..   "Abang ke mana? Risaunya ani.."   "Abang buat tawaf, dua kali.. satu untuk abang, dan satu untuk ani.." kata abah sambil tersenyum.   Mak terharu, biasanya tawaf setengah jam. Tapi disebabkan ramai orang, jadi sejam. Dan abah sanggup buat untuk mak.   Abah dan mak selalu berlumba untuk beribadah..   "Abang buat solat sunat tasbih lagi banyak daripada ani.."   "Isk, ani tak boleh sembahyang boleh lah abang potong.."   Dan abah hanya ketawa.   Dalam sunat tasbih, dalam solat tahajjud, dan pelbagai perkara. Di rumah ada sebuah buku. Amalan harian di bulan ramadhan, amalan setiap hari. Dan abah dan mak selalu berebut untuk buku tersebut. Selalu bertukar tangan.   Pernah mak tanya,   "Abang suka ani marah-marah, tapi sihat ke.. atau ani diam, tapi ani sakit.."   "Tentulah abang suka ani sihat, walaupun marah-marah.." jawab abah..   Dan bila mak teringinkan sesuatu, abah akan usaha membahagiakan mak. Abah seorang tukang masak yang baik. Amat baik.   Dan abah selalu membanggakan mak.   Ke mana mak pergi, mak bangga bila orang berkata. Dan selalu berkata.   "Beruntung Ani dapat suami macam tu.."   Mak gembira.   Kadang-kadang mak pening kepala. Abah akan belai kepala mak. Bacakan ayat al-quran dengan penuh kasih sayang. Dan itu amat menenangkan mak..   Pernah mak berkata..   "Abah terlalu baik, amat baik.. Sehinggakan mak penah terfikir, jika abah mengimpikan untuk berkahwin baru. Mak akan izinkan, mak akan benarkan.. Abah terlalu baik, dan mak senantiasa inginkan kebahagiaan abah.."   Dan abah selalu membanggakan mak, hingga saat terakhir. Hingga abah kini,   Sudah tiada.   Pergi untuk bertemu cinta agungnya..   Abah membanggakan mak dengan senyuman manisnya walaupun abah sudah tiada. Senyuman yang meredakan tangisan kami. Abah membanggakan mak dengan pujian sahabat abah kepada jenazah.   Mak sedih, terlalu sedih. Mak peluk dan belai abah.   Ketika tangisan mak mereda. Mak berkata..   "Senyuman abah sinis, seperti senyumannya selalu untuk mengusik mak.."   Mak seakan tak lalu makan. Dan aku cuba menyuap. Mak menahan sambil menangis.   "Jangan suap mak, mak akan teringatkan abah.."   Mak tak boleh mendengar deringan telefon.   "Mak berharap sangat yang telefon tu abah.."   Mak terus menangis.. Sebentar mak tersenyum.   "Abah terlalu baik, sehinggakan nak mencari keburukan, susah sangat.. kecuali satu.. suara abah yang tak sedap.. Itupun mak rindukan sangat suara tu..." ujar mak..   Menarik nafas. Dalam. Amat dalam.   "Nadwan, mak perlu kuat kan? Sebab abah dah pergi dengan baik sangat. Jadi mak kena gembira. Mak kena gembira bila abah gembira. Abah, dah bahagia sangat hingga senyum begitu sekali. Mak juga nak jadi macam abah. Mesti abah dan dapat bidadari yang cantik-cantik kan?Agak-agak abah ingatkan mak lagi tak?.. "   Mak terus tersenyum.   "Mak nak buat ibadah banyak-banyak.. mak nak jadi macam abah.. mak nak masuk syurga sama-sama... sampai nanti.. insyaAllah.. mak nak jadi ketua bidadari untuk abah di syurga nanti..."   Dan hati seorang isteri terus tabah. Mendamba penuh harapan dalam tangisan penuh kerinduan...  



Mudah-mudahan kita juga boleh menjadi macam mereka....

sumber dari: i-love-allah-swt-and-prophet-muhammad-saw - Facebook

Sheila On 7 - Dan

Dan
Bila esok datang kembali
Seperti sedia kala
Di mana kau bisa bercanda

Dan
Perlahan kau pun
Lupakan aku mimpi buruk mu
Dimana telah ku tancapkan duri tajam
Kau pun menangis menangis sedih
Maafkan aku

( 1 )
Dan
Bukan maksud ku
Bukan ingin ku melukaimu
Sedarkah kau di siniku pun terluka
Melupakanmu menepikanmu
Maafkan aku

( 2 )
Lupakanlah saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulu kala
Caci-maki saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulukala
( ulang 1, 2 & 2 )

Wednesday, April 27, 2011

Doa Kepada Allah s.w.t.

 
 
Rasullullah SAW bersabda:
"Tidaklah seorang yang berdoa kepada AllaH dengan doa
kecuali Allah akan memberikan kepadanya,
sama ada dengan dikabulkan segera di dunia lagi.
Atau disimpan utuknya kebaikan di akhirat atau
ditutup (Kifarat) dosanya setakat doanya selama
dia tidak dokan unsur-unsur dosa,
memutuskan silatur rahim atau
memohon disegerakan.

Maka sahabat berkata:" Ya Rasulullah bagaimana doa minta segera itu?"

Baginda berkata: "Seseorang itu berdoa, aku berdoa Tuhanku, maka perkenankan lah segera.

(Sunan al-Tirmizi)

Daripada hadis di atas para ulama telah menggariskan beberapa cara Allah SWT memakbulkan doa hambaNya:

1. Doa dimakbulkan serta-merta:

Contohnya, doa yang dipanjatkan Rasulullah SAW ketika menghadapi perang Badar. Serta doa Ibn Abbas ketika umat islam dilanda kemarau. Belum sempat Ibn Abbas meletakkan tangan ke bawah, Allah memperkenankan doanya, lalu hujan turun mencurah-curah.

Firman Allah SWT, Surah Al-Baqarah: 186

" Dan apabila hambaku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka beritahulah mereka sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada KU"

2. Dikabulkan wakti lain

Allah menangguhkan untuk memakbulkan doa hambaNya, untuk menguji hambaNya, sehingga seorang hamba itu bersedia untuk menerima nikmat-nikmat daripada Allah. Kerana, jika tidak bersedia dibimbangi nikmat tersebut akan menjadi bala iaitu istidraj.

3. Dihindarkan Bahaya

Doa yang dipohon kepada Allah SWT telah melindungi diri hambanya daripada bahaya, seperti kemalngan, kecederaan dll. Hakikatnya, keadaan ini sangat sukar difahami kerana ditunaikna tanpa sedar. Bak kata, minta lain, diberi lain. Contohnya, kita minta kekayaan dalam perniagaan, sebaliknya Allah hindai kita daripada penyakit kronik. Namun, Allah lebih mengetahui berbanding kita.

" Difardhukan kamu peperangan pada hal kamu membencinya, boleh jadi apa yang kamu benci, baik untuk kamu dan boleh jadi apa yang kamu sukai tetapi itu mungkin membawa mudarat bagi kamu.Allah lebih mengentahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah:216

4. Allah berikan sesuatu yang lebih baik di Akhirat

Betapa beruntung jika kita mendapat sesuatu kurnia di akhirat berbanding kurnia di dunia.

" Dan akhirat lebih baik dan kekal" (Surah Al- A'la;17)

Doan yang dikabulkan di akhirat lebih baik dan kekal daripada dikabulkan di dunia.Kadang-kadang Allah menahan kekayaan yang kita pinta di dunia kerana Allah hendak memberikan kita kekayaan di akhirat. Kekayaan diakhirat bererti syurga.InsyaAllah.

5. Kifarat kepada dosa-dosa

Manusia sentiasa berdosa kepada Allah sama ada yang sengaja atau tidak sengaja. Dosa merupakan pendinding serta penghalang daripada mendapat bantuan, keampunan dan kasih sayang Allah. Di sini lah, doa-doa yang kita panjatkan memainkan peranan penting kerana ian menjadi sebab dosa-dosa kita diampunkan walaupun sebenarnya bukan itu yang kita pohon daripada Allah SWT.



Allah SWT berfirman: " Berdoalah kepada KU nescaya Aku (Allah) akan memperkenankan" ( Surah Ghafir:60)

Dengan janji Allah, seharusnya kita tidak jemu untuk terus menadah tangan berdoa kepadaNya dan tidak mudah berputus asa.



sumber dari: SiNi

Tuesday, April 26, 2011

Buat Pasangan Halal (Suami Isteri)

Salam Alaykum.. ini khas untuk yang nak kawin..dah kawin..ondaway ke jinjang pelamin...

wahai suami,
waktu awal berkahwin..isterimu dilihat bagai bidadari syurga mahupun dewi yang turun dari kayangan.. semuanya indah kerana cinta masih mekar.. kau akan membuatkan isterimu menanggung zuriatmu selama sembilan bulan.. menyusui bakamu.. menjaga dan mendidik waris mu.. oleh itu, jagalah isterimu..didiklah isterimu dengan didikan agama yang cukup.. itu tanggungjawabmu.. aku tahu.. kau penat.. kerja mencari nafkah.. tapi ingatlah.. isterimu di rumah.. melayan anak-anakmu.. menyiapkan makananmu.. menyiapkan pakaianmu.. menjaga rumah dan segala isinya agar pulangnya dirimu.. halwa mata yang menjamu penglihatanmu.. agar kurang penat lelahmu.. jangan kau ambil kesempatan terhadap kelembutan isterimu.. kau tahu dia takkan menjamah sedikit pun makanan selagi kau belum pulang.. jadi jangan biarkan dia menunggumu dengan perut yang kosong.. kerja sampai mati takkan habis.. habiskan satu kerja..satu lagi akan tiba.. adat bekerja.. luangkan masa untuk keluargamu.. mereka yang menjadi tulang belakangmu.. menyokongmu..mendoakan mu.. jangan kau khianati cinta isterimu.. mengharap pulangnya dirimu membawa bunga.. tetapi kau pulang dengan madunya yang tidak diingininya... wahai suami... fikirlah.. sebelum kau melakukan sesuatu.. letakkan dirimu di tempat isterimu.. andai kau tak suka menunggu..jangan biarkan orang menunggumu.. ingat kembali janji2 manismu untuk bahagiakan isterimu.. ingatlah.. jangan mengharap isteri sebaik isteri-isteri nabi.. kalau diri sendiri tak mampu menjadi sebaik nabi.. jangan bicara tentang agama kalau jahil untuk melakukannya.. renungkan wahai para suami.. lihat ke mata isterimu.. bahagia atau derita.. air matanya mengalir gembira atau duka.. fikirkan sejenak wahai suami..



wahai para isteri,
kau begitu gembira sewaktu dipimpin walimu dan diserahkan kepada suamimu.. senyuman yang terukir menceritakannya.. tangisan gembira berbaur sedih kerana meninggalkan keluarga tercinta.. bapamu menciummu mengharap anak didikannya menjadi isteri solehah.. wahai isteri, tahukah tanggungjawab utamamu adalah kepada suamimu.. tahukah kamu para isteri..suamimu yang akan menanggung dosamu kini.. hormatilah suamimu.. sayangilah dia selagi mana dia menyayangi Allah.. cintailah dia selagi mana bibirnya basah dengan zikrullah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. andai bibirnya kering... basahkanlah bibir suamimu dengan peringatan.. kau dicipta dari rusuk kirinya untuk menjadi pendamping di kala susah dan senang.. menjadi peringatan ketika dia terlupa.. aku tahu.. kau semakin bosan tatkala dia sibuk dengan kerjanya.. tahukah kau.. pakaianmu..makananmu..perbelanjaanmu.. dia yang menjadi penaja... aku tahu..kau pun ada duit..kau turut mempunyai kerjaya.. tapi dia yang menjaga dirimu ketika sakit.. dia yang berada di sisimu ketika kau hamil 9 bulan... ketika kau dalam kepayahan.. tahukah kamu... setiap kali kau tertidur kepenatan.. dia akan mengucup dahimu.. meminta ampun kerana tidak dapat membahagiakanmu... tahukah kamu dia memerlukanmu tapi tidak disuarakan kerana tidak mahu membebankanmu... tahukah kamu dia memerlukan belaianmu setiap malam tetapi kau menolaknya.. "dilaknat isteri yang menolak suami untuk bersamanya sehingga ke pagi kecuali waktu gering" andai kau menghembuskan nafas terakhir.. dapatkah kamu keampunan dari suamimu.. fikirkanlah..

wahai para pasangan..
ingatlah...
sewaktu kau ingin meninggalkannya..ingatlah saat pertama kau memiliknya...
sewaktu kau ingin memarahinya...ingatlah saat pertama kau menerima kasihnya..
sewaktu kau ingin membencinya...ingatlah saat pertama kau menyintainya..
sewaktu kau ingin memukulnya..ingatlah saat pertama kau membelainya...
sewaktu kau melupakannya...ingatlah saat kau merinduinya...
sewaktu kau ingin berlalu pergi darinya..ingatlah saat kau berlari mengejarnya..
sewaktu kau ingin mengungkit salahnya..ingatlah saat tercipta memori indah tentangnya..
sewaktu kau hilang cinta kepadanya...ingatlah saat pertama dia menyintaimu...
sewaktu kau ingat yang negatif..ingatlah yang positif...
sewaktu kau ingat yang hitam..ingatlah yang putih...

sewaktu itu kau akan sedar.. betapa hebatnya kasih sayang yang Allah kurniakan.. betapa hebatnya Anugerah cinta yang Allah beri... cintailah pasanganmu kerana Allah..dan Allah akan memberimu cintaNya.. insyaAllah...

Sunday, April 24, 2011

Warkah Along Buat adik-adik perempuan Along



Assalamualaikum,

ini warkah along untuk adik-adik perempuan along yang along sayang sangat.. pertamanya, maaf along marah-marah korang..tak bagi korang tengok TV sangat tahun ni.. sebab korang ada 3 exam penting UPSR, SPPM, PSRA yang akan menjadi satu titik memori dalam diri korang..along taknak adik perempuan along jadi macam along.. ingatlah.. ibu ayah hantar kita ke sekolah, balik berjemput...bukan nak minta balasan pape..just mengharapkan anak diorang berjaya.. kalau boleh lebih berjaya dari ibu ayah sendiri... along and angah memang dah tipis harapan untuk makbulkan harapan ibu ayah agar ada anak diorang yang akan jadi doktor dalam bidang perubatan.. insyaAllah.. along angah akan sambung belajar sampai ke PhD untuk banggakan ibu dan ayah... tapi adik-adik along belajarlah rajin-rajin.. ibu ayah pun bukan nak tengok result..tapi nak tengok usaha korang je.. itu pun dah cukup membayar penat lelah diorang kat tempat kerja bila nampak anak diorang berusaha sekuat diorang..

kedua, along nak pesan... tolong-tolong buat kerja rumah.. ibu ayah balik lambat sebab nak cari rezeki untuk keluarga..korang balik dari sekolah..tolonglah mana yang patut.. kadang-kadang ibu penat sampai nangis..tolonglah kesat air mata ibu.. along jauh...tak mampu nak seka air mata ibu yang mengalir.. dengarlah cakap ibu..memang kadang-kadang ibu marah-marah.. tengking.. tapi tahu tak.. along salu dengar ibu nangis.. doakan anak-anak ibu.. ibu marah sebab sayang.. bukan sebab benci.. jangan sebab ibu marah..korang dah tarik muka masam.. jangan sebab ibu suruh buat kerja rumah, minta tolong..korang bertolak untuk dapatkan pahala free bila tolong ibu... janganlah asyik fikir kita penat.. jangan asyik fikir diri sendiri je.. buat je.. ikhlaskan hati.. ingatlah..tiket ke syurga tu mahal.. nak beli tu..kena la kumpul pahala bebanyak...k?

ketiga, along nak pesan.. korang lepas ni akan menjalani fasa perubahan hormon.. timbulnya perasaan kat kaum Adam.. berjaga2lah.. kalau suka or jatuh hati.. kenalkan kat along or angah dulu.. kitorang buat screen test..interview..baru boleh.. tapi.. nasihat along.. along sanggup kahwinkan korang muda dari korang terus bercinta dalam keadaan tiada ikatan.. takut nanti..korang bercinta di belakang kami..  lagilah kitorang takut perkara tak diingini terjadi.. cukuplah pengalaman along.. cinta tu buta.. adik-adik along takkan sedar.. selagi tak alami.. tapi, along taknak adik-adik jatuh tersungkur macam along baru nak bangun dan berdiri di bumi nyata.. sedarlah.. cinta ibu ayah pun tak mampu korang balas lagi.. dah nak bercinta dengan orang lain?? along sayangkan adik2 along..sebab tu taknak korang terluka sikit pun..okay??

along taknak pesan banyak2.. cukuplah... insyaAllah.. andai ini menjadi warkah terakhir along untuk korang.. along minta maaf... insyaAllah..angah mampu menjadi abang yang membimbing korang.. ingatlah.. andai along takde.. takde dah tempat mengadu.. mengadulah kepada Allah.. Dia lebih memahami rencana yang dia dah aturkan... walaupun seindah mana perancangan kita.. perancangan Allah adalah yang terbaik...kita sebagai manusia hanya menumpang di bumi Allah.. ingat tu.. k? along nak kena mandi and solat.. jaga diri adik2..jaga iman...jaga akhlak.. insyaAllah.. bila kita jaga agama Allah, Allah akan jaga kita..di dunia dan di akhirat sana.. k? wallahualam..


dari abangmu yang kenyang dan lapar kerana Allah ^_^

Saturday, April 23, 2011

Pulang ke Bangi

salam alaykum...hehe sonoknyer..dah balik umah.. banyak keja sebenarnya tapi balik untuk terapi..haha.. terapi jiwa ni.. homesick... tu yang kena balik.. si cilik kecil ni..adalah adik bongsu.. dia suke tengok video "barney" so..download la untuk dia.. tengok adikku yang perempuan ni... comey macam abang dia gak..hehe.. si kecik ni terkejut tengok rambut abang dia... hehe..

tiba je aku kat LCCT, disambut oleh ibu yang tengah kejar masa... sibuk dengan mesyurat AJK Taman..wakil MPKJ datang untuk menerima dan mendengar aduan penduduk.. hehe.. ayah dah turun padang (macam wakil rakyat) untuk meeting tu..

aku melangkah ke dalam rumah dengan senyuman adik lakiku.. hehe.. terkejut beruk dia tengok rambut aku.. gelak sakan dia..hehe.. aku terus meluru ke dapur and membantai 2 bungkus nasi lemak mak jah dengan ibu... bergelak sakan kitorang tengok kartun kat TiVi.. hehe

then aku naik ke bilik dan tertidur.. penat (macam la aku drive).. bangun dan terus menyantap.. wah.. rindunya pada happy family aku ni.. sayang ibu, sayang ayah, sayang adik2...sayang semua..


insan kenyang dan lapar kerana Allah ^_^

Friday, April 22, 2011

U-Kiss - 0330 LyRicS

Korean Version


YO Listen up
This is my tragic story
Just to break in my heart


Na ajikdo neoreuljiul su eopseo
Jakkujakku niga saenggakna
Niga neomu bogo shipeo
Bamsae hansumdo jal su eopseo


Nae mam changmuneul dudeurineun bitsori
Niga tteona beorin geujari
Neomunado geuriweoseo
Bamsae hansumdo jal su eopseo nan


Bitgil bikkyeo jinaganeun neoeui dwit moseub
Amu geotdo halsu eopneun naneun geodeub
Haesei maeil nan tto huhwereul hae mianhae
Gidohae I want you to be back
I can't gyeondil su eopseo nega
Eopneun harunikka chameul su eopseo nungae
Nunmul heulleo naega
Again nareul ijeulsu isseulkka
Eonjakkaji naneun ireolkka


Na ajikdo neoreuljiul su eopseo
Jakkujakku niga saenggakna
Niga neomu bogo shipeo
Bamsae hansumdo jal su eopseo


Nae mam changmuneul dudeurineun bitsori
Niga tteona beorin geujari
Neomunado geuriweoseo
Bamsae hansumdo jal su eopseo nan


Bamsae neoman saenggakhae naneun jal su eopseo (O ireon oneul bamdo)
Why did I turn on this love show (oneul bamdo)
Neowa naeui sain meoreojyeosseo (her)
Naega i sarangeui haini eosseo


Why did we fight urin wae iraenneunde
Did you lose the sight urin saranghaenneunde
Naega wae i sungan meomchweo inneunde
Baboya naega piryohan geon baro neoya


Eokkaega chuk neureojyeo inneun neo
Hansumman ttang kkeojige swineun neo
Dapdaphan gaseumman tangtang chineun neo
Duson moa haneurege gidohaneun neo
Ilgeorago moseubi naneun sangsangi ga
Uri da itja jiuja nappeun gieokdeureul da
(I’m sorry) Neoga eotteolji ara
Mianhadan mal bakke hal su eopneun na


Na ajikdo neoreuljiul su eopseo
Jakkujakku niga saenggakna
Niga neomu bogo shipeo
Bamsae hansumdo jal su eopseo


Nae mam changmuneul dudeurineun bitsori
Niga tteona beorin geujari
Neomunado geuriweoseo
Bamsae hansumdo jal su eopseo nan


O ireon oneul bamdo oneul bamdo her


You & I urieui kkeunnohjima
Don’t deny our r²π
Naege wa ije da gwaenchanha
Dashi dashi da modeungeol shijankhaneun geoya


Bamsae hansumdo jal su eopseo


Na ajikdo neoreuljiul su eopseo
Jakkujakku niga saenggakna
Niga neomu bogo shipeo
Bamsae hansumdo jal su eopseo


Nae mam changmuneul dudeurineun bitsori
Niga tteona beorin geujari
Neomunado geuriweoseo
Bamsae hansumdo jal su eopseo nan

English version

Eli -- yo listen up my tragic story this is just to break in my heart

Hoon -- I still can't erase you
Keep reminds me of the mushrooming.
Want to see you too
U-Kiss -- all night can't sleep well
Hoon -- my heart pounding rain sound window
You leave that place
As Miss so much
U-Kiss -- all night long sigh I can't well

AJ -- comb your way out of the way a passing gaze/anything can't I reiterate
And every day I also regret and sorry/I want you to pray to be back
I can ' t can't withstand/Gets a day without putting eye tears flowing I
Again I could forget you/when I do this

Soo Hyun -- I still can't erase you
Keep reminds me of the mushrooming.
Want to see you too
U-Kiss -- all night can't sleep well
Soo Hyun -- my heart pounding rain sound window
You leave that place
As Miss so much
U-Kiss -- all night long sigh I can't well

Ki-Seop -- Oh dear, even Her even tonight tonight

Eli -- all night if you think I can't well/why did i turn on this love show
You and I got the sign away/I love was the servant
Why did we fight we're saying why this
Did you lose the sight we love was
Why do I have to stop this at the moment all I need is a moron're

Dong Ho -- shoulder axis nearby only you/sigh that land turns off break you
Stuffy chest beating only bath bath you/crossed to pray to the sky is yours
I seen I'd imagine/we erase characters, let's not forget the bad memories are everything
(I m sorry ') you know what it would be like saying the bottom/sorry can only or

Kevin -- I still can't erase you
Keep reminds me of the mushrooming.
Want to see you too
U-Kiss -- all night can't sleep well
Kevin -- my heart pounding rain sound window
You leave that place
As Miss so much
U-Kiss -- all night long sigh I can't well

Kevin -- Oh dear, even Her even tonight tonight

Eli, AJ, suggesting a -- Y & I don't let our lanyard/don ' t deny our π r ²
For me, and now everything is fine/back to back it all up I'm going to start

U-Kiss -- all night can't sleep well

Thursday, April 21, 2011

Sad Love Story

  
A Sad Love Story telling us not to be afraid of expressing our Feelings abd try to understand others feeling and their problems.....its lille bit big but read it

I have a boyfriend who grew up with me. His name is Jin. I always thought of him as a friend
Until last year, when we went to a trip from a club. I found that I fell in love with him. Before that
trip was over,... I took a step and confessed my love for him. And soon, we became a pair of
lovers, but we loved each other in different ways. I always concentrated on him only, but by his side, there were so many other friends . To me, he was the only one, but to him, maybe I was just another girl...

"Jin, do you want to go watch a movie?" I asked.
"I can't"
"Why? You need to study at home?" I felt disappointment grabbing me.
"No... I am going to meet a friend...

He was always like that. He met girls in front of me, like it was nothing. To him, I was just a girlfriend. The word 'love' only came out from my mouth. Since I knew him, I had never heard him say 'I love you' before. To us, there weren't any anniversaries at all. He didn't say anything from the first day and it continued till 100 days...200days... Everyday, before we say goodbye, he would just hand me a doll, everyday, without fail. I don't know why...

Then one day...

Me: Um, Jin, I ...
Jin: What...don't drag, just say..
Me: I love you.
Jin: ......you....um, just take this doll and go home.
That was how he ignored my 'three words' and handed me the doll. Then he disappeared, like he was running away. The dolls I received from him everyday, filled my room, one by one. There were many...
Then one day came, my 19th year old birthday. When I got up in the morning, I pictured a party with him, and stranded myself in my room, waiting for his call I was disconned all my friends call just waiting for his call... But... lunch passed, dinner passed... and soon the sky was dark... he still didn't call. It was already tiring to look at the phone anymore. Then around 2am in the morning, he suddenly called me and woke me from my sleep. He told me to come out of the house. Still, I felt joy and I ran out happily.

Me: Jin...
Jin: Here...take this...
Again, he handed me a little doll.
Me: What's this?
Jin: I didn't give it to you yesterday, so I am giving it to you now. I'm going home now, bye.
Me: Wait, wait! Do you know what today is?
Jin: Today? Huh?
I felt so sad, I thought he would remember my birthday. He turned around and walked away like nothing had happen. Then I shouted... "Wait..."
Jin: You have something to say?
Me: Tell me, tell me you love me...
Jin: What?!
Me: Tell me
I put my pathetic self behind and clung on to him. But he just said simple cold words and left.
"I don't want to say...that I love someone so easily, if you are desperate to hear it, then find someone else."
That was what he said. Then he ran off. My legs felt numb... and I collapsed to the ground. He didn't want to say it easily... How could he.... I felt that... Maybe he is not the right guy for me...
After that day, I stranded myself at home crying, just crying. He didn't call me, although I was waiting. He just continued handing me a little doll every morning outside my house. That's how those dolls piled up in my room... everyday
After a month, I got myself together and went to school. But what made the pain resurface was that... I saw him on a street... with another girl who was handing him a doll... He had a smile on his face, one that he never showed me...as he touched the doll... I ran straight back home and looked at the dolls in my room, and tears fell... Why did he gave these to me... Those dolls are probably picked out by some other girls...In a fit of anger, I threw the dolls around. Then suddenly, the phone rang. It was him. He told me to come out to the bus stop outside my house. I tried to calm myself down and walked to the bus stop. I kept reminding myself that I am going to forget him, that... it's going to end. Then he came into my sight, holding a big doll.
Jin: Jo, I thought you were pissed, you really came?
I couldn't help hating him, acting like nothing had happen and joking around. Soon, he held out the doll as usual...
Me: I don't need it. Jin: What....why...
I grabbed the doll from his hands and threw it on the road.
Me: I don't need this doll, I don't need it anymore!! I don't want to see a person like you again!
I spitted out all the words that were inside me. But unlike other days, his eyes very shaking.
"I'm sorry" He apologized in a tiny voice. He then walked over to the road to pick up the doll...
Me: You stupid! Why are you picking up the doll?! Just throw it away!!! But he became a deaf and dumb person and ignored me and just went to pick the doll. Then...

Honk~ Honk~
With a loud honk, a big truck was heading towards him.
"Jin! Move! Move away!" I shouted... But he didn't hear me, he squatted down and picked up the doll.
"Jin, move!" HONK~!! "Boom!" That sound, so terrifying.
That's how he went away from me. That's how he went away without even opening his eyes to say one word to me.
After that day, I had to go through everyday with guiltiness and the sadness of losing him... And after spending two months like a crazy person... I took out the dolls.

Those were the only gifts he left me since the day we started going out. I remembered the days I spent with him and started to count the days... when we were in love...

"One...two... three..." That was how... I started to count the dolls...
"Four hundred and eighty four... four hundred and eighty five..." It all ended with 485 dolls.
I then started to cry again, with a doll in my arms. I hugged it tightly, then suddenly...

"I love you~, I love you~" I dropped the dolls, shocked.

"I....lo..ve...you??" I picked up the dolls and pressed its stomach.

"I love you~ I love you~" It can't be! I pressed all the dolls' stomach as it piled on the side.
"I love you~"
"I love you~"
"I love you~"
Those words came out non-stop. I...love you... Why didn't I realize that....That his heart was always by my side, protecting me. Why didn't I realize that he love me this much... I took out the doll under the bed and pressed it's stomach, that was the last doll, the one that fell on the road. It had his blood stain on it. The voice came out, the one that I was missing so much.

"Jo...Do you know what today is? We've been loving each other for 486 days. Do you know what 486 is? I couldn't say I love you.... Um... since I was too shy... If you forgive me and take this doll, I will say that I love you... everyday... till I die... Jo... I love you..."

The tears came flowing out of me. Why? Why? I asked god, why do I only know about all this now? He can't be by my side, but he loved me until his last minute...

For that... and for that reason... to me... it became courage... to live a beautiful life....

This Story telling us not to be afraid of expressing our Feelings to someone who is our life and

Try to understand others feeling and their problems before getting fire upon them with anger remember to break a heart a word is enough but to join it whole life is not enough.................................

Treat every relationship ( even its our blood relation.. MOM... Dad...Brother... Sister..)as if it's the last one, then you'll know how to Give.

Treat every moment as if it's the last day, then you'll know how to Treasure.

Treasure what you have right now, or else you may regret one day...!!
Only 4 my LOve :P

(( ♥ ))

   ________/)______./¯"""/')
...¯¯¯¯¯¯¯¯¯\)¯¯¯¯¯'\_„„„„\) ♥
 
sumber dari facebook.. page: Why do I love You so much click here => Page Facebook


Wednesday, April 20, 2011

Ujian : Exam and Hidup

Salam.. aduhai.. aigoo.. adakah sekarang musim kesedihan? musim kekecewaan? musim ketensionan? aduhai... exam2.. buat ramai jadi gila..gila study..gila ngantok..gila kopi..gila stress..gila bayang.. memang gila la..

memang stress habis..exam killer paper smlm.. lepas ni, paper tak killer pun kena study gak..aigooo.. naik stress dah ni... botak dah kepala..ish3.. sabarlah... pejam celik nanti exam tu abislaa.. sikit je lagi..chaiyok!!!

pastu..kat facebook.. aku tengok.. kisah cinta tak kesampaian memang ramai giler la.. aku ingat kisah aku je..rupanya ramai giler orang.. yang gurlfren tinggalkan..yang boyfren tinggalkan..yang boyfren mati..yang gurlfren kawin lari.. aduhaiii.. drama2.. yang impaknyer.. ada yang kurus..yang nangis dah 3 bulan..yang masih jadi stalker..yang masih sayang.. yang masih cinta..yang masih rindu.. aduhaiii... sampai aku rasa ada yang lagi parah dari aku dulu.. ish3.. teruk betul cinta manusia ni..

yang kena tinggal dengan makwe bukan sorang dua.. ish3.. ada yang salahkan diri sendiri..ada yang salahkan makwe.. ada yang salahkan orang ketiga.. salahkan orang keempat.. parents menghalang.. exgurlfren sosial.. pegang2 dengan laki lain..
nak bagitaw la kat golongan laki ni.. udah2 la... dia dah move on.. ko pun kena move on gak.. walaupun kau hanya mampu merangkak..mahupun mengesot.. u need to move forward.. jangan lemah.. kita kaum Adam yang menjadi benteng agama.. cintakan Allah..pasti rasa tenang.. percayalah.. aku tahu, para lelaki jarang nangis..if nangis tu maknanya parah la tu.. keep it like that.. be strong.. perempuan yang baik untuk laki yang baik...

yang perempuan pulak.. nangis je kejenyer.. aduhai.. nasihat pertama, jangan pakai tisu..bazir.. guna la kain batik korang tu.. jimat..boleh basuh nanti.. guna tisu nanti berkotak-kotak guna kang... ingatlah..korang nangis untuk dia..dia nangis tak untuk korang?? korang tak tahu kan? kalau dia tengah heppy?? tak ke rasa sia2?? kalau setiap titisan air mata tu boleh hilangkan memori korang kat dia..takpe.. ini makin ingat... kalau betul dia nangis untuk korang.. then ingat satu je..if dia jodoh korang.. insyaAllah..nanti bersama.. kan? sabar je.. maybe Allah nak korang jadi lebih baik and nanti Allah temukan balik..masing2 dah jadi muslim and muslimah sejati..kan3??

walaupun payah.. just act like everything is okay.. memang susah.. aku akui.. "been there, done that, felt it, believe me!!" semua yang pernah korang alami..telah dialami oleh aku and orang sebelum ini.. dalam family aku sendiri.. yang nak terjun sungai, yang skip kelas, yang masih sayang, yang putus tunang, yang putus harapan..banyak sangat.. dulu aku doa agar tak terjadi kat aku..agar cinta aku ini cinta sejati.. tapi Allah lebih tahu..lebih hebat rencana Ilahi dari rencana manusia..

kepala orang yang diuji pasti stress giler.. kalau ikut saintifik.. ion2 negatif ada kat pale ni.. syaitan duk bertenggek kat telinga..duk bisik macam2.. so.. nak bagi syaitan lari..nak membumikan cas2 negatif tersebut.. caranya..................................................
insyaAllah berkesan!!! dah try.. bukan sekali dua je taw.. berkali2.. macam makan ubat..makan sekali bukan boleh baik.. kena makan banyak kali.. baru boleh baik.. kalau badan takes time nak terima ubat.. hati ni.. lagi amik masa.. dah tahu amik masa lama untuk mengubat hati.. so, kenala start dari sekarang.. habis je baca blog ni.. terus amik wudhu'..takleh solat, doa pun orait... k? yang masalah exam...esaimen...hidup... remember that "we always want the best in life, but Allah knows what's best in life for us"


dari insan yang kenyang dan lapar kerana Allah ^_^

Monday, April 18, 2011

Kisah Cinta Sejati



Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.
Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda  cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat  itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.
Sekian, wasalam.

Yg Benar,
Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?

Hasil Nukilan : Jazulfadli Jamaludin

Sunday, April 17, 2011

Exam..All da Besh!!


Salam Alaykum dan Good luck to all final exam candidates..
nak exam jap lagi.. sempat lagi buat entry pendek ni...
good luck and all the best.. ingatlah.. exam ni.. hanya satu langkah untuk mencapai kejayaan yang lebih besar..insyaAllah.. segala yang diusaha..pasti berbaloi.. do your best and be the best..

nak share tips sikit..

1. jangan tidur dalam exam
2. kalau tak dapat.. banyakkan selawat..

3. sebelum masuk, baca Al-fatihah and 3 Qul..

4. kalau boleh, puasa hari ni...

5. sebelum masuk dewan, tepon parents..minta maaf and minta diorang doakan..

6. minta maaf kat semua orang, dan maafkan semua orang...

7. jangan meniru...

8. if dah abis jawab, semak dulu..

9. doa sebelum and selepas jawab..

semua ni..tips biasa.. just nak kongsi.. all the best friends.. hope we will succeed.. hehe.. nak amik kesempatan untuk memohon maaf kepada semua.. banyak buat salah ni.. so.. sama2 kita doa agar kita berjaya.. ingatlah.. time exam takde sape boleh tolong kecuali Allah s.w.t... so mintalah dari Dia.. ok?

"see u at the top..u olz.."

Saturday, April 16, 2011

Perbezaan Lelaki dan Perempuan dalam Bercinta ver 2

Salam... aigoo... ramai perempuan komen kat facebook.. ketidakadilan aku post macam tu kat blog... citer pasal keburukan perempuan je.. aku dah habaq.. nanti aku post bahagian lelaki pulak..aigoo.. macam ni.. entry kali ni.. bahagian lelaki punyer pulak.. ok? hehe..

1. kepala

haa..masa bercinta.. kepala laki ni fikir pasal awek dia je... tak pernah fikir pasal awek2 yang masih mengejar dia.. nak sandar pun, sandar kat  awek dia..nak manja2 la katakan.. tapi bila clash.. laki ni kepala dah start sandar kat perempuan lain.. bila nampak awek dia lalu.. kepala jadi macam kura2..masuk dalam baju.. hehe..

2. mata

time bercinta.. mata ni takleh tengok perempuan lain.. mesti rasa.. aku dah ada awek.. buat pe tengok perempuan lain.. 'not my taste'.. besenya laki nak sedapkan hati.. tapi bila dah clash.. mata dah melilau cari lain.. kadang2 sebelum clash lagi dah berjalan2 mata tu mencari pengganti.. si perempuan hanya mampu bergenang air mata..mengharap cinta sejati dari si lelaki..



3. hidung

wah.. idung ni sensitif.. masa bercinta tak rasa.. nak main tarik2 idung la.. nak main korek idung la.. takde problem.. kalau gurlfren kentut.. bau petai pun.. laki akan cakap.. "wanginyer..kalah ambi pur abang..takyah bukak tingkap la.." tapi kalau dah clash.. dari jauh dah bau..belum kentut lagi.. laki dah cabut lari.. memang tak sehidup semati..

4. mulut

bahagian ni banyak main peranan.. sebab bahagian ni paling banyak ucap goodnite..good morning..have a nice day.. take care.. bahagian ni gak yang paling banyak tabur janji manis.. lelaki time bercinta.. awek nak bukak mulut je... dia cakap.. "xpe..abang paham..cinta dan sayang tak perlu diungkapkan" tapi bila dah lama... berubah jadi.. "xpe..jangan cakap.. mulut sayang berbau.." bila nak clash.. "don't say a word.. coz the only word i wanna say is..GOOD BYE".. walaupun perempuan teriak nak makan pil tidur bebanyak pun..nak ugut bunuh diri.. lelaki ni akan menjuihkan bibir je.. anggap takde pape..

5. tangan

tangan laki..dulu bukan main..nak usap..nak belai..nak urai..nak macam2.. perempuan pun lebih kurang.. tepuk sebelah tangan takkan bunyi.. bila laki tinggalkan perempuan.. tangan tu dah tak ingat..sape yang potong kuku tangan and kaki laki ni dulu.. tangan sape yang usap belakang laki tu.. tangan sape yang jadi bantal waktu dia tido... last2.. laki just akan melambai mengucapkan selamat jalan.. tangan laki pun dah letak atas bahu awek baru... dah start tekan mesej untuk awek baru.. hehe..

6. kaki

dulu..ringan je pergi mana2 dengan awek.. awek ajak jogging kat pantai..jalan2 pantai.. tangkap ketam.. no hal la... tapi bila dah clash.. kaki ni berat je nak melangkah pergi.. yang lagi best..bila awek lain panggil.. dah berlari pergi.. lantaklah awek dia tu... tunggu sampai nak mampus.. 3 jam tunggu.. tak datang.. awek ada problem ke hape.. takkan berganjak... laki2.. ish3..


tapi... tak semua laki macam tu... tak semua perempuan macam tu... jangan kerna nila setitik..rosak susu sebelanga.. and takde ayat "jumpa orang yang salah" sebab.. tiada manusia sempurna.. hubungan terjalin kita kena jaga..both sides kena take part dalam menjaga hubungan.. gaduh tak bermaksud benci... wahai lelaki..hargailah wanita yang kamu miliki... jangan biarkan dia terlepas lari.. andai perempuan yang frust kerna putus tu.. jangan risaw.. ada jodoh.. insyaAllah tak ke mana.. andai takde jodoh.. tak leh buat apa gak.. tapi sekarang.. cinta manusia tak penting... cinta Ilahi itu yang pasti.. mati nanti bukan malaikat nak tanya.. "awek anta sihat??" takde.. tapi akan tanya "ma rabbuka??" atau "siapa tuhanmu??" yang akan jawab bukan mulut.. tapi anggota lain.. sekuat mana cinta kita pada pencipta.. sehebat itulah jawapan kita.. ingat!!

Friday, April 15, 2011

Perbezaan Lelaki dan Perempuan dalam Bercinta ver 1

Salam.. ha..lama dah tak merepek merapu... saja di hari Jumaat yang hening ni.. nak merepek merapu sikit.. perbezaan laki dan pompuan dalam bercinta dari segi morfologi dan gerak anggota badan.. ni versi laki kena tinggal dengan perempuan... nanti aku buat plak yang opposite.. hehe..

1. Kepala

kalau time bercinta.. kepala tu angguk saja.. takde geleng2..sayang punya pasal.. tapi time clash.. laki ni kepala tu mengangguk panggil perempuan.. kadang2 ada kepala yang dihantuk kat dinding..lantai dan kawasan keras yang lain... tapi perempuan pulak hanya menggeleng.. pastu dah tak toleh dah.. belah je tinggalkan laki..



2. mata

time bercinta..mata dua2 orang ni takleh kalau tak bertemu.. dari mata turun ke hati la katakan.. tapi bila dah clash.. laki ni..hari2 mata dia bocor.. tak reti panggil plumber ke?? mengalir je.. mata dia merah je.. tapi yang perempuan... mata dia terus dia palingkan.. kalau boleh..taknak tengok langsung ex dia.. mati hidup bia je..

3. hidung

masa bercinta dulu.. main gesel2 idung.. kalau kongsi air secawan tu.. sampai idung boleh berlaga... sampai nafas berbau pun tak kesah..boyfren tak mandi.. gurlfren berpeluh sakan.. takde hal punyer.. tapi.. bila dah clash.. idung perempuan tinggi melangit.. sombong.. idung si laki plak.. ke lantai je.. tunduk.. minta ampun.. jangan citer la.. hingus yang tergantung di idung tu...

4. mulut

masa bercinta dulu.. makan minum kongsi.. bibir tu tak lekang cakap 'i love you'.. 'i miss you'.. tapi dah clash.. berbual pun takleh.. kalau perempuan tu.. diludahnya laki tu.. ada yang gigit lengan sampai berdarah.. mulut laki hanya mampu memujuk jela..

5. tangan

masa bercinta.. tangan masing2 xle lepas.. takut kalau lepas kena kebas.. tangan tak berhenti mesej.. tengah buang air pun nak sms.. apa kejadahnya.. tapi dah clash.. laki tu merayu.. pegang tangan perempuan.. minta ampun.. si perempuan bukan saja tepis tangan.. tampar lagi plak... waahh.. sian kau lelaki..

6. kaki

time bercinta.. kaki ringan nak jumpa.. kadang2 sleepwalking pergi jumpa.. tapi bila dah clash.. perempuan tu.. laju je pergi dari laki tu.. belah tinggalkan laki tu.. laki tu kalau pelari no.1 negara pun..tak larat nak kejar.. mana taknya.. kadang2 perempuan bagi back kick lagi.. tersungkur la laki tu..

senang kata.. time bercinta semua manis.. alaaa.. laki pun sama... kalau dah jumpa yang baru.. yang lama tu.. bia je terkontang kanting... memang macam tu.. lumrah.. but.. bukan semua.. yang meninggalkan memang tak rasa pape... tapi yang ditinggalkan tu paling perit... if dari awal dah tak pasti... dari awal tak mampu.. lebih baik tidak ketemu.. tapi kepada insan2 yang terluka.. aku tahu.. betapa susah nak lupakan si dia.. memang takleh lupa.. tapi cara terbaik.. adalah dengan mengingati yang Esa.. putusnya cinta antara manusia agar tersambungnya ikatan cinta dengan Ilahi.. semakin kita jauh dengan Allah.. semakin dekat Allah hampiri.. tapi makin dekat kita.. Allah akan uji lagi agar kita sentiasa ingat dan bertakwa kepadanya..

 dari insan yang kenyang lapar kerana Allah.. ^_^

Think Before and After

Salam Alaykum dan salam perpaduan...
haaa.. today's topic.. think before and after... cuba try test tengok beruk sekor ni... tengah fikir apa pun kita tak tahu.. tapi beruk ni memang tengah pikir... senang untuk petik suatu hadis..
"Berfikir sejenak lebih baik dari Solat Sunat 1000 rakaat"

Agak-agak, kenapa Nabi Muhammad cakap macam tu?? sebab tahukah anda otak kita ni yang menjadi pengawal utama tubuh badan kita... kita ada beberapa lobe atau lobus yang amat penting.. contohnya.. Occipital lobe yang berada di bahagian belakang otak..untuk membantu dari segi visual.. kita ada Parietal lobe, temporal lobe dan frontal lobe... setiap ada fungsi masing2.. maksudnya setiap pemikiran kita..dikawal oleh otak..kan??

alangkah baiknya.. sebelum kita buat something tu..kita fikir dulu... impak kepada diri sendiri dan masyarakat sekitar... alangkah bagusnya sebelum kita buat sesuatu kita pikir parents kita.. alangkah terbaiknya..sebelum kita buat something..kita ingat Allah taala..

oleh itu, tanyalah pada diri sendiri..apakah perbuatan aku ini...baik? bagus? atau ada resolusi yang lebih baik? ada tak impak pada kawan2? saudara? orang tersayang? parents? family? diri sendiri? sebab tu kena fikir dulu sebelum kita buat tentang apa yang kita buat dan apa akan terjadi kalau kita buat..insyaAllah.. kita akan jadi seorang yang lebih baik dari semalam..wallahualam..


dari insan yang kenyang dan lapar kerana Allah.. ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Since you Left Me..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Setinta pena Mencoret

jika hari ini aku lalai,
tolong ingatkan aku,
tentang masaku yang sia-sia,
tentang kesibukanku dengan dunia,
tentang rinduku yang menggila,
tentang kataku yang merapu saja,
tentang cintaku yang sia belaka.
tentang bekalanku ke sana,
tentang ajalku yang hampir tiba,
tentang sendirianku di dalam tanah,
tentang gelapnya kubur kita,
tentang duniaku yang fana,
tentang akhirat yang abadi jua.