Meninjau kisah Imam Abu Hanifah, seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?". Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”.
Maha Suci Allah..betapa hebatnya pengorbanan bapa Imam Abu Hanifah dalam memberikan pembentukan peribadi yang mulia bagi anak yang belum dipunyainya. Alangkah indahnya, jika saya juga begitu. Pembentukan diri anak-anak..siapa mereka..bagaimana mereka..bukan hanya bermula dalam kandungan ibu sahaja. Ianya bermula daripada pembentukan dalam diri setiap individu itu sendiri. Sama ada ketika KITA di bangku sekolah, mahupun ketika KITA belum berumahtangga...KITA sebenarnya.. memainkan peranan dalam mendidik diri kita sendiri dan seterusnya dapat memberikan impak terhadap pembentukan peribadi terhadap ANAK KITA nanti...insyaallah...
Rasionalnya, pena saya menulis memang mudah, melahirkan apa sahaja yang saya rasa. Teorinya nampak mudah. Namun, hakikat yang kita perlu terima semuanya tidak semudah yang kita sangka. Pembentukan peribadi dalam diri kita memerlukan kekuatan spiritual dan mental yang tinggi. Dengan kegilaan dunia kini, tidak mustahil kita juga bakal kecundang. Persekitaran, budaya, keluarga yang sedia ada, turut memainkan peranan dalam membentuk siapa KITA. Namun yang pasti KITA sendiri yang menguasai diri dan IMAN di hati yang menjadi pendiding utama dalam kita melindungi diri.
Saya juga bakal menjadi seorang bapa.. Kalian yang membaca juga bakal menjadi seorang Mama.. Papa.. Ayah mahupun Bonda pada 'insan yang masih suci' yang belum kita miliki. Segalanya masih belum terlambat, siapapun kita, masih ada masa untuk kita betulkan keadaan.. memperbaiki kelemahan diri. Tiada manusia yang sempurna. Namun, dalam berusaha menjadi yang sempurna, ITU SUDAH MEMADAI UNTUK MENJADI YANG SEMPURNA. Marilah kita sama-sama berdoa memohon hidayah agar diberikan petunjuk dalam memiliki peribadi yang unggul, menemui seseorang yang dapat membimbing kita..dapat menerima diri kita dan keluarga seadanya dan paling utama dapat mendekatkan diri kita pada Yang Esa.
semoga saya dapat menjadi yang terbaik kerana Allah ada berfirman, "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu jua sebaliknya". saya ingin menjadi yang terbaik untuk mendapat yang terbaik. InsyaAllah, itu janji Allah pada hambaNya dan tidak mungkin dimungkiri. wallahualam.
sumber dari : http://cahayaalinzakaria.blogspot.com/2010/06/bukan-hanya-dari-rahim-ibu.html
"..Ya Allah Ya Tuhanku...jadikanlah diriku seorang yang sentiasa takut
akan azab dariMu ya Allah..yang sentiasa mahukan kenikmatan
syurgaMu ya Allah..Jadikanlah aku seorang anak yang baik
yang menjadi penawar duka ibu bapaku Ya Allah...
jadikan aku seorang muslim yang diredhaiMu..
agar hidupku sentiasa dalam rahmatMu Ya Allah.."
No comments:
Post a Comment