Wednesday, March 30, 2011

Begedil Siap!!!


hehe...akhirnya.. dapat menghilangkan rasa mengidam nak makan begedil ini..hehe.. thanks kepada member2 housemate yang baik hati... semoga mereka diberkati sentiasa.. sekali tak larat nak habiskan dah.. thanks kepada Mak Njang and kengkawan lain yang bagi macam2 petua.. nak buat Begedil ni ada 1001 resepi..last2.. guna and improvise..jadila macam ni..sedap wooo... kalau jual kat terengganu ni..boleh kaya.. sebab terengganu susah jumpa begedil..hehehe.. nyum3.. jemput makan.. yang bentuk love tu.. saje buat.. ingat nak buat bentuk zirafah..harimau..tapi tak jadi..hehhe.. next time la.. buat bentuk rumah ke.. hehe.. orait.. nak menyantap.. bye..~


Tuesday, March 29, 2011

Ibu datang Terengganu

28 March 2011..ibu datang ke terengganu and sampai pukul 9.40pg.. nasib baik takde kelas  and dapat jemput ibu dan sahabatnya Makcik Min... hantar dyorg pegi ke muzium sebab dyorg ada seminar.. and tepat pukul 1.15pm.. jemput and bawak pegi Pasar Payang..hehe.. ibu datang bawak satu beg..balik ke sana.. 5 beg + 1 kotak.. hehe.. memang dahsyat shopping.. tak sampai setengah hari pun..2 jam setengah je shopping..


memang best la ibu datang..selera along tetiba datang balik.. nyum3... thanks ibu.. 100 batang kepok lekor tu makan sampai habis ye ibu.. hehe.. baju batik nanti ibu datang beli lagi..hehe.. seronok ibu datang..insyaAllah.. ibu... along akan ingat pesan ibu... along akan pulang dengan membawa segulung ijazah.. dan along akan cuba sambung di UKM nanti.. permintaan along banyak dah ibu penuhi.. sekarang.. along kena penuhi tanggungjawab sebagai anak pulak... sayangnya along kat ibu tak terkata..luving you so much... missing you..nanti along balik ye.. take care ibu...

Aku Teringin!!!

Ya Allah..kau uji hambamu lagi..aku teringin makan begedil... kat terengganu susah betul nak jumpa..aku dah cari merata.. ada orang kata pergi situ..aku pergi...orang kata sana..aku pergi sana..tapi tiada ketemu.. tolonglah...sesiapa yang tahu..dimana ada jual... gitawla ye.. teringin gila nak makan ni... makan dengan nasi lemak sedap!! heheh... mana dikau BEGEDIL!!!!

TerPisah Demi KasihNya

salam untuk semua.. dinner dah hampir seminggu berlalu..tapi aku baru update...
tengok gambar kat atas ni.. ni semua sahabat-sahabat seperjuangan aku.. tak pernah aku jumpa kawan-kawan macam diorang.. susah senang bersama 3 tahun.. setiap senyuman korang pasti akan aku ingati.. korang ingat tak masa kita baru masuk dulu?? masih alpa dan tak kenal sesiapa pun.. aku rapat dengan Din and Arif.. kawan-kawan yang menjadi titik permulaan aku kat sini... aku start dengan 2 orang jejaka...tapi aku tamat dengan 69 orang kawan-kawan... berbeza senyuman...berbeza gelak tawa.. berbeza semua tapi satu yang sama... untuk sama-sama berjuang dalam biology... insyaAllah...




ni lah orang-orang yang duk semeja dengan aku time dinner hari tu.. diorang ni sentiasa ada untuk aku..just aku je yang takde untuk diorang..sorry kawan2.. maaf sangat2.. Pah, Fana, Fida, Fatin, Arif, Eibah, Kak Yana dan Mira.. korang banyak support aku.. thanks..





inilah antara kawan-kawan yang menghiasi hidup aku kat UMT ni.. Bro Farhan.. thanks.. sebab kau banyak tolong aku..kau dah macam abang aku sendiri dah...thanks..aku tak pernah ada abang.. sayang kau Bro..haha (hidup Rockerzz!!)




sebelum pulang...amik gambar kat roundabout dulu.. hehe.. thanks to Arif, Manesh and Iqbal.. korang banyak tolong aku.. memang kadang2 kita ada terasa hati dengan geng2 kita..tapi bak kata pepatah.. jarum patah jangan simpan dalam hati.. nanti menikam diri.. hehe.. papehal... ukhwah kerana Allah.. takkan luput dek hujan atau panas.. semoga persahabatan kita kekal Abadi... k? salam sayang dari aku kepada semua kawan2.. nanti kita akan terpisah demi KasihNya dan berjumpa kembali demi KasihNya juga..insyaAllah..

Saturday, March 26, 2011

Andai Tangisan menjadi Penawar

entry kali ni.. aku dah memang down giler.. putus cinta tu aku tolak tepi.. masalah lebih besar aku hadapi sekarang... aku rasa kali ni..ujian Allah terlalu berat untuk aku hadapi.. dapat je tahu 3 hari lepas.. tangisan aku tak henti-henti mengalir.. memikirkan masa depan yang kadang gelap kadang cerah... celaru lagi fikiran aku.. otak aku buntu memikirkan semua ni.. andai betul ini ujian dari Allah sebab Allah sayangkan aku...aku akan cuba redha.. tapi aku tak boleh berpeluk tubuh... sedangkan untuk cinta aku..aku pujuk dan struggle...so... aku kena struggle gak untuk masalah ini... 

~YA ALLAH, KAU AMPUNILAH SEGALA DOSA-DOSA KEDUA IBU BAPAKU..DIRIKU DAN SELURUH UMAT MUSLIMIN... AKU TERFIKIR UNTUK PUTUS ASA YA ALLAH.. TAPI AKU TAHU.. RENCANA ILAHI LEBIH MENGETAHUI... AKU TAK MAMPU MERAMAL MASA DEPAN..TAPI AKU AKAN CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK MENGELAKKAN DARI BERLAKUNYA MASA DEPAN YANG NEGATIF... YANG AKAN MERUGIKAN DIRIKU DAN KELUARGAKU.. YA ALLAH..KAU BANTULAH KAMI SEKELUARGA...AKU HANYA MAMPU BERDOA..KERANA DOA ITU SENJATA MUKMIN... YA ALLAH... KAU TABAHKANLAH HATIKU AGAR AKU SENTIASA REDHA DAN TAWAKKAL DENGAN QADA' DAN QADARMU YA ALLAH..YA ALLAH..KEPADAMU AKU BERHARAP...KEPADAMU JUA AKU MEMOHON PERTOLONGAN... YA ALLAH.. ANDAI AIR MATAKU MAMPU MENJADI PENAWAR BAGI MASALAH INI..AKU SEDIA BERIKAN AIR MATA BESERTA MATAKU SEKALI KERANA AKU AMAT SAYANGKAN KELUARGAKU..ANDAI NYAWAKU JUGA MAMPU DIJADIKAN CAGARAN..KAU AMBILLAH NYAWAKU.. TETAPI SELAGI BELUM TIBA AJALKU, AKU AKAN TERUS MEMOHON PERTOLONGAN DARIMU...YA ALLAH.. HANYA KEPADA KAU AKU BERHARAP DAN AKU SERAHKAN SEGALANYA~

aku hanya mampu berdoa... aku harap sesiapa yang membaca blog dan entry ini..sentiasalah doakan orang yang kita sayang agar sentiasa dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t.

Ujian Allah Untukku

Ujian Allah s.w.t datang lagi.. dah la perpisahan hari tu..lukanya masih terasa...tambah lagi dengan Ujian tambahan ini.. aku tak mampu..betul.. aku hanya mampu berdoa.. dulu ada seseorang untuk aku luah..sekarang aku perlu bangun sendiri.. tak mengapalah.. aku redha.. ujian Allah datang sebab Allah sayangkan aku..insyaAllah..

"...Ya Allah Ya Tuhanku, Kau telah mengujiku dengan pelbagai ujian.. kau tarik anugerah yang Kau pinjamkan..tapi Ya Allah..aku mohon padaMu..janganlah Kau tarik anugerah ikatan ini Ya Allah... aku takut untuk hadapinya Ya Allah.. dahulu aku punyai tempat bersandar...sekarang tidak lagi.. dulu ku punyai tempat untuk mengalirkan air mata...sekarang tidak lagi..Ya Allah.. di kala aku sedang lemah dan buntu...aku perlukanMu untuk membantuku Ya Allah..kuatkanlah diri ini Ya Allah..."

~amin~

Thursday, March 24, 2011

Kehilangan Mu Terasa

Assalamualaikum, dah lama tak update rasanya..just nak share.. masalah diri ni dah settle..tapi timbul masalah baru... hmmm..tak sangka.. but...i'll always pray for them..insyaAllah... xde pape kut...

kita ni sering alpa sebenarnya dengan keadaan dan keselesaan yang kita rasa sekarang.. kita sering meletakkan rasa syukur menyebabkan kita sentiasa di zon selesa... membuatkan kita terbuai dalam lamunan.. tak salah untuk bersyukur..tapi takut kita leka dengan apa yang diberi membuatkan kita lupa tentang kehilangan "DIA"... masa kita happy..tak pernah kita rasa nak ucap syukur.. tak pernah kita nak sujud syukur..kita lebih suka melonjak kegembiraan dan lupa yang tanpa "DIA", kita takkan dapat kejayaan ni...



kita hanya mencari "DIA" bila ada masalah..bila nak mati ke sakit ke....baru nak cari... DIA di sini adalah ALLAH S.W.T... kita asyik fikir macam-macam...ada masalah jumpa kaunseler..(tak salah).. tapi kita lupa untuk jumpa Allah..kita lupa untuk tadah tangan dan memohon pertolongan dari Allah s.w.t...

sebab tu..bila kita dah terlalu jauh dari Allah s.w.t.. Allah bagi kita masalah supaya kita balik kat dia.. selalu kita sebut dalam solat.. "tunjukkan kami jalan yang lurus" tapi kita tak sedar..Allah sentiasa tunjuk..just kita terlalu buta dengan kenikmatan untuk menyedarinya..

resolusi di sini... jangan dah terhantuk kat lantai..baru la nak cari Allah s.w.t.. ingatlah.. kadang-kadang Allah bagi hujan supaya kita dapat pelangi...jangan ada masalah baru nak solat... so.. jagalah amalan wajib..and banyakkan amalan sunat selagi mampu..insyaAllah.. saya yang menaip ni pun sebenarnya sama je.. hehe... same2la kita ingatkan diri kita dan orang lain... amar ma'aruf, nahi mungkar.. wallahualam

Sunday, March 20, 2011

Hanya Maut sebagai Pemisah

Jejaka berjalan seorang diri menuju suatu persimpangan yang gelap dan suram. Di tangan kirinya sekeping gambar dan di tangan kanannya telefon bimbit hitam Sony Ericsson K550i. Kakinya terasa berat untuk melangkah ke hadapan dan ketika itu, deraian air mata membasahi pipinya. Beberapa minit lepas, dia bercadang untuk berjumpa kekasihnya, Gadis untuk keluar menghabiskan waktu hujung minggu bersama-sama. Jejaka menelefon dan bertanyakan lokasi gadis untuk mengajaknya keluar tetapi gadis memberitahu bahawa dia sedang sibuk dengan kerja dan assignment yang bertimbun di bilik. Jejaka kecil hati dengan Gadis tetapi kerja dan pelajaran haruslah diutamakan sebelum cinta. Jejaka berjalan seorang diri menuju taman bunga di hujung kampus. Tiba-tiba Jejaka ternampak Gadis dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Pria sedang bermesra di taman bunga tersebut. Titisan air mata Jejaka tidak dapat dibendung lagi, sanggup Gadis menipu Jejaka. Jejaka menghantar suatu pesanan ringkas (SMS) kepada Gadis sebelum berlalu pergi menuju persimpangan.

“semoga Gadis bahagia dengan Pria, Jejaka sanggup undur diri”

Kemudian Jejaka mengeluarkan sekeping gambar, gambar Jejaka dan Gadis di Penang, dari dompetnya. Air mata Jejaka mengalir deras dan tidak mampu lagi Jejaka menahan sakit di dada. Betapa mesranya Jejaka dan Gadis, selama 2 tahun berkasih sayang. Namun, Jejaka sedar, dia sudah banyak melukai Gadis sewaktu cinta mereka masih membara. Jejaka hanya mampu memohon maaf kepada Gadis dan mendoakan Gadis dan Pria bahagia di dunia dan akhirat. Jejaka terus mengimbau kembali kisah cinta mereka sambil bercucuran air mata sehingga tiba di persimpangan.

Tiba-tiba muncul suatu lembaga dari mana asalnya, tidaklah diketahui. Lembaga itu berkata, “wahai manusia, aku tahu kau sedang menghadapi masalah dan kau pastinya perlukan bantuan. Sekarang aku berikan kau 3 hajat dan kau boleh minta apa sahaja. Kecuali meminta aku menambahkan hajatmu. Tetapi, jika hajat kau telah tiada, maka nyawamu akan aku ambil sebagai bayarannya. Jika kau setuju, darahmu aku ambil sebagai bukti perjanjian”. Jejaka mengangguk setuju lalu lembaga tersebut menoreh lengan kiri Jejaka untuk melengkapkan kontrak perjanjian. 

Bagi Jejaka ini adalah peluang untuk dia memulakan hidup baharu tanpa Gadis. Pada hematnya, dia hanya akan menggunakan 2 hajat sahaja kerana pada hajat ketiga, dia akan hilang nyawanya. Jejaka mengesat air mata dan berlalu pergi dari persimpangan menuju kembali ke kampus. Kawan-kawan Jejaka menceritakan mengenai hal Gadis yang selalu dilihat bersama dengan Pria. Jejaka hanya mampu memekakkan telinga dan menahan air mata dari bercucuran.

Pada penghujung semester, musim peperiksaan bermula dan Jejaka sedang berusaha untuk fokus. Tetapi gagal kerana masih teringatkan Gadis walaupun sudah sebulan berlalu. Jejaka cuba mencari Gadis dengan mengintip Facebook Gadis. Gadis telah mengepost beberapa status yang menunjukkan Gadis sukar untuk memahami apa yang dipelajari. Gadis juga sedang risau dan takut keputusannya tidak secemerlang dahulu. Jejaka tahu, Gadis sedang mengalami tekanan jiwa yang amat sangat pada waktu ini. Jejaka pun menggunakan hajat yang pertama demi kepentingan Gadis. 

“Aku harap, Gadis akan berjaya di dalam peperiksaannya dan lulus dengan cemerlang”

Hajat Jejaka diterima dan dimakbulkan. Gadis berjaya dengan cemerlang dan mendapat keputusan yang terbaik di kalangan rakan-rakannya. Gadis berasa gembira dan mendakap Pria untuk menyambut kejayaannya itu. Jejaka yang memandang dari jauh hanya mampu mengucap tahniah di dalam hatinya dan mengucap syukur walaupun keputusannya tidak sebaik Gadis. Peperiksaan itu menandakan tamatnya pengajian Jejaka di universiti tapi Gadis masih ada setahun lagi tempoh pengajian. Jejaka bergraduat dan mula mencari pekerjaan di bandar di bahagian sektor awam dan swasta. Setelah setahun berlalu, Jejaka masih menganggur dan masih mencari pekerjaan. Tiba-tiba, Jejaka mendapat panggilan dari sahabatnya yang turut merupakan bekas penuntut di universiti yang sama dengannya. Sahabatnya bertanya khabar tentang keadaan Jejaka dan secara tidak sengaja menceritakan perihal Gadis yang sedang runsing mencari pekerjaan. Jejaka risau akan Gadis dan mula mencari Gadis untuk melihat keadaannya. Gadis sering menangis di waktu malam kerana masih tidak dapat pekerjaan. Oleh sebab itu, Jejaka berasa kasihan, harapan untuk menggunakan hajat kedua untuk dirinya terbantut. Jejaka menggunakan hajat keduanya untuk Gadis yang masih dicintainya. 

“aku harap, Gadis akan mendapat pekerjaan yang baik dan sesuai untuknya”

Pada keesokan harinya, Jejaka bertanya kepada kawan baik Gadis dan dia dapat tahu bahawa Gadis telah mendapat tawaran bekerja secara tiba-tiba dari sebuah syarikat perdagangan. Jejaka hanya mampu mengucapkan Alhamdulillah dan akhirnya Jejaka turut mendapat pekerjaan walaupun tidak sehebat Gadis. 

Hari berganti hari, minggu berganti minggu sehinggalah 3 bulan berlalu. Jejaka masih menyimpan perasaan pada Gadis, namun dia sedar, Gadis masih bersama Pria dan bahagia bersama Pria. Suatu hari, Gadis dan Pria bergaduh di dalam kereta dan menyebabkan kereta berpusing lalu terjatuh ke dalam gaung. Akibatnya, Gadis koma dan doktor mengesahkan jantung Gadis lemah dan dia sekarang hanya bergantung kepada bantuan mesin. Jejaka mendapat tahu berita ini dari kawan baik Gadis, Jejaka terus bergegas ke hospital untuk melihat sendiri keadaan Gadis. Tubuh Gadis terkulai lemah di katil putih berselimutkan kain pada paras pinggangnya. Jejaka masuk ke dalam wad ICU di mana Gadis ditempatkan dan duduk di sebelah Gadis. Ini adalah pertama kali Jejaka bertemu Gadis sejak kali terakhir di taman bunga 2 tahun yang lepas. Di tangan kanan Jejaka terlihat sepucuk surat dan disisipkan di bawah tangan Gadis. Titisan air mata Jejaka membasahi katil putih dan Jejaka mengeluarkan dari poketnya keychain handphone pemberian Gadis kepadanya yang tertulis “I Love You Forever”. Jejaka sisipkan bersama surat tadi. Jejaka mengusap rambut Gadis dan mengucup dahinya. Titisan air mata  Jejaka membasahi dahi Gadis. 

“aku harap, Gadis akan sihat seperti sediakala dan bahagia selamanya”

Pada saat itu, lembaga muncul menuntut janjinya, iaitu nyawa Jejaka sebagai bayaran 3 hajat yang telah dipenuhinya selama ini. Akhirnya Jejaka menghembuskan nafas terakhir di atas riba Gadis. Gadis akhirnya tersedar dari koma dan terkejut dengan kehadiran Jejaka. Di tangannya surat tulisan tangan Jejaka yang dikenalinya. Gadis membaca surat tersebut.

Gadis, saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta saya. Tapi pertama kali bertemu awak, hati saya terus terpaut. Demi Tuhan, saya tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya. Saya telah cuba menolak awak. Tapi awak mengikat hati saya dengan kejujuran dan ketulusan awak. Awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan ketika itu. Dan awak berjanji, hanya maut memisahkan kita. Hanya dengan renungan yang dihiasi celak hitam, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Semakin mengenali awak, saya tak dapat lagi membohongi perasaan saya, bahawa saya menyayangi awak. Bersama masa, perasaan sayang ini mekar. Mekar menjadi bunga cinta.

Dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam, dalam lautan kasih sayang, hanyut bersama janji-janji manis untuk bersama. Dan saya mula terfikir. Saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak. Rupanya awak ada di sisi saya selama ini. Dan baru saya sedari, tika dan saat itu.

Bagai merpati putih, cinta saya berkelana, mencari singgahsana di hati awak, untuk bertakhta. Dan telah nyata, saya tak temui, noktah cinta itu, ternyata cinta saya pada awak tiada penghujungnya...

Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki cinta saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tak mampu saya selami. Di sana, saya tak mampu melihat cahaya. Awak beri saya harapan yang sangat besar. Dan akhirnya, awak juga yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam, awak membakar hati yang saya serahkan kepada awak untuk dijaga...

Jadi, selama ini, siapa saya sebenarnya di hati awak? Adakah selama ini, awak sebenarnya tak pernah mencintai saya? Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati? Siapa yang mengajar saya, bahawa cinta itu perlukan pengorbanan? Siapa yang memberitahu saya, agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri?

Awak...

Awak mungkin jenis Gadis yang boleh mencintai ramai Lelaki berkali-kali. Tapi saya pula seorang Jejaka yang percaya, bahawa dalam hidup saya, saya hanya akan ada 1 cinta dan 1 perkahwinan. Kita hidup sekali, mati sekali, dan mencintai hanya sekali...

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil hampir seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap bahawa saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Jangan pernah menganggap begitu.

Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biar pun pada ketika awak berada di sisi saya... Setiap saat, saya mengingati awak... Seumur hidup ini, saya mencintai awak...

Awak...

Ketika membaca surat ini, saya sudah menghilang dari dunia awak, tetapi ingin saya menyatakan sesuatu, yang tak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya cintakan awak, inilah jawapan saya...

‘Kalau suatu hari, awak kehilangan sepasang mata, saya akan memberi sepasang mata saya, agar awak dapat melihat semula. Meski pun untuk itu, saya harus buta buat selama-lamanya...

‘Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberi suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meski pun untuk itu, saya harus bisu buat selama-lamanya...

‘Dan kalau suatu hari, awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya, agar awak dapat hidup untuk selama-lamanya. Meski pun untuk itu, saya tiada lagi di dunia ini...’

Semuanya untuk awak. Tapi sayang, awak tak pernah tahu...

Awak...

Dengarlah... Saya mencintai awak. Terlalu mencintai awak... Dan kerana saya mencintai awaklah, saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak... Saya berdoa, supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti, awak akan memahami, apa erti cinta yang sebenar. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya, terlalu mencintai seseorang...

Dan semoga awak tak akan pernah terlewat untuk menghargainya...

Awak...

Saya percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita. Saya tahu, ada hikmah di sebalik semua ini. Dan saya tak akan menyoal. Saya juga tak pernah kesal. Sekurang-kurangnya, sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.

Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali semula pada saya. Itu bukanlah harapan saya. Tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan. Dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yang terbaik.

Di mana pun awak berada, awak tetap bertakhta di hati saya. Dan di mana pun saya berada, saya akan tetap mencintai awak.

Awak...

kita pernah berjanji, hanya maut sebagai pemisah…dan andai itu terjadi, saya ingin menghembuskan nafas terakhir di atas riba awak…terima kasih kerana menunaikan janji awak…
Ingatlah…
Maut sekali pun, tidak akan pernah mampu membunuh rasa cinta saya pada awak...

-the end-

idea dari pengalaman, kawan dan sahabat blogger... thanks u all.... 
sumber sebahagian besar dari http://ashkomikiwa.blogspot.com/

Saturday, March 19, 2011

Manusia Paling Sabar




Nabi Ayub dikurniakan kesempurnaan kehidupan oleh Allah SWT. Baginda dikurniakan harta yang banyak dan keluarga yang bahagia, tetapi kuasa Allah SWT lebih hebat apabila menguji baginda dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ayub.
Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.
Mengenai pelbagai ujian itu Allah SWT berfirman, maksudnya:
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali'."
Walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, beliau masih tetap percaya Allah SWT ada menyelitkan hikmah disebalik kedukaan ujian yang melandanya.
Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah, segala ujian yang diberikan digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s. dinaikkan darjat sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa.

seriusly..aku bukan seorang yang penyabar..tapi peristiwa yang berlaku ni banyak mengubah hidup dan peribadi aku.. bukan mudah sebenarnya menjaga hati seseorang..lagi pula yang kita sayang..tapi.. aku anggap ini semua ujian.. ujian untuk aku dan dirinya.. biarla aku terus berdoa kepada Allah.. untuk masa depan yang lebih baik..kerana Allah s.w.t. tak pernah mungkir janji...tapi manusia sering mungkir.. wallahualam.. 

Friday, March 18, 2011

Putus # 1

Assalamualaikum...salam sejahtera..salam perpaduan dan salam satu malaysia..



hari ni..dah beberapa hari berlalu sejak kehilangan dia..but still saya masih ada perasaan.. dia ada atau tak itu hak dia...saya tak mampu nak paksa.. saya bersyukur ada teman2 yang backup saya waktu saya susah macamni... kalau nak senaraikan memang ramai la member yang bantu.. but yang selalu nampak saya sengsara... hanya ada segelintir...

1. Ariff: dia cukup baik..dalam busy menyiapkan thesis..dia mendengar setiap masalah yang suram..and bantu jadikan suasana yang ceria..thanks sahabatku... dia berusaha membantu setiap waktu..sampai dia la yang pergi teman jadi orang tengah hari tu... thanks so much...

2. Iqbal: dia ni...walaupun dia garang..and banyak marah saya sebab saya mengikut emosi... tapi kata2 dia yang tajam and pedas buat saya terfikir panjang..tapi.. setiap kali saya sedih..duka..saya terus memerlukan kata2 dia.. sebagai pendokong semangat...thanks friend...

3. Farhan: dia ni paling brutal..tapi pelukan dia buatkan aku rasa tenang...(jangan fikir laen)... aku anggap dia macam abang aku dah... sebab tu..aku memang respect kat dia... kata2 dia pun banyak sedarkan aku..walaupun kasar..tapi aku paham apa yang dia nak sampaikan...

4. Manesh: dia ni pendengar setia...senyap and teku mendengar... pendengar yang terbaek.. hehe... cara dia dengar pun dah buat aku hilang beban kat dada ni...thanks kawanku.. manesh ni dia pun pernah alami benda yang sama...nasihat dia kadang2 buat aku sedar... thanks so much kawan...

4 orang housemate aku ni yang banyak tolong aku..aku sakit...luka..jatuh..diorang ada.. tapi untuk pengetahuan...aku dah try lupakan.. tahu tak.. aku hampir accident hari tu.. aku pergi lepak pantai sorang..aku tertinggal kunci dalam kereta dengan radio terpasang.. aku muntah2 tak makan... aku dah cuba lupakan kawan2..tapi setakat ni.. masih belum mampu...sorry...

kepada sahabat2 and ahli keluarga yang laen... nanti aku update name sorang2 dalam post 2nd aku..ye... dont worry...

Tuesday, March 15, 2011

Tearsdrop in The Rain

No one ever sees, no one feels the pain
Teadrops in the rain

I wish upon a star, I wonder where you are
I wish you're coming back to me again
And everything's the same like it used to be

I see the days go by and still I wonder why
I wonder why it has to be this way
Why can't I have you here just like it used to be

I don't know which way to choose
How can I find a way to go on ?
I don't know if I can go on without you oh

Even if my heart's still beating just for you
I really know you are not feeling like I do
And even if the sun is shining over me
How come I still freeze ?
No one ever sees, no one feels the pain
I shed teardrops in the rain

I wish that I could fly, I wonder what you say
I wish you're flying back to me again
Hope everything's the same like it used to be

I don't know which way to choose
How can I find a way to go on
I don't know if I can go on without you, without you

Even if my heart's still beating just for you
I really know you are not feeling like I do
And even if the sun is shining over me
How come I still freeze ?
No one ever sees, no one feels the pain
I shed teardrops in the rain

Oh... I shed teardrops in the rain
Oh... Hey... Teardrops in the rain

Even if my heart's still beating just for you
I really know you are not feeling like I do
And even if the sun is shining over me
How come I still freeze ?
No one ever sees (no one) no one feels the pain (no one)
I shed teardrops in the rain
Teardrops in the rain
Teardrops in the rain
Teardrops in the rain... 

even it's only a song..but this song resembles the feeling i'm experiencing right now...
~0~

Sunday, March 13, 2011

Aduhai...sorry

haaiiisshhh... telah terbaca disuatu blog..hmmm...
eden pun x paham..kenapa perlu berbicara begitu kasar..
aduhai... EMO la... cuba pikir balik..
kenapa buat blog? untuk share perkara-perkara yang berlaku kat kita...
blog ni macam kaunselor la.. "a good listener"...
untuk share something... 
kalau buat blog untuk hentam satu sama lain...
YM jela..skype ke.. kan senang?? Nak tunjuk kat semua orang kau betul?
apa faedahnya??? aaiiissshhh...
xpaham aku.... 

kenapa aku post macamni? sebab ada orang tak puas hati dengan post aku yang previous... 
aduhai.. hmmm...xpela.. just nak pesan ringkas je...

if ada sesetengah post aku ni buat sesiapa tak puas hati....
aku minta maaf... blog ni.. 
tajuk pun "kalbuku"... apa yang tersirat and tersurat yang aku nak share...
aku akan share.. aku share bukan atas dasar untuk popular..
bukan untuk mengaut keuntungan...
bukan untuk pihak mana-mana...
tapi aku share sebab blog ini menjadi medium untuk berkongsi apa yang aku rasa...
itu je..andaikata ada yang tersinggung..aku minta maaf secara terbuka kepada semua... 

sorry all viewers..bloggers...readers...followers...and people of the world..ok?
bak kata korea... Biyanne~

(^_^)

Saturday, March 12, 2011

Kereta Hidupku...

Salam kepada kawan2 bloggers..viewers..sahabat2..saudara2 sesama Islam..akhi dan ukhti..

lama sudah tidak diupdate akibat permasalahan jiwa nestapa..hehe..
biasalah...dugaan yang Allah s.w.t bagi kepada setiap insan yang bernyawa...
nikmat tu datang dari Allah..so..bukan hak kita nak halang...
macam2 anugerah Allah bagi.. just kita jangan terlewat untuk hargai..
nanti menyesal tak sudah...
suka saya nak memetik satu kata2 yang dapat dari sahabat...



"...hidup ini ibarat sebuah kereta yang perlu bergerak dan maju untuk sampai ke destinasi.."

hidup ni...banyak lubang2 yang kita kena tempuh..jalan2 tak bertar..jalan2 yang berlopak...time hujan.. semua tu dugaan yang kita kena hadapi supaya lubang and lopak yang sama..tidak kita lalui buat kedua kalinya.. takkan ada kereta yang terus maju tanpa perlu ke bengkel..membetulkan bahagian2 yang rosak akibat liku2 dan dugaan2 yang dihadapi..



hidup ini juga..perlu membuat pilihan..kerana untuk sampai ke destinasi ada berbagai jenis laluan.. yang senang..yang susah.. yang sederhana... itu semua pilihan kita.. bila dah pilih satu jalan.. there's no turning back... hehe

macamna kita nak tahu kereta kita bergerak pada laluan yang betul? itu lah sebab Allah s.w.t bagi petunjuk..panduan kita Al-Quran dan As-Sunnah... yang menjadi papan tanda sepanjang laluan... supaya kita tak tersasar jauh dari landasan..

so.. akhir kalam... kereta yang rosak..hantar ke bengkel...teruk rosaknya..maka lamalah masa yang diambil untuk baiki... tapi kereta itu pasti akan terus bergerak dan maju kerana destinasi kita hanyalah Allah yang Satu.. wallhualam.. =)

p/s: hope awak sntiasa chat..walaupun berjauhan..awak tetap saya doakan..

Thursday, March 10, 2011

Tears of Loneliness

In the midst of midnight,
with the moon high above,
accompanied by the twinkling stars,

My crystal tears rolled down,
making my face a little frown,
my smile even flew away,
with all the joy during the day,
as i sat on the wide green grass,
all the stress i try to express,
with pen and paper i could hold,
all my writings become bold,
what should i do to forget,
all i do is remorse and regret,
now my tears running down spry,
without you, my heart feels empty,
missing you is not an option,
its a curse could never be broken,
loving you was all i had,
taken away makes me really sad,
nobody knows what we've been through,
the one understands is only me and you,
that's why we are in pain,
that's why we are in vain,
i don't know about you,
but what i said was the truth,


tonight the pillow is drenched,
with the blanket on the bed,
i tried so hard with all my might,
but the memories keep holding me tight,
now i know, now i see,
with you that i wish to be,
no further shall i seek,
it's you that my heart really needs,
no matter how i try to replace,
you in my heart a special place,
sleeping is not easy as it seems,
really hope to meet you in my dreams,
to Allah we should worship,
May Allah help our relationship...
~AMEEN~

Storm of Love

lying upon the wet turf...
pair of love birds perched in silence..
watching them makes me wonder..
love exists in every being..
sometimes it hurts to love..
sometimes it hurts being loved..
mostly love invites comforts..

During the pouring season..
the coldness strikes...
the moist enters the room..
the body trembles to the loneliness frost..
blankets of love covers the body...
the warmth of care ignites the soul...
the comfort of love fills the heart...
but now, everything has perished..
blown by the clash of hurricane..

bits of memories shattered...
tiny glass struck the soul within..
crystal tears floods the abyss of love..
only your reflection visible by the watery eyes...
now i'm drowning because of you..
in the hectic storm of frustation..
grief and regret strikes...
as much as the lightning and thunder
how i wish you were here..
how i wish this never occur..
how i wish we are together..
how i wish we are forever...

Monday, March 7, 2011

Crazy For Love


Walking by the beach..alone..,
feeling the breeze,
inhaling the fresh air,
enjoying the sound of waves,
recalling the days together,

People said we were sweet,
but now my heart bleeds,
for you the tears fall,
because of you, i gave my all,
as now i am bleeding,
but somehow you are laughing,
the wrong doings now i atone,
since you left me all alone,
people pointed fingers at me,
since i'm the culprit as you can see,

now, people said our LOVE was crazy,
Now people said you cared not for me,
now people said we were not meant to be,
now people told me to stop chasing,
because you keep on running,
now people told me to start forgetting,
because my heart is aching,
now people told me to concentrate,
on my studies and recuperate,
but ONE thing they don't know,
without you i'm in sorrow,
I gave it all to you,
my heart, my love and my dreams,
i never wanted anything,
just i need you back again,
only you that i need,
and only you that i seek...

Friday, March 4, 2011

You're The ONE


I never wanted to LOVE,
I never wanted to CARE,
I never wanted to DREAM,
I wanted NOTHING,
Suddenly you came,
You vandalized my nothingness heart,
You hung your picture on the wall,
You placed roses in every corner,
Your smell filled the space,
My heart was totally yours,
Suddenly you left,
leaving everything behind,
leaving your memories,
leaving our memories with me,
it tore my heart into pieces,
What should I do?
You're the ONE
That put the tears in my eyes,
You're the ONE
That put the tears in my heart,
I LOVED YOU and NO OTHER
You're the ONE that said GOOD-BYE
Don't you know,
Because of you...I learned to LOVE
Because of you...I learned to CARE
Because of you...I learned to SMILE
Because of you...I learned to LAUGH
Because of you...I learned to DREAM
Because of...YOU'RE THE ONE

Tuesday, March 1, 2011

Lost Without You



Walking through dark woods,
I gazed upon the shining star,
while the moon glared,
I stood waiting,
waiting for something,
something undescribable,
Now I know,
I'm Lost...
I tried calling for help,
but i was mute...
I wanted to run,
but my legs stood still...
I felt like crying,
but my tears dried up...
What should I do??
I wish there was someone,
I wish someone would help,
I wish someone would lend a hand,
I wish someone would pull me away,
I wish someone would even care,
I wish someone would love me,
I wish that someone was YOU....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Since you Left Me..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Setinta pena Mencoret

jika hari ini aku lalai,
tolong ingatkan aku,
tentang masaku yang sia-sia,
tentang kesibukanku dengan dunia,
tentang rinduku yang menggila,
tentang kataku yang merapu saja,
tentang cintaku yang sia belaka.
tentang bekalanku ke sana,
tentang ajalku yang hampir tiba,
tentang sendirianku di dalam tanah,
tentang gelapnya kubur kita,
tentang duniaku yang fana,
tentang akhirat yang abadi jua.