Sunday, March 20, 2011

Hanya Maut sebagai Pemisah

Jejaka berjalan seorang diri menuju suatu persimpangan yang gelap dan suram. Di tangan kirinya sekeping gambar dan di tangan kanannya telefon bimbit hitam Sony Ericsson K550i. Kakinya terasa berat untuk melangkah ke hadapan dan ketika itu, deraian air mata membasahi pipinya. Beberapa minit lepas, dia bercadang untuk berjumpa kekasihnya, Gadis untuk keluar menghabiskan waktu hujung minggu bersama-sama. Jejaka menelefon dan bertanyakan lokasi gadis untuk mengajaknya keluar tetapi gadis memberitahu bahawa dia sedang sibuk dengan kerja dan assignment yang bertimbun di bilik. Jejaka kecil hati dengan Gadis tetapi kerja dan pelajaran haruslah diutamakan sebelum cinta. Jejaka berjalan seorang diri menuju taman bunga di hujung kampus. Tiba-tiba Jejaka ternampak Gadis dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Pria sedang bermesra di taman bunga tersebut. Titisan air mata Jejaka tidak dapat dibendung lagi, sanggup Gadis menipu Jejaka. Jejaka menghantar suatu pesanan ringkas (SMS) kepada Gadis sebelum berlalu pergi menuju persimpangan.

“semoga Gadis bahagia dengan Pria, Jejaka sanggup undur diri”

Kemudian Jejaka mengeluarkan sekeping gambar, gambar Jejaka dan Gadis di Penang, dari dompetnya. Air mata Jejaka mengalir deras dan tidak mampu lagi Jejaka menahan sakit di dada. Betapa mesranya Jejaka dan Gadis, selama 2 tahun berkasih sayang. Namun, Jejaka sedar, dia sudah banyak melukai Gadis sewaktu cinta mereka masih membara. Jejaka hanya mampu memohon maaf kepada Gadis dan mendoakan Gadis dan Pria bahagia di dunia dan akhirat. Jejaka terus mengimbau kembali kisah cinta mereka sambil bercucuran air mata sehingga tiba di persimpangan.

Tiba-tiba muncul suatu lembaga dari mana asalnya, tidaklah diketahui. Lembaga itu berkata, “wahai manusia, aku tahu kau sedang menghadapi masalah dan kau pastinya perlukan bantuan. Sekarang aku berikan kau 3 hajat dan kau boleh minta apa sahaja. Kecuali meminta aku menambahkan hajatmu. Tetapi, jika hajat kau telah tiada, maka nyawamu akan aku ambil sebagai bayarannya. Jika kau setuju, darahmu aku ambil sebagai bukti perjanjian”. Jejaka mengangguk setuju lalu lembaga tersebut menoreh lengan kiri Jejaka untuk melengkapkan kontrak perjanjian. 

Bagi Jejaka ini adalah peluang untuk dia memulakan hidup baharu tanpa Gadis. Pada hematnya, dia hanya akan menggunakan 2 hajat sahaja kerana pada hajat ketiga, dia akan hilang nyawanya. Jejaka mengesat air mata dan berlalu pergi dari persimpangan menuju kembali ke kampus. Kawan-kawan Jejaka menceritakan mengenai hal Gadis yang selalu dilihat bersama dengan Pria. Jejaka hanya mampu memekakkan telinga dan menahan air mata dari bercucuran.

Pada penghujung semester, musim peperiksaan bermula dan Jejaka sedang berusaha untuk fokus. Tetapi gagal kerana masih teringatkan Gadis walaupun sudah sebulan berlalu. Jejaka cuba mencari Gadis dengan mengintip Facebook Gadis. Gadis telah mengepost beberapa status yang menunjukkan Gadis sukar untuk memahami apa yang dipelajari. Gadis juga sedang risau dan takut keputusannya tidak secemerlang dahulu. Jejaka tahu, Gadis sedang mengalami tekanan jiwa yang amat sangat pada waktu ini. Jejaka pun menggunakan hajat yang pertama demi kepentingan Gadis. 

“Aku harap, Gadis akan berjaya di dalam peperiksaannya dan lulus dengan cemerlang”

Hajat Jejaka diterima dan dimakbulkan. Gadis berjaya dengan cemerlang dan mendapat keputusan yang terbaik di kalangan rakan-rakannya. Gadis berasa gembira dan mendakap Pria untuk menyambut kejayaannya itu. Jejaka yang memandang dari jauh hanya mampu mengucap tahniah di dalam hatinya dan mengucap syukur walaupun keputusannya tidak sebaik Gadis. Peperiksaan itu menandakan tamatnya pengajian Jejaka di universiti tapi Gadis masih ada setahun lagi tempoh pengajian. Jejaka bergraduat dan mula mencari pekerjaan di bandar di bahagian sektor awam dan swasta. Setelah setahun berlalu, Jejaka masih menganggur dan masih mencari pekerjaan. Tiba-tiba, Jejaka mendapat panggilan dari sahabatnya yang turut merupakan bekas penuntut di universiti yang sama dengannya. Sahabatnya bertanya khabar tentang keadaan Jejaka dan secara tidak sengaja menceritakan perihal Gadis yang sedang runsing mencari pekerjaan. Jejaka risau akan Gadis dan mula mencari Gadis untuk melihat keadaannya. Gadis sering menangis di waktu malam kerana masih tidak dapat pekerjaan. Oleh sebab itu, Jejaka berasa kasihan, harapan untuk menggunakan hajat kedua untuk dirinya terbantut. Jejaka menggunakan hajat keduanya untuk Gadis yang masih dicintainya. 

“aku harap, Gadis akan mendapat pekerjaan yang baik dan sesuai untuknya”

Pada keesokan harinya, Jejaka bertanya kepada kawan baik Gadis dan dia dapat tahu bahawa Gadis telah mendapat tawaran bekerja secara tiba-tiba dari sebuah syarikat perdagangan. Jejaka hanya mampu mengucapkan Alhamdulillah dan akhirnya Jejaka turut mendapat pekerjaan walaupun tidak sehebat Gadis. 

Hari berganti hari, minggu berganti minggu sehinggalah 3 bulan berlalu. Jejaka masih menyimpan perasaan pada Gadis, namun dia sedar, Gadis masih bersama Pria dan bahagia bersama Pria. Suatu hari, Gadis dan Pria bergaduh di dalam kereta dan menyebabkan kereta berpusing lalu terjatuh ke dalam gaung. Akibatnya, Gadis koma dan doktor mengesahkan jantung Gadis lemah dan dia sekarang hanya bergantung kepada bantuan mesin. Jejaka mendapat tahu berita ini dari kawan baik Gadis, Jejaka terus bergegas ke hospital untuk melihat sendiri keadaan Gadis. Tubuh Gadis terkulai lemah di katil putih berselimutkan kain pada paras pinggangnya. Jejaka masuk ke dalam wad ICU di mana Gadis ditempatkan dan duduk di sebelah Gadis. Ini adalah pertama kali Jejaka bertemu Gadis sejak kali terakhir di taman bunga 2 tahun yang lepas. Di tangan kanan Jejaka terlihat sepucuk surat dan disisipkan di bawah tangan Gadis. Titisan air mata Jejaka membasahi katil putih dan Jejaka mengeluarkan dari poketnya keychain handphone pemberian Gadis kepadanya yang tertulis “I Love You Forever”. Jejaka sisipkan bersama surat tadi. Jejaka mengusap rambut Gadis dan mengucup dahinya. Titisan air mata  Jejaka membasahi dahi Gadis. 

“aku harap, Gadis akan sihat seperti sediakala dan bahagia selamanya”

Pada saat itu, lembaga muncul menuntut janjinya, iaitu nyawa Jejaka sebagai bayaran 3 hajat yang telah dipenuhinya selama ini. Akhirnya Jejaka menghembuskan nafas terakhir di atas riba Gadis. Gadis akhirnya tersedar dari koma dan terkejut dengan kehadiran Jejaka. Di tangannya surat tulisan tangan Jejaka yang dikenalinya. Gadis membaca surat tersebut.

Gadis, saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta saya. Tapi pertama kali bertemu awak, hati saya terus terpaut. Demi Tuhan, saya tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya. Saya telah cuba menolak awak. Tapi awak mengikat hati saya dengan kejujuran dan ketulusan awak. Awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan ketika itu. Dan awak berjanji, hanya maut memisahkan kita. Hanya dengan renungan yang dihiasi celak hitam, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Semakin mengenali awak, saya tak dapat lagi membohongi perasaan saya, bahawa saya menyayangi awak. Bersama masa, perasaan sayang ini mekar. Mekar menjadi bunga cinta.

Dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam, dalam lautan kasih sayang, hanyut bersama janji-janji manis untuk bersama. Dan saya mula terfikir. Saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak. Rupanya awak ada di sisi saya selama ini. Dan baru saya sedari, tika dan saat itu.

Bagai merpati putih, cinta saya berkelana, mencari singgahsana di hati awak, untuk bertakhta. Dan telah nyata, saya tak temui, noktah cinta itu, ternyata cinta saya pada awak tiada penghujungnya...

Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki cinta saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tak mampu saya selami. Di sana, saya tak mampu melihat cahaya. Awak beri saya harapan yang sangat besar. Dan akhirnya, awak juga yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam, awak membakar hati yang saya serahkan kepada awak untuk dijaga...

Jadi, selama ini, siapa saya sebenarnya di hati awak? Adakah selama ini, awak sebenarnya tak pernah mencintai saya? Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati? Siapa yang mengajar saya, bahawa cinta itu perlukan pengorbanan? Siapa yang memberitahu saya, agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri?

Awak...

Awak mungkin jenis Gadis yang boleh mencintai ramai Lelaki berkali-kali. Tapi saya pula seorang Jejaka yang percaya, bahawa dalam hidup saya, saya hanya akan ada 1 cinta dan 1 perkahwinan. Kita hidup sekali, mati sekali, dan mencintai hanya sekali...

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil hampir seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap bahawa saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Jangan pernah menganggap begitu.

Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biar pun pada ketika awak berada di sisi saya... Setiap saat, saya mengingati awak... Seumur hidup ini, saya mencintai awak...

Awak...

Ketika membaca surat ini, saya sudah menghilang dari dunia awak, tetapi ingin saya menyatakan sesuatu, yang tak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya cintakan awak, inilah jawapan saya...

‘Kalau suatu hari, awak kehilangan sepasang mata, saya akan memberi sepasang mata saya, agar awak dapat melihat semula. Meski pun untuk itu, saya harus buta buat selama-lamanya...

‘Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberi suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meski pun untuk itu, saya harus bisu buat selama-lamanya...

‘Dan kalau suatu hari, awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya, agar awak dapat hidup untuk selama-lamanya. Meski pun untuk itu, saya tiada lagi di dunia ini...’

Semuanya untuk awak. Tapi sayang, awak tak pernah tahu...

Awak...

Dengarlah... Saya mencintai awak. Terlalu mencintai awak... Dan kerana saya mencintai awaklah, saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak... Saya berdoa, supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti, awak akan memahami, apa erti cinta yang sebenar. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya, terlalu mencintai seseorang...

Dan semoga awak tak akan pernah terlewat untuk menghargainya...

Awak...

Saya percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita. Saya tahu, ada hikmah di sebalik semua ini. Dan saya tak akan menyoal. Saya juga tak pernah kesal. Sekurang-kurangnya, sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.

Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali semula pada saya. Itu bukanlah harapan saya. Tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan. Dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yang terbaik.

Di mana pun awak berada, awak tetap bertakhta di hati saya. Dan di mana pun saya berada, saya akan tetap mencintai awak.

Awak...

kita pernah berjanji, hanya maut sebagai pemisah…dan andai itu terjadi, saya ingin menghembuskan nafas terakhir di atas riba awak…terima kasih kerana menunaikan janji awak…
Ingatlah…
Maut sekali pun, tidak akan pernah mampu membunuh rasa cinta saya pada awak...

-the end-

idea dari pengalaman, kawan dan sahabat blogger... thanks u all.... 
sumber sebahagian besar dari http://ashkomikiwa.blogspot.com/

7 comments:

  1. best, cm cite novel....
    ajal maut, jdoh ptemuan d tngan tuhan
    be strong k..

    ReplyDelete
  2. hua....sgt sedih... T_T

    ReplyDelete
  3. burst of tears..wuwu~ gumi sentap kejap..wuwu~

    ReplyDelete
  4. myra: hehe..sje..

    izza: nangis kew?? hehe.. sorry..

    ReplyDelete
  5. ade ke lelaki sebaik dia di dunia ni?masih adakah utk gumi?teringin gak :P

    ReplyDelete
  6. hehe.. insyaAllah ad.. rmai laki baik kt lua sna..kn??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Since you Left Me..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Setinta pena Mencoret

jika hari ini aku lalai,
tolong ingatkan aku,
tentang masaku yang sia-sia,
tentang kesibukanku dengan dunia,
tentang rinduku yang menggila,
tentang kataku yang merapu saja,
tentang cintaku yang sia belaka.
tentang bekalanku ke sana,
tentang ajalku yang hampir tiba,
tentang sendirianku di dalam tanah,
tentang gelapnya kubur kita,
tentang duniaku yang fana,
tentang akhirat yang abadi jua.