Tuesday, June 26, 2012

Rindu...



Hari tu aku hantar adik-adik ke Sekolah Menengah SRI Al Amin Bangi… aku pandang kiri dan kanan aku… banyak betul dah perubahan… bukan tak perasan selama ni… Cuma tak berperasaan selama ni… betullah orang cakap… bila tengok dengan mata kasar, berlian yang mahal hanya dilihat sebagai perhiasan dunia… tapi bila tengok dengan mata hati, batu tepi jalan pun ada nilai estetika tersendiri…



Tengok bangunan sekolah yang dulunya satu blok, naik jadi dua, lepas tu tiga… sekarang dah ada lima… nak menitis tengok perkembangan warga AL-AMIN… harapnya produk AL-AMIN terus menyebarkan biah solehah ke mana tempat pun mereka berlabuh… InsyaALLAH…

Aku pandang rumah En. Jailani… Bilal, terkenang nasihat anta yang menyentuh hati… Afif, rindunya dekat sahabat yang seorang ni… nakal-nakal dia pun, baik lagi dia dari aku… Hanif Salleh, (Maaf hilangkan kopiah anta yang berharga RM25 masa lawatan pengawas ke Cameron Highland)… rindu dengar nasihat dia.. ketawanya yang sederhana… MasyaAllah…

Aku pandang kantin tidak berdinding… tersenyum sendirian sambil mengelap air jernih di tubir mata… (maaf)… teringat main bola (bajet futsal) masa orang tengah SPM… masa exam EST (English for Science and Technology) bajet hebat sangat kan? Keluar awal dari orang lain, pastu pakat main bola dekat kantin… Afif… Mundzir… Fauzan… Khairi… Khaidhir… Bukhari… Anas… tahukah antum, ana tetiba merindukan antum… heh …Aiman…Naqib… Mafiq…korang memang salu buat aku tersenyum… mana taknya… lawak tengok korang mengusik Fariz Azizi dengan telefon polyphonic tukar monophonic.. hehe… 

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain… maaf sahabat-sahabat, aku jarang contact… sibuk dengan urusan duniawi yang tak pernah habis… insyaAllah.. ada kelapangan.. kita berjumpa… sering aku ingatkan diri aku… bertemu kita dulu kerana Allah.. berpisah pun kerana Allah… insyaAllah… suatu hari nanti… pasti kita berjumpa kerana Allah kembali… ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Since you Left Me..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Setinta pena Mencoret

jika hari ini aku lalai,
tolong ingatkan aku,
tentang masaku yang sia-sia,
tentang kesibukanku dengan dunia,
tentang rinduku yang menggila,
tentang kataku yang merapu saja,
tentang cintaku yang sia belaka.
tentang bekalanku ke sana,
tentang ajalku yang hampir tiba,
tentang sendirianku di dalam tanah,
tentang gelapnya kubur kita,
tentang duniaku yang fana,
tentang akhirat yang abadi jua.