Wednesday, January 26, 2011


BungaKu...
aku cuba menjagamu...
menyirammu dengan air kasih...
membajai mu dengan perasaan sayang...
tapi..
apa yang ku harapkan...
bunga ku mekar bukan untuk ku...
telah ku berikan segalanya..
namun bungaku tidak mengerti perasaanku..
pergilah bungaku...
andai kau mampu mekar disamping orang lain...
andai aku hanya melukaimu...
andai aku hanya menyakitimu...
kau pergilah...
jangan berpaling dan jangan katakan yang kau rindu...
kerna itu hanya dusta yang bermain di bibir..
aku pohon keampunan...
ku pohon kemaafan..
selamat tinggal bungaku...

Monday, January 24, 2011

ToleRanSi di BiliK TiDuR


salam.. malam ni.. aku tak tido sebab tengah duk buat esaimen..
untuk pengetahuan..aku duk kat umah sewa..sebilik dengan seorang mamat india ni...
dia lecturer ILP..
satu masalah di sini ialah..
dia tak suka lampu...dia suka duduk dalam gelap...
sebelum ni...
bilik kitaorang takde buat partition..
maksudnya..tidur la kat mana-mana pun...
just tetiba..dia kata nak partition..
aku dengan penat-penat..ubahla segalanya...
and lampu dapat kat aku..
sebelum ni..dia yang kontrol...sekarang dah buat partition...aku la yang kontrol...
sebelum ni...lampu buka sampai pukul 12 tengah malam je paling lewat..
kalau aku ada kerja..atau esaimen nak kena buat..aku kena turun bawah..
buat keje kat dapor ke hape..takpela..
aku toleransi...
aku ok je...
sampai ada satu tahap...
dia buat aku kecik hati..
dan statement yang buat aku tersedar dari lamunan adalah..
'saya bayar bilik ni..'
bajet macam dia bayar sorang je..habis tu..aku ni duduk free ke?? pekh...
bikin panas siooottt..!!!!
so..start dari tu..aku tidak lagi bertoleransi...
aku buka lampu..stay up.. bukan niat ganggu dia..
just memang nak buat keja...
sebab aku pun bayar...so.. kenape aku je yang kena tolerate?
dia lebih tua..dia ingat aku kena ikut cakap dia..?? damn la...!!!
prinsip aku...kesabaran aku ada tahap...
banyak kali dah sebenarnya.. bilik kitorang..aku yang kemas..yang dia tahu komplen je...
aku sapu...aku lap..aku buang sampah... yang dia tahu..komplen je...
waahh... kenapa aku post malam ni??
sebab dia terbangun tadi.. and dia post kat facebook.....
'tolonglah berperikemanusiaan sikit'
aku pikir...patut ke aku tutup lampu? sedangkan aku ada quiz lagi esok..nak study..
hmm... takyah la.. hahahaha...bukan jadi jahat...
just nak tuntut hak aku...tu je..
kalau dia ingat..dia keja..n dia lagi penat...memang aku lempang..
sebab dia ingat aku duk kat U tak penat?? ingat pi U duk buat tahi mata macam dia je ke?? ish3..
dah3.. post ni pun untuk lepaskan tension..heheh...
dah ok dah..heheh...alhamdulillah...

p/s: jangan jadi macam aku!!

Sunday, January 23, 2011

Kisah Kerbau, Kelawar dan Cacing

sedang aku blogwalking..tiba-tiba terjumpa kisah tauladan berbaur peringatan ni..teringin la aku kongsikan kat sume...insyaAllah..ada manfaatnya..

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau. 

 Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.


 Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

 Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya".

Sampling Terakhir Di Dungun

Neurothemis fluctuans

Rhyothemis phyllis

Pantala eltoni (maybe)

Caterpillar
tadaa...sampling yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Dungun...tangkap serangga kesayangan...
terkejar-kejar..kasut pun basah.. seluar pun basah...hheheh... memang penat giler la...huhuhu

Dungun
malam kat dungun..naik bas je pun...bas UMT tercinta..
satu geng la...seramai 7 pelajar, 2 lecturer, 2 driver, 1 pegawai sains dan 6 pembantu makmal...heheh
ramai memang ramai.. 
aku sampling serangga..dragonfly, damselfly dan aquatic insects..
ada yang sampling air untuk tengok bacteria dalam air...
ada yang sampling air untuk dapatkan amoeba...
ada yang sampling tumbuhan...
ada yang sampling burung, kelawar dan tikus..hehe

kelawar

burung belatuk
haa..yang aku pegang tu...burung belatuk...yang salu buat lubang kat pokok..
kalau salah cara pegang..kalau kena patuk boleh bengkak tangan..hehe..

itu jela sampling terakhir untuk FYP aku...hope boleh dapat A and lulus dengan cemerlang..
amin~

chow..=p

Wednesday, January 19, 2011

Aku Melantak di Terengganu...

haa... ni hanya kompilasi gambar-gambar aku melantak..hahahah




OOppss... hehe...pizza nyer xsempat amik gambar..sampai je terus kena baham..hehe


haa...ni pizza pasar malam je... xbesa sgt pun...harga dalam Rm8... sedap la jugak..hehe

haa...bekpes at McD...saje.. nak try2... maklumlah..ada orang belanja time ni...hehe



bukak pose kat Pok Wan Kopitiam.. ni makan dua orang je..hehe (nasi je 3)

haaa..yang ni.. kfc... hehe.. pun ada orang belanja... ok la tu.. murah rezeki..

Tuesday, January 18, 2011

Depressed!!!!


tension giler!!! nape?? 
macam-macam masalah...
dari hujung rambut..ke hujung bulu kaki la..
masalah datang banyak..
yang pergi sedikit..huhuhu
pertama: FYP
damn!!! 
dapat pulak ** yang memang *tut*
buat aku ni macam ******
kalau aku sorang je kena...
memang aku pasrah dan redha...
maybe salah aku...
tapi dalam kami 6 orang...
tiada sorang pun terkecuali dari di*tut* olehnya...
aduhai... harap boleh grad...
aku taknak extend...huhuhu

Kedua: Kewangan
aduhai....belum sempat ku merasa nikmat duit..
dah kena beli macam-macam...
adapter laptop rosak la...
kereta rosak la...
printer lagi...
memang sume barang nak rosak time sem akhir ke???
ARGHHHHH!!!
minyak rambut pun boleh abis time2 macam ni...
huhuhuhuhuhu....
guna minyak masak jela...
kan bagus aku culture pokok yang boleh kuar not RM50...
setiap hari aku petik.. sehari sekali pun ok dah...
macam  farmville...huhuhu

Ketiga: masalah Jiwa Raga
aduhai...pelik...
time2 macam gawat and sendat macamni la..
sesetengah manusia nak mengerat silaturrahim...
cakap tak nak nanti merajuk..
cakap tak nak nanti kena ngata belakang..
cakap tak nak nanti kena band...
hmm... 
apa kan daya... pasrah je la...


Sebagai hamba Allah s.w.t...
aku jua tidak terlepas dari ujian dan dugaan..
hanya kepadaMu aku memohon pertolongan..
Ya Allah.. bantulah hambaMu ini...
dikala senang..Kau jagalah diriku dari melupakanMu...
dikala aku susah.. Kau bantulah aku menempuhi segala onak duriMu...
kerana Aku Hanyalah Seorang Hamba Yang Lemah..
~o~

 


Sunday, January 16, 2011

Kena TagG!!!

nape bnyak sangat soklan kene jawab...
urat belikat serta salur kentot aku pun leh sumbat macam ni.. uhu
dengan bebekal ilmu separe siap ni..
aku menjawap dengan tulus ikhlas.. credit to
Fatin Syamimi
Instruction :
Create a new note, copy and paste this message, delete my answers and type in yours. Then tag all your good friends and family INCLUDING the person who tagged you. The theory is that you will learn one new thing about each of your friends.

THREE NAMES I GO BY
1. Amjad 2. Famjad 3.Am

THREE PLACES I HAVE LIVED
1. Hartford, Connecticut (obersi tu..) 2. Bangi, Selangor 3. Gong Badak, terengganu (now)

THREE TV SHOWS THAT I WATCH
1. drama Korea 2. movies 3. drama jepun (best woo...suke drama pantai timur.hehe)

THREE PLACES I WANT TO GO
1. Makkah 2. Gambang Water Park (ondaway) 3.Around The World

THREE OF MY FAVORITE FOODS
1. Masakan Ibunda 2. Nasi Lemak Ibu 3. Mi Goreng Mamak Ibu (ibu..engkaulah ratu hatiku..)

THINGS I AM LOOKING FORWARD TO
1. Nak Grad and Nak keje. 2. Nak kumpul duit..tolong parents..  3. nak menikah... hehe

THREE PETS THAT YOU HAVE OWNED
1.Kucing nama Blue (mata ia biru) 2. Ikan Emas 3. Kucing nama Mickey (kena curi..huhu)

THREE FRIENDS WHO WILL REPLY
1. kengkawan 2. para bloggers 3. Anyone

THREE FAVORITE BANDS/SINGERS
1. Awie 2. Faizal Ismail Tahir  3. Fatin Syamimi (dah macam ziana zain punya jiran kalau nyanyi)

THREE FAVORITE SPORTS TO WATCH
1. badminton 2. bola sepak 3.jarang tengok..biasanya main sendiri..hehe

THREE FAVORITE DRINKS
1. Air kosong  2. Ice Blended (pape je) 3.Float

sekarang aku dah jawab sejujurnya...
 
tagging...

Mengamati Suasana


Sedang aku duduk termenung di kawasan library PSNZ...
ku pandang kiri dan kanan...
nyaman je rasa... sekarang tepat jam 4.58pm...
aku ditemani bekas roomate ku.. Hafriz Entech dan Fatin Nautika (bukan roomate..but soulmate)..
oleh kerana tahap bosan gila gaban..
aku pun buka la blog..
sejuk bukan main...
angin dah tak sepoi-sepoi bahasa..
angin bertiup agak kencang...
tengok bendera yang terlekat kat international centre tu macam nak terbang je...
menggigil bulu tangan dan kaki aku...huhuh..

aku duduk kat sini..saja.. lepaks baru abis kelas..
ingat nak makan sotong celup tepung.. nyum3...
tapi xde orang nak belanja..so..
xdapatla nak makan..huhu..nak makan sendiri takde duit...
huhuhuhu...

apala nasib... xpela...
nak buat assignment anatomi la...

chow..=p

Masalah Kesihatan

bukan ketiak aku...gambar dari google

Siapa yang suka pakai deodorant kat ketiak?? haa... 90% suka kan?
sebab ketiak paling cepat masam and berbau...
pakai yang roller ke spray??
haa... wallhualam....
nak tahu tak...
kalau guna roller deodorant tu...
ada chance untuk dapat penyakit...
yang popular ada 2 je...

1. Kanser Ketaik Ketiak...
2. Lubang nodul tersumbat (lebih kurang la..)

ini berlaku atas beberapa faktor...antaranya...

1. guna deodarant and shaving...
2. kena bacteria infections
3. ada fungus (bagi yang tak mandi kut)
4. macam-macam lagi

so... cuba raba bawah ketiak...
kadang-kadang sebesar jerawat..then nanti dia membesar..
lama-lama besar and terasa macam bengkak and sakit..
rawatan awal...
jumpa doktor and buat pemeriksaan...
kalau takde pape..
doktor akan bagi antiobiotik..
kalau ada pape..
doktor akan bedah..
simple..


info from experience..hehehe
info tambahan.. http://www.umm.edu/ency/article/003099.htm


p/s: baca kat tenet je..kalau silap, harap maaf..hehe

Saturday, January 15, 2011

How To Take A Good Picture using Digital Camera


there are a few tips that i got from various webs on the net... but to summarize it.. there are a few elements and useful tips that i could use and share...taking a picture is an art that sometimes hard to obtain.. but with practice and patience..everything can be achieve...

tips:

1. Look at Subject in the Eye.. it applies on human beings and also animals...mainly...in other words.. maintain a good connection with the subject.. and SNAP for a good picture.

2. Great Background... a great subject is nothing without a great background.. a suitable background is necessary..

3. Ample of light and shadows. This is important to prevent the subject being darkened or unseen because of high or low light intensity.. better to use  flash sometimes during day or night. (especially outdoors)

4. Zooming..it is better for the photographer to be close to the subject rather than using the zoom functions.. some experts said that by using zoom, it would lower the megapixel of a picture...

5. Unique angle..sometimes.. photographers might lay down low on the street or climb up high to get various angles of the subject..sometimes, the subject may not need to be in the middle of the picture but could be on the left or right side to focus on the subject and it's background.

6. Know the functions of your camera..the flash...the focus...and other modes that would help in getting great picture..

7. edit your pictures using softwares such as adobe photoshop for details (lightroom, extended, cs5 and etc.) and for simple editing i would recommend picasa. this would help in promoting your own trademark..

that's all...got some tips from this web.. ==> http://www.kodak.com/eknec/PageQuerier.jhtml?pq-path=317/10032&pq-locale=en_US
but some are from friends and own experience..
enjoy..

chow..=p

Friday, January 14, 2011

~Ku Rindu~

SalAm SejaHtera.....
ku rindu... posting ni adalah untuk meluahkan perasaan aku pada saat and tika ini...
ada beberapa orang dalam hidupku..yang aku rindu...

pertama: aku rindu pada family aku...

ibu
ibuku...
ibuku ni... namanya Rokiah @ Rozita bt Ahmad...
hehe..pemalu orangnya...selalu segan kalau orang amik gambar dia...


Ayah

tak lupa...ayah.. Suarni b Sumormo..
orang jawa..hehe...
walaupun kami ni selalu tak sebulu...
tapi aku tetap sayang and rindu ayahku...

Twins

the twins...Kakchak and Kakchik...haaa... cuba teka mana satu kakak??
mestilah yang ni...
Nurul Adilah bt Suarni

dan yang ni adik...

Nurul Aqilah bt Suarni

pas tu.. rinduku pada si tomey kecik kiut miut...

Nurul Athirah bt Suarni
hehe...yang ni..adik bongsu... pas tu...
2 orang adik laki lagi..

Paling Kanan; Ahmad Fahmi Amzar

Ahmad Fikri Amsyar

haaa...yang tunduk ni bukan malu... tapi bajet macho..hehhe

rinduku yang kedua jatuh kepada... Fatin Syamimi bte Che Menteri...
Buah hati: Fatin Syamimi @ Miemen

heheh.. 
kadang-kadang bila tengok cermin... rasa macam single...
pakai cantik-cantik.. 
bedak tebal-tebal...
perfume sebotol dua...
tapi bila message masuk...
wajah si dia terpapar...
hehehe.. 
baru teringat...
dah berpunya aku ni...hehehe

ramai lagi dalam list kerinduan aku...
budak-budak matrik aku..
budak-budak sekolah...

saudara mara..sahabat handai..and orang2 yang tak aku ingat pun aku rindu..
(macam mana tak ingat tapi rindu???)
entahlaa...tapi...
yang aku tahu...
I MISS YOU ALLZZ...LoVE U OLZ... 

chow...=p

Tuesday, January 11, 2011

Movie Review

dah lama takde movie review..maklumlah...
busy je memanjang..
xde masa nak download and tengok muvie... (busy ap nth la..)
citer pertama...jeng-jeng...

Cuti-cuti Cinta
haa...citer ni... cuti-cuti cinta..
hero dia farid kamil...heroin nora danish...
citer ni boleh tahanla..
nak kata romantik..x sangat..
nak kata lawak..pun ada sikit2...
tp..citer ni bagi diriku...
tak menarik sangatla...
so... dari 5 bintang...
ku berikan...
2 bintang je..
sorry...just xdapat apa2 input sangat dari citer ni...
yang dapatnya.. pasal kaya and miskin...tu je...

second movie..boleh tahan sikit...memang fun..
and grafiknya menarik...
jeng-jeng...

haaa...citer musikal...
lakonan Diana danielle..Mawi...dan Fimie..
boleh tahan la.. lagu2 dia best gak sesetengahnya...
KRU productions kan? so...
mesti ada CGI...so... terhibur tengok pemandangan dia yang cantik tu..
scene dia menarik...
hmmm...so...
dari 5 ku berikan 2.5 bintang..hehee
ok la kan?

p/s: untuk pengetahuan...saya bukan juri professional... just ini pendapat peribadi..wallahualam..

Sunday, January 9, 2011

contest teka silang kata

blog ammar ini ada buat contest...

so...
untuk isi masa lapang (plus nak try dapat topup free RM30),
aku pon join lah...
ini contest teka silang kata yang aku join...
ini box yg tak terisi tu...hehe
jawapan aku untuk contest tu:
  1. ITALY
  2. PALESTINE
  3. JAMAICA
  4. IRAQ
  5. THAILAND
  6. AUSTRALIA
  7.  KOREA
  8. CHINA
  9. SPAIN
  10. DUBAI
  11. U.S.A
  12. JAPAN 
 "Saya suka blog Ammar kerana ada boleh baca isu bola sepak, nak kuruskan badan, islamic section, how to get involve in business, history, berita nasional, cuaca, resepi...nak apa lagi? everything is here...ayat mudah 'MACAM-MACAM ADA'!!! Plus bahasa digunakan yg mudah faham, santai aje..."

Salam sejahtera... dah lama tidak diupdate... ini adalah kawasan kampungku...
terletaknya kediaman yang disewa secara berjemaah dengan rakan seprogram dan yang bukan...
best duduk kat kampung...nyaman...permai...indah...dan saujananya terbentang...

kenapa buat entry pasal ni??
sebab...bak kata pepatah..
'tempat jatuh lagi dikenang..inikan pula tempat bermani bermain'
main apa? haaa...
main-main badminton....main bola sepak...
mesti pelik...kenapa tak letak gambar rumah kan?
sebab... nak citer la pasal kampung tempat terletaknya rumah tersebut dahulu...
hehehe... saje2 nak merepek2 sebenarnya...

kampung ni... banyak kenangan.. start datang sini...
tempat first accident dengan motor.. kat dalam kampung ni la..
kat kampung ni jugak aku berjogging dengan memberku...Nazmi and Dana Raj..
apa lagi yang berlaku??
kat kampung ni la aku mengejar babi hutan...(kejar guna kereta la...)
kat kampung ni la aku main2 tangkap insect...
untuk entomology dengan awek tersayang (fatin)...dan awek yang kurang sayang (linda)..heeheh
jangan marah ye ney..hehe

memang seronok jalan2 kampung ni...nyaman je...
so...sesape yang rase boring duduk bandar...
mai la datang kampung...
kalau risaw nak tinggalkan facebook..
jangan risaw..sekarang ni...
kampung ni pun dah ad wi-fi..
tapi bukanlah free...hehe..
umah kitaorang punyer..hehehe

so...itu je..
all da best...take care..=p

Wednesday, January 5, 2011

Duta ft. Baizura Kahar liriks

Sejak dari dulu ku mencintaimu
Kau tahu begitu namun kau berpura
Ku masih teringat kau peluk diriku
Yang telah membuatku mencintaimu

Sudah berapa lama
Diriku ini tak bertemu mu
Mungkin ku harap jua kau merinduku
Sebagaimana ku rindumu

Cinta antara kita tiada penghalangnya
Walau akhir usia ku menyinta dirimu
Ku hanya menunggumu bila tak kau cintaku
Ku kan berjanji menyintamu sayang

Sudah berapa lama
Diriku ini tak bertemu mu
Mungkin ku harap jua kau merinduku
Sebagaimana ku rindumu

Cinta antara kita tiada penghalangnya
Walau akhir usia ku menyinta dirimu
Ku hanya menunggumu bila tak kau cintaku
Ku kan berjanji mencintaimu sayang

Ku kan berjanji mencintaimu sayang

Welcome Back!!!!


 Waiting for you was very painful... 
every week was boring..
every day was empty...
every hour was lonely...
and every minute.. i was waiting for your return...


breakfast at McD...(you paid everything...thanks!!)
it was deliciouuussssss!!! (coz it was free for me..hehe)



then..went to mydin..
shopping.. this time...i paid for mine...
you paid for yours.. (of course la..) ehehe...



went karaoke with zira.. 
it was hilarious..and totally fun..


lastly..
we went to the beach... 
for a nice walk...
thanks for everything...

all da best and take care..=p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Since you Left Me..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Setinta pena Mencoret

jika hari ini aku lalai,
tolong ingatkan aku,
tentang masaku yang sia-sia,
tentang kesibukanku dengan dunia,
tentang rinduku yang menggila,
tentang kataku yang merapu saja,
tentang cintaku yang sia belaka.
tentang bekalanku ke sana,
tentang ajalku yang hampir tiba,
tentang sendirianku di dalam tanah,
tentang gelapnya kubur kita,
tentang duniaku yang fana,
tentang akhirat yang abadi jua.