Tuesday, February 22, 2011

Kisah Kasih 1

“Min, jom turun jogging,” suara Jamal, teman sebilik Amin mengejutkan Amin dari lamunannya.

 Amin seorang pelajar jurusan Sains Biologi di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang merupakan anak sulong dari 6 orang adik beradik. Amin baru mendaftar di UMT sebulan yang lepas dan masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri di UMT. Amin mempunyai seorang kekasih bernama Siti yang berusia 16 tahun yang turut merupakan sepupunya. 

“Kau pergilah, aku malas la,” Amin menjawb. Amin sedang memikirkan untuk berpisah dengan sepupunya kerana dia berasa sangsi untuk memberikan sepenuh hatinya kepada Siti. 

“Abang, Siti rasa dah jatuh cinta la dengan abang, walaupun baru 3 hari jumpa,” kata-kata Siti malam itu masih terngiang di kepalanya. 3 hari saja diperlukan untuk memikat hati Siti yang kesunyian kerana baru saja ditinggalkan kekasihnya. Amin menggaru kepala sehingga gugur beberapa helai rambutnya ke bahu kerana memikirkan masalah dan dilema yang sedang dilaluinya. 

“Tak boleh jadi macam ni, aku kena try tanya orang yang pernah bercinta, yang ada pengalaman,” Amin bermonolog sendirian. Amin terus bangun dari duduknya dan terus berjalan menuju ke bilik teman sekelasnya, Safwan. Safwan baru sahaja dikenalinya ketika menyertai kumpulan yang sama sewaktu program orentasi di UMT. 

“Wan! Oh Wan! Kau ada dalam bilik ke?” Amin memanggil sambil mengetuk pintu bilik Safwan. Safwan keluar dengan memakai kain pelikat jenama Gajah Duduk yang baru dibeli semalam di Batu 6 dan baju-T jenama Tropicana.
“Ha, ada apa hal Min? Kau ni, aku baru nak mandi,” Safwan kemudian merenung muka Amin yang kelihatan runsing. Beberapa kedutan di dahi Amin menyimpan seribu pengertian dan Safwan tahu Amin ada masalah yang ingin diceritakan.

“Haish kau ni, mari duduk atas katil ni. Kau cerita masalah kau kat aku. Nanti aku try tolong,” Safwan mengajak Amin untuk berbual. 

“Aku buntu la, aku sayang sepupu aku, tapi sebagai sepupu je. Tak lebih dan tak kurang. Macam mana aku nak bagi tahu kat dia yang aku tak bersedia untuk bercinta?” Amin terus membuka permasalahannya kepada Safwan. Amin menggaru kepalanya menandakan dia masih runsing. Safwan menggulung kain pelikatnya sedikit dan bersila di atas katil tanda dia sedang memikirkan mengenai masalah Amin. Safwan baru saja putus cinta dengan kekasihnya kerana kekasihnya curang. 

to be continued....

p/s: just trying menulis cerpen pendek..ada komen yang membina..sila la komen.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Since you Left Me..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Setinta pena Mencoret

jika hari ini aku lalai,
tolong ingatkan aku,
tentang masaku yang sia-sia,
tentang kesibukanku dengan dunia,
tentang rinduku yang menggila,
tentang kataku yang merapu saja,
tentang cintaku yang sia belaka.
tentang bekalanku ke sana,
tentang ajalku yang hampir tiba,
tentang sendirianku di dalam tanah,
tentang gelapnya kubur kita,
tentang duniaku yang fana,
tentang akhirat yang abadi jua.