haaa..untuk kawan se-FYP-ku..and untuk semua orang yang ada kotak perasaan di luar sana..
mesti ada time yang korang stress...mesti ada time yang stress sampai tahap gaban...
mesti ada time yang stress sampai nyanyi kuat-kuat sorang2.. and macam-macam lagi...
sampai ada yang bertindak di luar kawalan....
hehehe
so, ada beberapa tips yang boleh diamalkan...(setelah rujuk beberapa web...tq google)
tips ni dapat dari bacaan..rujukan..dan pengalaman..
Apabila tahap stress dah sampai tahap air mendidih...kepala pun dah start keluar asap...dan berbagai-bagai simptom stress yang lain...langkah-langkah untuk tangani...:
1. duduk dan tarik nafas.. buat pernafasan macam lepas bersenam.. kenapa? sebab bila tengah stress..dalam keadaan tidak terkawal.. boleh menyebabkan tekanan darah meningkat..seterusnya boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti..
2. take ablution...atau amik wudhu' dan solat sunat.. kenapa?? time stress ni..tiada sesiapa boleh bantu kecuali Allah s.w.t... sebab time-time macam ni la Allah nak uji dan nak hambaNya lebih dekat padaNya..kenapa ini bukan yang first? sebab lebih penting untuk tenangkan diri dulu sebelum melangkah lebih jauh.. dengan keadaan stress dan bercelaru..kita akan meningkatkan risiko untuk mencederakan diri..tak mustahil untuk kita jatuh dalam bilik air semasa nak ambil wudhu' kan?
3. lepas step 1 dan 2 selesai.. boleh la kita kembali berfikir tentang masalah yang menjadi punca stress.. ambil masa untuk selesaikannya.. kalau ada timbunan kerja, selesaikan satu persatu dengan fokus pada bahagian yang lebih penting...
4. banyakkan bersenam...kalau nak main game tu..bolehla kira senaman tangan..heehe.. kerana.. dengan senaman, aliran darah berjalan lancar..dan kita akan berasa cergas kerana badan kita sihat.. so..tiada lagi masalah..hehe
5. kalau dah stress tahap gaban...dan dah cuba step 1-4..kurang berkesan... maybe tubuh terlalu letih..so, digalakkanlah untuk tidur.. bagi sel-sel dalam badan rehat..organ rest... nanti dah bangun.. akan rasa lega..InsyaAllah..
6. kalau dah try step 1-5 pun tak jadi jugak..hmm.. then.. alihkan minda dari masalah..pas tu.. buat something yang paling disukai.. macam shopping...jalan2... makan2... yang penting..buat something yang boleh buat kita lupa sekejap pada masalah tersebut...
InsyaAllah.. kalau buat step-step ni...boleh hilangkan stress.. tapi.. kalau tak berjaya.. maaflah.. sebab semua orang tak sama...bak kata pepatah..'rambut sama hitam (sekarang dah boleh tukar warna), hati lain-lain'
wallahualam...
take care =p
No comments:
Post a Comment