Thursday, June 2, 2011

Cinta: Kerana ingin bahagia 2


Salam Alaykum,

Tajuk yang simple akan cuba dielaboratekan sebaik mungkin.. kurang lebih minta maaf ye.. =p..
Kerana ingin bahagia.. siapalah yang tak nak kebahagiaan.. setiap orang mempunyai definisi kebahagiaan tersendiri. Ada orang bahagia bila ada duit, pangkat, bini ramai, anak ramai, belajar tinggi2 dan sebagainya.. tapi kita selalu lupa hakikat sebenar kebahagiaan.. semua orang sanggup buat apa sahaja untuk bahagia.. nak duit banyak, kerja lebih… nak pangkat tinggi, kerja keras… nak belajar tinggi2, kerja rajin2… nak anak ramai, kerja overtime… tapi apa hakikat kebahagiaan yang sebenar?? Apa erti bahagia bagi pembaca??

Ada satu cerita.. seorang bapa dan anak lelakinya.. anak lelaki sanggup menggunakan duit sakunya untuk membeli sedikit masa ayahnya yang selalu sangat busy.. Nampak?? Bahagia ayah itu adalah untuk familinya.. tapi secara tak langsung, dia dah abaikan familinya..niat dia untuk mencari nafkah, tapi dah abaikan anaknya yang perlukan perhatian.. Oleh itu,  overwork..overtime…dan bermacam-macam over lagi boleh menyebabkan kita alpa dan lupakan yang lain..
Sebenarnya Hakikat bahagia adalah bila kita rasa syukur.. bukan bermaksud kita berhenti berusaha mendapatkan lebih baik.. bukan stop mendaki menggapai impian.. tapi kita daki slow2.. toleh ke belakang sambil mendaki.. agar takde yang ketinggalan, bawak famili, dukung anak2..papah bini..pimpin suami, pegang tangan parents, tarik kawan2.. bak kata pepatah.. “takkan lari gunung dikejar”… kalau dah memang rezki kita kahwin 4… kenapa perlu abaikan yang lagi 3?? Kan?? kalau Allah dah kata itu memang kita punya.. so, jangan resah mahupun gelisah..

Kebahagiaan itu, suatu kesyukuran…
Bila kaya jadi insan pemurah,
Bila berkuasa amanah,
Bila berjaya tidak alpa,
Bila di hati tak lupakan tuhan…



Bahagia itu milik setiap insan.. insyaAllah.. bila kita berusaha untuk membahagiakan orang lain… kebahagiaan kita, Allah akan bantu… kan?? Yang penting.. syukur dan senyum setiap kali ditimpa masalah.. insyaAllah.. kadang2..untuk kebahagiaan orang lain kita harus berkorban.. tak salah untuk berkorban di dunia kerana ada ganjaran kebahagiaan di akhirat kelak.. insyaAllah.. ^_^

Bahagia itu sihat..bahagia itu lapang..
bahagia itu tak mampu dibeli dengan wang..
bahagia itu syukur..bahagia itu hatinya senang…
bahagia itu bersama yang tersayang..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Since you Left Me..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Setinta pena Mencoret

jika hari ini aku lalai,
tolong ingatkan aku,
tentang masaku yang sia-sia,
tentang kesibukanku dengan dunia,
tentang rinduku yang menggila,
tentang kataku yang merapu saja,
tentang cintaku yang sia belaka.
tentang bekalanku ke sana,
tentang ajalku yang hampir tiba,
tentang sendirianku di dalam tanah,
tentang gelapnya kubur kita,
tentang duniaku yang fana,
tentang akhirat yang abadi jua.