Thursday, June 30, 2011

Superman Return



Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg s**a stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:

"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang.
utang kereta/ rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!
Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!!

Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja...bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..
Biasa korang belajar doa makan macam nie:

"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound:

"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "
Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku...

"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku.

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?

Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat...
Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)

Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)
Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..
Semuanya dari Allah!!!


He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman..
PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (supermanpun akan jadi mayat)


sumber dari Ibuku yang email.. 

Sunday, June 26, 2011

Luka itu pengalaman..parut itu peringatan…sakit itu kenikmatan…




Salam alaykum…

Dah 3 entry blog..sumer pasal luka dan sakit.. kenapa?? Sebab orang keliling aku sekarang ramai yang sakit… tahu tak… “luka itu pengalaman, parut itu peringatan, sakit itu kenikmatan” dan semuanya hidayah dari Allah s.w.t.

Tapi.. sesetengah orang mencari penawar..bukan dengan mendekatkan diri dengan Allah.. tapi mencari alternative lain.. pelik manusia ni.. masa dapat hidayah awal2.. ibarat “bulan jatuh ke riba”.. happy bercampur sedih… happy sebab Allah bagi peluang untuk taubat.. tapi sedih sebab dah terlambat.. nasi dah jadi bubur… manis mulut menabur janji cakap nak berubah.. tapi.. sekarang.. sama jer… inilah bak kata pepatah..”kera mendapat bunga”…

Insaflah… luka dah dapat.. parut dah ada… sakit dah rasa… nak apa lagi??? Jangan sampai roh terpisah dari badan baru nak bertaubat.. jangan sampai malaikat maut dah mengetuk pintu baru nak taubat… jangan sampai diri kita tenat… selagi hidup..selagi itu Allah bagi peluang untuk kita bertaubat.. selagi lidah kita belum kelu… selagi itu Allah bagi kita masa untuk menyebut namanya.. selagi nikmat tangan belum Allah tarik.. tadah dan mengadulah pada Allah..

ke bajet nak jadi macam pelacur yang bagi minum anjing pastu terus masuk syurga???? aduhai... jangan jadi 'sengal' boleh tak?? hmmm....fikirlaah...

Tiada guna solat 5 kali…puasa sunat.. menabur janji.. kalau akhlak tak seperti amal.. nak tengok berkualiti atau tak solat.. kita tengok peribadi kita.. itu adalah cermin sebenarnya.. baca AlQuran itu bagus..tapi jangan mencemarkannya dengan amalan maksiat kita.. memang sesetengah orang akan cakap.. lebih baik dari tak buat.. tapi bila fikir balik.. imej seorang muslim akan tercalar macamni.. macamna nak jaga kemurniaan Islam?? Kalau kita asyik cakap ‘takpe..lebih baik dari orang lain yang tak buat’.. jangan mencampur tahi dalam nasi… takde sape nak makan nanti.. 

Maaf…entry ni kasar sedikit.. sebab aku hanya insan lemah.. kurang lebih aku mohon ampun.. andai ada yang kata entry ni tak bagus.. aku minta maaf.. just mata aku tak mampu lagi lihat kemungkaran.. telinga dah bernanah dengar umpatan dan cacian… bibir pun dah penat terkatup rapat.. maaf..

entry tiada kaitan antara hidup dan yang mati..  yang terasa.. maaf.. yang baik datang dari Allah.. keburukan ini... salah sendiri.. wallhualam.. 


Aku hanya insan yang kenyang dan lapar kerana Allah.. ^_^
tepuk dada...tanya iman.. sedekat mana kita dengan Allah.. semampu mana kita beli tiket ke syurga Allah... peringatan kepada diriku dan dirimu jua... T-T

Saturday, June 25, 2011

Bersyukurlah kerana Sakit

Salam alaykum,

Bersyukur kerana sakit… takde sape pun yang suka sakit.. sebab sakit buat kita rasa tak selesa.. buat kita susah.. sakit kaki, susah jalan… sakit tangan, susah pegang… sakit mulut, susah makan… macam2 sakit lagi…

Tapi, bersyukurlah kerana sakit.. sebab tak semua orang mampu rasa sakit.. CIPA (congenital insensitivity to pain with anhidrosis).. penyakit yang membuatkan kita takde saraf sakit.. membuatkan seseorang itu takkan merasa sakit.. dan takkan bertindakbalas terhadap perkara yang menyakitkan…
Pentingnya sakit… sama gak macam sakit hati.. (internal).. kalau kita tak rasa… kita takkan tahu macamne sakit tu… tak dapat la nak citer kat orang macamna sakit hati tu kan?

Pentingnya di sini.. tak kisah..apa jenis sakit.. yang penting… tindakbalas kita.. jangan kerana tak mampu tahan dengan sakit, kita buat benda bodoh… tindakbalas terhadap sakit amat penting.. setiap sakit adalah negative.. dan kalau kita buat benda bodoh…yang turut negative..kan dah bertambah negative.. tapi kalau tindakbalas kita positif..maka kita pun akan jadi neutral nanti.. kan???
Ingatlah, ‘sakit itu penghapus dosa’… bersyukurlah kerana sakit.. kerana itu tandanya Allah nak hapuskan dosa kita.. Allah uji hamba yang disayangiNya… kalau kita mampu hadapi dan bertindakbalas secara positif… maka Allah akan bantu kita nanti.. insyaAllah…

Dari insan yang kenyang dan lapar kerana Allah..

Entry Terabur

Salam Alaykum,

aku baru lepas telefon member baik aku.. nyembang bukan main lama.. dapat tahu berita2 terkini dan hal ehwal isu semasa.. bukan setakat tu.. aku dapat buat konklusi lagi...
'patah tumbuh hilang berganti'..tapi.. yang tumbuh tak mungkin sama dengan yang dah patah... sama gak dengan hidup... hilang kasih bertemu semula.. hilang cinta jumpa kembali... tapi tak mungkin sama... sebab apa??? 'experience is the best teacher'.. takkan nak terhantuk 2 kali kan? bodoh la namanya.. but 'bila bunyi bersatu... kau milikku..' cinta tak salah... yang salah.. orang yang bercinta..

hubungan antara lelaki dan perempuan dalam islam...sejauh mana 'halal'nya??

halal adalah pada muka dan tapak tangan sahaja untuk perempuan... lelaki adalah dari pusat hingga lutut...tapi jarang lelaki nak tunjuk bulu kakinya yang berkelemumur itu.. kan?

keluar biar ditemani..jangan berseorangan.. berdua je nanti yang ketiga syaitan.. tapi kalau dekat dan lalu tempat ramai orang..it's okay kut... tapi kalau boleh kurangkan... tak elok..

kita kena letakkan curfew pada diri.. ye... parents sekarang tak kisah nak keluar malam... balik pagi2 buta..bak kata papa.. 'bapak nak lepas ni...kau keluar mabuk..balik tak mabuk..' tapi.. cara hidup Islam macamna??

kadang2 Allah bagi kita sakit supaya kita sedar yang Allah masih sayangkan kita... lagi sakit..lagi Allah sayang.. insyaAllah.. sebab 'sakit itu penghapus dosa'...kalau Allah tak sayang.. dibiarkan terhimpunnya dosa itu dan dibalas kat neraka nanti.. Nauzubillah... pintu hidayah pun Allah buka banyak kali.. sejauh mana kita nak melangkah ke hadapan itu yang penting.. kita nak mencari diri kita..asal usul kita.. tapi kita cari di tempat yang salah.. ibaratnya.. kita nak mencari ketenangan.. tapi pegi clubbing.. patutnya pegila masjid ke surau..

maaf...entry ini merepek sikit.. sebab kepala otak tengah bercelaru... fikir macam2..

Ya Allah.. tiada tempat dah aku nak mengadu.. hanya kepadaMu. tempat aku meminta... Kau tahu kemampuan imanku..
andai suatu hari nanti.. aku tak mampu menahan tanganku dari memegang maksiat..Kau ambillah tanganku.. 
andai suatu hari nanti... aku tak mampu menahan kakiku dari berjalan ke arah maksiat.. Kau ambillah kakiku...
andai suatu hari nanti... aku tak mampu menahan mataku dari melihat maksiat... Kau ambillah penglihatanku...
andai suatu hari nanti... aku tak mampu menahan diriku dari melakukan maksiat... Kau ambillah nyawaku...
Ya Allah... Ambillah nyawaku dalam keadaan aku beriman... berikanlah kesempatan untuk aku mengucap ikrar kepadamu... izinkanlah lidah ini untuk sentiasa menyebut namaMu Ya Allah...
sesungguhnya aku hanya insan yang lemah dan hina di sisi Mu.... Amin Ya Rabbal Alamin..

Ayah



Ayah
Peranan ayah begitu besar dalam hidupku…
Membanting 4 kerat tulangnya menyara keluarga…
Mengorban masa dan tenaga untuk menampung segalanya…
Ayah…
Tatkala kau meminta aku mengurut badanmu…
Kerana lenguh akibat kepenatan bekerja…
Kulitmu yang kian tegang dan keras…
Menunjukkan betapa gigihnya kau bekerja…
Ayah…
Kasih sayangmu takkan dapat dinilai…
Walau segunung emas ku berikan..
Walau selautan permata aku hamparkan…
Ayah…
Aku masih ingat…
Waktu kecilku..kita berjauhan…
Ibu di Perak…kau di Selangor…
Keadaan yang memaksa..
Kerna pekerjaan yang berbeza…
Setiap minggu kau tiba hanya dengan bas Transnasional…
Aku masih ingat… kau akan tiba di Batu Gajah pada hari Sabtu..
Kemudian kita akan menonton Usop Sontorian bersama-sama…
Ayah…
Aku masih ingat..
Kau menampar aku kerna biadap denganmu…
Aku minta maaf ayah…
Aku tahu…
Setiap cubitan..tamparan..nasihat dan teguran…
Hanya untuk menjadikan aku insan beriman…
Aku minta maaf ayah…
Kerna tak dapat memenuhi cita-citamu melihat anakmu menjadi seorang doctor…
insyaAllah.. akan aku rangkul gelaran itu dengan PhD suatu hari nanti…
ayah…
aku anak sulongmu…
yang selalu bertelagah denganmu…
kerna aku sedegilmu….
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi…
Aku minta maaf ayah…
Tidak bermaksud melawan kata..
Kerna kedegilan dan keegoan sebegitu rupa…
Ayah…
Aku tahu..warkahku ini tidak akan kau baca..
Aku menulis jua bukan kerna glamer…
Tapi aku menulis…
Kerna sayang pada ayah…
Mencoret apa yang dikalbu…
Agar suatu hari nanti….
Kau tahu..
Anakmu sangat menyayangimu…

Monday, June 20, 2011

Keindahan Pantai Tok Jembal Kesayangan


salam alaykum, 
sedang sibuk2 membuat thesis hari tu.. tapi.. alang2 dah balik terengganu...
takkan tak nak singgah dan melihat keindahan pantai tok jembal kan??
hehehe... 
so... adela amik gambar sikit2 pagi rabu tu...





ini jer yang mampu.. ade lagi..tapi lambat nak upload..
keindahan ciptaan Allah.. semoga rasa syukur makin bertambah seiring dengan iman dan taqwa kepadaNya.. ^_^

Thursday, June 9, 2011

Alamanda Kungfu Panda



Salam Alaykum,
Today..i’m trying to improve my fluency in English. So, writing this entry in English may help a little bit on my grammar and language. Actually, yesterday..me and my siblings went to Alamanda Putrajaya to watch KungFu Panda 2.. the journey only took 15minutes from my house to the GSC Cinema. Eventually, we also went to Alamanda the previous day with Ibu, but the tickets were sold out and we just had a stroll at Alamanda. I got a new Jeans while Angah got a new tracksuit.. haha.. on the way back, we stopped for a “snack”.. Ibu ordered ‘mee udang’.. the taste was okay but Mak Njang’s ‘mee udang’ is still the best.. yummy!! (enough with the flashback)




Alhamdulillah, we had bought the tickets the day before because it was all sold out at the present day. After buying some popcorns and beverages, I led my siblings to the theatre hall. The twin girls sat right next to me while the brothers were in front. 

We really enjoyed the movie, it was hilarious and has moral values that can be taken. Also, watching it with my siblings for the first time became an unforgettable memory. For the movie, I’ll give a 4.2 / 5 stars.. great movie and a great ending..family and  friendship, love, patience, caring and other moral values that are in the movie are suitable for the whole family to watch. I would recommend this movie to all.. it is a watch, enjoy and learn movie.. ^_^

cute

Friday, June 3, 2011

Sakit Pinggang

Salam Alaykum..

yahh... sakit pinggang ni.. semalam.. nak dijadikan cerita.. aku and brothers kemas umah.. dari atas ke bawah.. mop and lap abis sumer... ala-ala macam nak raya.. buat 3 orang satu rumah.. mana la nak mampu siap dalam sehari...kan??
to-do list
haa.... tu dia... list.. siap ada trademark lagi kat bawah sudut tu.. hehe.. sebelum memulakan kerja2 pembersihan.. segala peralatan dan kelengkapan disediakan.. tadaaaa!!
haaaa...sambil mengemas boleh dengar lagu.. satu umah dengar.. haha..

 inilah bro paling bongsu.. mencuci tangga dengan jayanya.. haha... dari atas ke bawah.. sume dia lap..

ni angah.. nampak kaki je..dia uruskan bahagian dapur.. mop sumer skali.. memang licin licau la lantai dapur.. hehe




yang kat bawah ni... bahagia abang long diorang.. lagi banyak.. mop satu umah.. sampai sakit pinggang... huhuhu

clear

mop

sudut bawah tangga

sudut teddy bear

aquarium pun cuci
akibat kepenatan seharian... mandi peluh dan sebagainya.. malam tu kitorang memanjakan diri dengan menyantap KFC... haha.. sorang 2 ketul ayam je.. cukup la kan?? ^_^

Thursday, June 2, 2011

Cinta: Kerana ingin bahagia 2


Salam Alaykum,

Tajuk yang simple akan cuba dielaboratekan sebaik mungkin.. kurang lebih minta maaf ye.. =p..
Kerana ingin bahagia.. siapalah yang tak nak kebahagiaan.. setiap orang mempunyai definisi kebahagiaan tersendiri. Ada orang bahagia bila ada duit, pangkat, bini ramai, anak ramai, belajar tinggi2 dan sebagainya.. tapi kita selalu lupa hakikat sebenar kebahagiaan.. semua orang sanggup buat apa sahaja untuk bahagia.. nak duit banyak, kerja lebih… nak pangkat tinggi, kerja keras… nak belajar tinggi2, kerja rajin2… nak anak ramai, kerja overtime… tapi apa hakikat kebahagiaan yang sebenar?? Apa erti bahagia bagi pembaca??

Ada satu cerita.. seorang bapa dan anak lelakinya.. anak lelaki sanggup menggunakan duit sakunya untuk membeli sedikit masa ayahnya yang selalu sangat busy.. Nampak?? Bahagia ayah itu adalah untuk familinya.. tapi secara tak langsung, dia dah abaikan familinya..niat dia untuk mencari nafkah, tapi dah abaikan anaknya yang perlukan perhatian.. Oleh itu,  overwork..overtime…dan bermacam-macam over lagi boleh menyebabkan kita alpa dan lupakan yang lain..
Sebenarnya Hakikat bahagia adalah bila kita rasa syukur.. bukan bermaksud kita berhenti berusaha mendapatkan lebih baik.. bukan stop mendaki menggapai impian.. tapi kita daki slow2.. toleh ke belakang sambil mendaki.. agar takde yang ketinggalan, bawak famili, dukung anak2..papah bini..pimpin suami, pegang tangan parents, tarik kawan2.. bak kata pepatah.. “takkan lari gunung dikejar”… kalau dah memang rezki kita kahwin 4… kenapa perlu abaikan yang lagi 3?? Kan?? kalau Allah dah kata itu memang kita punya.. so, jangan resah mahupun gelisah..

Kebahagiaan itu, suatu kesyukuran…
Bila kaya jadi insan pemurah,
Bila berkuasa amanah,
Bila berjaya tidak alpa,
Bila di hati tak lupakan tuhan…



Bahagia itu milik setiap insan.. insyaAllah.. bila kita berusaha untuk membahagiakan orang lain… kebahagiaan kita, Allah akan bantu… kan?? Yang penting.. syukur dan senyum setiap kali ditimpa masalah.. insyaAllah.. kadang2..untuk kebahagiaan orang lain kita harus berkorban.. tak salah untuk berkorban di dunia kerana ada ganjaran kebahagiaan di akhirat kelak.. insyaAllah.. ^_^

Bahagia itu sihat..bahagia itu lapang..
bahagia itu tak mampu dibeli dengan wang..
bahagia itu syukur..bahagia itu hatinya senang…
bahagia itu bersama yang tersayang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Since you Left Me..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Setinta pena Mencoret

jika hari ini aku lalai,
tolong ingatkan aku,
tentang masaku yang sia-sia,
tentang kesibukanku dengan dunia,
tentang rinduku yang menggila,
tentang kataku yang merapu saja,
tentang cintaku yang sia belaka.
tentang bekalanku ke sana,
tentang ajalku yang hampir tiba,
tentang sendirianku di dalam tanah,
tentang gelapnya kubur kita,
tentang duniaku yang fana,
tentang akhirat yang abadi jua.