tips untuk Exam....
sume orang tengah bersiap menghadapi final yang bakal tiba...bagi yang telah selesai...
tahniah...bagi yang sedang berjuang....all the best....dan bagi yang sedan g membuat persiapan...keep up the good work...sebab usaha itu tangga kejayaan...
ramai orang prefer study hard dari study smart... sebab study hard nampak lebih 'mencabar'... kebanyakan orang suka ikut peribahsa 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian...' tapi.. itu untuk student yang bukan study last minit...hehe... (bukan mcm sy)... so untuk student yang study last minit kenala guna peribahsa 'kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya' iaitu.... kalau xberusaha mana nak dapat hasilnya...so... study hard la.... sampai otak dh tepu sgt.... sebab tak nak nanti 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'..
so...ini adalah antara tips yang boleh digunakan...yang biasa dilakukan oleh para-para cendiakawan zaman sekarang...
1. bangun pagi....doa and study...semampu boleh...
2. then take breakfast...sebab biasanya kalau amik bfast dulu...tkut trsadai kembali...
3. senaman ringan sikit bila rasa ngantok...
4. kalau still ngantok...take a nap.. sebab tak nak otak overwork...nanti jamm masa exam...
5. kalau rasa iklim Malaysia terlalu panas untuk study...pergi tempat yang sejuk...contoh; US, Jepun, Everest...tapi kalau xmampu...library yang ada aircond pun ok dah...
6. time ni la kena ikut sunnah...'makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang' untuk elak ngantok....tapi kalau nak makan setakat kudapan tu...bolehla setakat biskut gula dalam tin Jacob's tu....
7. petang-petang..bila otak dah penat...rehat2...tgk facebook ke...maen pape ke...atau just relax....tunggu sampai matahari terbenam and bulan dah sampai....time tu boleh la sambung study... jangan paksa otak tu..sian dia...
8. study malam memang best....sampai mata pun kadang-kadang susah nak bukak...lg plak tyme ujan...memang best...tyme tu la harapkan mentari muncul lagi... tyme2 mcmni... try mnum air pnas...xkisah la milo, kopi, teh atau horlicks.... kalau zaman Rasulullah dulu, Rasulullah suka minum kopi..(baca dr blog sape nth)..so..bolehla mnum kopi kalau suka...
9. study sampai lewat malam pun okay....tapi kdang2 kita kena fikir...adakah study mcm tu study smart? study yang berkualiti? sebab kalau tak...nanti rugi je masa tido trbuang begitu sahaja...
10. masa nak exam tu...bacala selawat and doa apa2 yang patut...untuk penerang hati dan nurani sebelum jawab exam...
11. banyakkan buat solat hajat...solat tahajjud..dan solat2 sunat yang lain..sebab masa2 mcmni...bila kita perlukan pertolongan...xde sesape dah boleh tolong kecuali Allah s.w.t...semoga dengan rahmat dariNya..kita lebih kuat dalam menghadapi peperiksaan kali ni...
12. tips terakhir ni...untuk sume yang ada tips2 lain...gunalah yang mana rasa sesuai... kadang2 tips ni khusus untuk sstgh org je... hehe.. maklumla... setiap orang berbeza citarasa...
13. Doa2 yang boleh diamalkan...dapat dari blog ini
Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran
- Doa memulakan ulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”
- Doa selepas mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”
Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:
1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
2. Ketika menerima kertas soalan:
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
3. Ketika sukar menjawab:
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
4. Atau:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
5. Jika anda terlupa jawapan:
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”
papepun...all da best to all yang nak amik exam... take care...
No comments:
Post a Comment