Tuesday, September 27, 2011

Langit Menangis Pada Malam Pertamaku



Salam Alaykum,

Haa.. ni bukan nak citer sesuatu yang menginzalkan mahupun yang menabrak minda suci kalian… tapi ini adalah entry mengenai cereka malam semalam… 

Nak citer… aku dapat tawaran kerja 1…tawaran sambung belajar…tawaran interbiu 2… so, aku pun tanya ramai orang… then… diaorang cakap… better if I continue my studies.. then.. aku pun sambung.. Alhamdulillah.. aku akan buat dalam bidang athropoda.. if ada rezeki… aku akan menjadi pakar dalam bidang lipan dan kala… (fighting!!!)

Semalam…

Aku dengan sehelai sepinggang… dengan torchlight yang dah sampai ajalnya sewaktu tiba di kaki hutan… Sampling aku di hutan simpan atau hutan komuniti Kota Damansara… aku masuk dari pukul 8.30pm lebih kurang… mencari athropoda dari pelbagai order dan famili… lelabah..anai-anai…stick insect…lipan… harvest man..(kalau tak tahu..tanya pakcik google).. untuk dikaji… 6 orang termasuk aku menjadi anak jati tarzan malam itu… bersama Dr. Faszly, Abg Faris, Abg Taro, Kak Ain dan Abg Azuan yang menjadi peneman… kami melangkah ghairah ke dalam rimba…

“Amjad…meh sini…” Dr. panggil aku…

“Cuba awak tangkap lelabah ni..guna vile…”

Aku pun cuba menggunakan skill yang telah aku practice sebelum ni…practice dengan menangkap nyamuk.. hahaha… 2..3..kali cubaan gagal… lelabah yang sebesar 2/3 tapak tangan terlepas dari genggaman…

“Takpe…cuba lagi….” Dr. memberi kata-kata peransang…

Kami pun berjalan…aku dah mula rasa down.. yela..first time ikut.. tak dapat pulak tunjuk kehebatan aku… (aku memang tak cukup hebat)..

Sekalinya..aku telah meng’contribute’ dengan menjumpai sarang anai-anai… YYAAAAHHH!! Aku dipuji…!! Bangga aku menjadi anak kelahiran UMT!!! Hahaha… mase tu flashback pun berlaku… sampling2 yang selama ni aku lakukan di UMT di selak satu persatu seperti album gambar… hahaha..
Dada aku mula berombak…bangga!! Kerana aku terjumpa… Lelabah sama spesis dengan yang aku terlepas tadi… haha.. tapi.. kak Ain pulak yang tangkap.. terlepas lagi!! Nampaknya..bukan salah aku la kan?? hahaha

Tetiba… hujan turun mencurah…langit menangis rupanya.. kuyup!! Itu jela mampu terucap… 1 jam menunggu di dalam kereta… menunggu hujan reda… takut kalau duk dalam hutan.. angina kencang ni… kayu jatuh atas kepala..mahu naya… kepala aku tak sekeras batu…walaupun aku ni keras kepala (degil..ketegaq)… 

“Nak masuk lagi tak Amjad??” Dr. bertanya..

Demi tidak menghampakan harapan semua… aku mengangguk setuju… Alhamdulillah… hujan tidak selebat tadi… Stick insect dan seekor jumping spider dapat aku contribute kepada sampling kali ini… dengan kekuyupan aku… kitaorang supper dahulu dengan dibelanja Dr. sebelum pulang….aku sampai rumah pukul 3.00pagi.. hahaha.. sampling terlewat pernah aku ikut…TERBAIKK!!

Malam ini masuk hutan lagi…seronok masuk hutan… indah panorama malam.. sunyi… aku suka.. jauh dari kesibukkan kota… jauh dari segala perkara yang memeningkan kepala… hanya aku dan alam… itu jelah aku nak share… hujan yang menyambut orentasi samplingku pada malam pertama… hahaha.. 

p/s: dahlah aku tergelicir jatuh…dah jatuh ditimpa tangga… (sweep net yang aku pegang..jatuh betul2 atas kepala!! Haha)

Syukur Ya Allah… aku diberi peluang untuk menikmati ciptaanMu… papehal.. nanti aku update kat sini… hehe.. Langit menangis pada malam pertamaku!! hahah

lipan yang perlu aku cari...Scutigera

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Since you Left Me..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Setinta pena Mencoret

jika hari ini aku lalai,
tolong ingatkan aku,
tentang masaku yang sia-sia,
tentang kesibukanku dengan dunia,
tentang rinduku yang menggila,
tentang kataku yang merapu saja,
tentang cintaku yang sia belaka.
tentang bekalanku ke sana,
tentang ajalku yang hampir tiba,
tentang sendirianku di dalam tanah,
tentang gelapnya kubur kita,
tentang duniaku yang fana,
tentang akhirat yang abadi jua.