Friday, July 22, 2011

Cinta: Pesanan Ibu





Salam Alaykum,

Aku menulis bukan kerana nama…hanya nak ingin membiar pena meluah suara dan hati dibiarkan bicara… hanya ingin berkongsi apa yang tersisip dan membiar bebas apa yang terhimpit… apa yang aku madahkan…aku tak tahu… apa yang aku tahu…aku hanya ingin mencoret cebisan pesanan ibu padaku…
Pesanan ibu,

“Along, biarlah orang buat jahat kat kita..kita jangan buat jahat kat orang… biarlah orang dengki kat kita, jangan kita dengki kat orang… ingat!! Buat baik kat orang…orang minta tolong…selagi mampu tolong k?”




Itu yang ibu pesan padaku… ternyata bila aku buat macam tu… memang bahagia aku rasa… tak menyimpan jarum dalam hati…tak menyimpan dendam dalam peti… bila bahagia datang padaku… lagi aku rasa mudah kerna ada seseorang yang menyokong…memberi semangat… walau ditikam 1001 jarum peniti… aku masih mampu berdiri…. Maybe kerana aku rasa bahagia itu telah aku miliki…
Tapi bila bahagia mengucapkan selamat tinggal… aku hilang arah tuju… satu jarum peniti cukup sakit ibarat dicucuk 1001 paku payung.. then…aku mula lupa… pesanan ibu yang kedua…

“along, bila buat sesuatu…jangan harap balasan… biarlah…tak dapat di dunia..imbalannya di akhirat kelak..ikhlas semampunya..kan??”

Cinta itu tidak perlu meminta..tapi memberi sepenuh rela… memang bahagia bila cinta itu sentiasa ada…tapi bila tiada….baru nak teraba-raba… salah aku sendiri…tak ingat pesanan ibu yang ketiga…,

“Along, hargai setiap detik, waktu dan saat dengan orang yang sayang along…dengan orang yang along sayang..kita tak tahu…bila Allah jemput kita…bila Allah jemput dia…bila Allah jemput balik anugerah cintaNya…so, hargai dirinya setiap masa…”

Oleh kerana, aku lupa pesanan ibu….aku alpa dan leka dalam fantasi cinta yang aku bina… sekarang aku akan ingat pesan ibu… aku akan cuba membantunya dengan mendoakannya… aku takkan mengharap balasan…biarlah Allah yang memberi ganjarannya… dan aku akan hargai setiap saat masa dan detik yang telah berlalu bersamanya… bukan menjadi batu penghalang dalam hidup…tapi menjadi bahan api agar enjin ini terus bergerak…
Pesanan aku untuk semua,

“lepaskanlah merpati yang kita sayang, biar dia terbang bebas… jadikan perpisahan sebagai pembakar semangat…membakar jiwa untuk berjaya…andai merpati itu kembali, insyaAllah dia memang ditakdirkan untuk kita…time tu, sediakan satu sarang burung tempua yang selesa untuk dia berlabuh”

“ingatlah..kasih manusia tak sehebat kasih Allah yang sentiasa cintakan hambaNya…bukti cintaNya??? Anda masih diberi kesempatan untuk membaca entry ini ^_^ ”

Dari insan yang kenyang dan lapar kerana Allah ^_^

*banyak betul pesanan ibu…sayang ibu..hehe..aku menulis untuk kawan2 yang buntu…dan untuk sesiapa yang perlu ;)


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Since you Left Me..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Setinta pena Mencoret

jika hari ini aku lalai,
tolong ingatkan aku,
tentang masaku yang sia-sia,
tentang kesibukanku dengan dunia,
tentang rinduku yang menggila,
tentang kataku yang merapu saja,
tentang cintaku yang sia belaka.
tentang bekalanku ke sana,
tentang ajalku yang hampir tiba,
tentang sendirianku di dalam tanah,
tentang gelapnya kubur kita,
tentang duniaku yang fana,
tentang akhirat yang abadi jua.