Saturday, July 9, 2011

Cinta: Istimewanya Wanita #1


Salam Alaykum,
Ini bukan kutukan atau kejian untuk para wanita..atau apa-apa yang negative.. hanya nak bagi tahu kat lelaki…tentang wanita.. segala dalam ni..bukan melalui kajian.. just sedikit pengalaman dan nasihat dari seorang ibu kepada anaknya..

Wanita…

Kelembutannya bukan satu kelemahan… sifat yang lembut itu yang mencairkan hati lelaki…ramai lelaki mengatakan sifat lembut itu adalah kelemahan..tapi sebenarnya di situ letak kekuatan… ibarat api..tak mungkin terpadam jika menuang minyak… perlu dicurah air… sama jugak dengan kehidupan.. kelembutan wanita itu menjadi penyejuk api kemarahan lelaki…

Rajuknya menambah ceria… merajuknya seorang wanita.. bukan kerana dia ingin berjauhan dari lelaki.. tetapi mahu lelaki mendekatinya.. memang dia kata dia benci..menyampah… tapi bak kata Faizal Tahir, Bencinta..tak mungkin membenci orang yang kita cinta.. so, para lelaki… merajuk seorang wanita kerana ingin dipujuk…
Manjanya bukan tidak matang… wanita bermanja..seperti kebudak-budakan..bukan kerna dirinya tidak matang.. tetapi kerna ingin dibelai lelaki… walaupun tangan lelaki sekasar kertas pasir..tetapi tangan itu yang dia mahukan untuk membelainya… 

Sabarnya itu paling berharga… wanita mempunyai kesabaran yang lebih tinggi dari wanita… itu sudah pasti.. itulah sebabnya Allah menganugerahkan keupayaan mengandung dan melahirkan kepada wanita.. kalau lelaki…kemungkinan doctor akan disepak terajang tatkala lelaki cuba mem’push’ keluar bayi…

Kepercayaannya ibarat kaca… wanita mempunyai tahap kesetiaan paling tinggi… mengikut kajian.. wanita lebih cenderung untuk setia berbanding lelaki… tetapi bukan tidak akan curang..wallahualam.. tapi lelaki harus ingat.. sekali dicalarkan kepercayaan wanita.. tak mungkin diganti.. dan andai kepercayaan telah hilang.. tak mungkin dicantum kembali.. ibarat kaca yang pecah tak mungkin dicantum kembali…

Itulah sekadar bingkisan di petang hari.. bagi para suami.. fahamilah isteri anda.. ingatlah.. Allah menjadikan wanita dari tulang rusuk kirimu bukan untuk dipijak..tetapi berada di bawah ketiak untuk dilindung..didakap…dan sentiasa dekat dengan jantung agar setiap denyutanmu menyayanginya… jagalah isterimu..didiknya dengan penuh kasih sayang kerana Allah..




Dan wanita..jadilah bunga dalam balang kaca…hanya boleh dilihat..tak mungkin disentuh.. jadikan malu sebagai persalinan dan cintailah Allah di segenap inci dirimu agar terhindar dari mengotorkan dirimu yang kian suci…

Al Khawarizmi seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang WANITA TERBAIK,
dia menjawab :

Jika wanita SOLEHAH dan BERAGAMA : 1
Jika dia CANTIK, tambah 0 pada 1 : 10
Jika dia dia KAYA, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari KELUARGA BAIK-BAIK, tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang "1" TIADA maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "000".

Dari insan yang Kenyang lapar kerana Allah.. ^_^

2 comments:

  1. tercipta wanita dr rusuk lelaki..bkn dr kaki utk dialasi..bkn dr kepala utk dijunjung..tp dr rusuk,dekat di bahumu untuk dilindungi n disayangi ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Since you Left Me..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Setinta pena Mencoret

jika hari ini aku lalai,
tolong ingatkan aku,
tentang masaku yang sia-sia,
tentang kesibukanku dengan dunia,
tentang rinduku yang menggila,
tentang kataku yang merapu saja,
tentang cintaku yang sia belaka.
tentang bekalanku ke sana,
tentang ajalku yang hampir tiba,
tentang sendirianku di dalam tanah,
tentang gelapnya kubur kita,
tentang duniaku yang fana,
tentang akhirat yang abadi jua.