Sunday, May 1, 2011

Diri dan Sahabat


salam alaykum... 
hari ini..nak citer pasal.. "sakit"..

" dan apabila aku sakit, DIAlah yang menyembuhkan penyakitku "
( As-Syu'ara:80) 
 "sakit" ni ada macam2 jenis..tapi nak bahagikan kepada 2 je main.. zahir dan batin.. bagi yang zahir..insyaAllah..ubatnya pun zahir.. sakitnya pun kita nampak.. contohnya..luka.. memang nampak berdarah and parut sume tu.. ubatnya cuma amik minyak or gel sapu..settle.. (dettol pun ok)...
tapi nak citer..sakit yang batin.. yang tak nampak.. yang menjadi masalah.. kita tak tahu kita sakit ke tak.. sakit ke?? macam sihat je.. tepuk dada, tanya iman.. orang yang sakit..dia tak tahu dia sakit.. selagi mana takde orang ingatkan dia.. biasanya sakit ni...lebih pada sakit hati.. Rasulullah ada kata.. "dalam diri kamu, ada segumpal daging, jagalah ia..kerna kalau rosaklah ia, maka rosak seluruh tubuh".. hati..kalau sakit.. sakitlah seluruh tubuh.. pancaindera kita pun akan sakit gak.. mata, mulut, tangan, kaki..sume la.. yang menjadi penambah perisa masalah.. bila dah sakit.. tak nak ngaku sakit..dah nasihat sampai menitik air mata.. sedih sebab Allah dah bagi hidayah..tak nak berubah..kawan2 dah nasihat... dah la satu hal.. pastu dah sakit..tak nak makan ubat.. ingat senang ubatnya?? 
semangat tu penting untuk ubat sakit.. semangat untuk berubah.. untuk lawan penyakit2 ni.. sejauh mana kemampuan kita melawan tu.. wallahualam.. sebab Allah dah khabarkan "tidak Kami uji seorang hamba itu, kecuali atas kemampuannya".. so, jangan mengatakan kita tidak mampu.. Allah uji sebab kita mampu.. kita doa kepada Allah yang wajib 17 kali sehari..yang sunat tambahan lagi.. makna AlFatihah tu.. penuh memuji Allah dan meminta pertolonganNya.. 

cerminlah diri... tanya pada sahabat.. sahabat yang baik, adalah sahabat yang menegur kesilapan sahabatnya.. yang mendoakan sahabatnya.. carilah sahabat yang baik.. Rasulullah pernah pesan.."bersahabatlah dengan sahabat yang baik..andai bersahabat dengan tukang besi, maka serpihan api pasti terkena nanti..tapi andai bersahabat dengan penjual minyak wangi, pasti wangian yang kita rasai.." wallahualam.. 

terima kasih kepada sahabat2 yang banyak menegur dan menasihati.. Iqbal Hamzah, Izzat Farhan, Ariff Azuan, Manesh Kumar, Alqaf Azmi, Hanis Nenek, Shamira Lokman, Sharifah Mukhtar, Fatin Ahmad, Fana Hashim, Siti Faridah, Eibah Md Disa, Lady Linda dan yang lain.. syukran lillah.. Alhamdulillah.. Allah kurniakan sahabat yang baik..

dari Insan yang kenyang dan lapad kerana Allah ^_^

p/s: sebahagian ayat diolah agar mudah difahami..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Since you Left Me..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Setinta pena Mencoret

jika hari ini aku lalai,
tolong ingatkan aku,
tentang masaku yang sia-sia,
tentang kesibukanku dengan dunia,
tentang rinduku yang menggila,
tentang kataku yang merapu saja,
tentang cintaku yang sia belaka.
tentang bekalanku ke sana,
tentang ajalku yang hampir tiba,
tentang sendirianku di dalam tanah,
tentang gelapnya kubur kita,
tentang duniaku yang fana,
tentang akhirat yang abadi jua.