Tuesday, September 27, 2011

Langit Menangis Pada Malam Pertamaku



Salam Alaykum,

Haa.. ni bukan nak citer sesuatu yang menginzalkan mahupun yang menabrak minda suci kalian… tapi ini adalah entry mengenai cereka malam semalam… 

Nak citer… aku dapat tawaran kerja 1…tawaran sambung belajar…tawaran interbiu 2… so, aku pun tanya ramai orang… then… diaorang cakap… better if I continue my studies.. then.. aku pun sambung.. Alhamdulillah.. aku akan buat dalam bidang athropoda.. if ada rezeki… aku akan menjadi pakar dalam bidang lipan dan kala… (fighting!!!)

Semalam…

Aku dengan sehelai sepinggang… dengan torchlight yang dah sampai ajalnya sewaktu tiba di kaki hutan… Sampling aku di hutan simpan atau hutan komuniti Kota Damansara… aku masuk dari pukul 8.30pm lebih kurang… mencari athropoda dari pelbagai order dan famili… lelabah..anai-anai…stick insect…lipan… harvest man..(kalau tak tahu..tanya pakcik google).. untuk dikaji… 6 orang termasuk aku menjadi anak jati tarzan malam itu… bersama Dr. Faszly, Abg Faris, Abg Taro, Kak Ain dan Abg Azuan yang menjadi peneman… kami melangkah ghairah ke dalam rimba…

“Amjad…meh sini…” Dr. panggil aku…

“Cuba awak tangkap lelabah ni..guna vile…”

Aku pun cuba menggunakan skill yang telah aku practice sebelum ni…practice dengan menangkap nyamuk.. hahaha… 2..3..kali cubaan gagal… lelabah yang sebesar 2/3 tapak tangan terlepas dari genggaman…

“Takpe…cuba lagi….” Dr. memberi kata-kata peransang…

Kami pun berjalan…aku dah mula rasa down.. yela..first time ikut.. tak dapat pulak tunjuk kehebatan aku… (aku memang tak cukup hebat)..

Sekalinya..aku telah meng’contribute’ dengan menjumpai sarang anai-anai… YYAAAAHHH!! Aku dipuji…!! Bangga aku menjadi anak kelahiran UMT!!! Hahaha… mase tu flashback pun berlaku… sampling2 yang selama ni aku lakukan di UMT di selak satu persatu seperti album gambar… hahaha..
Dada aku mula berombak…bangga!! Kerana aku terjumpa… Lelabah sama spesis dengan yang aku terlepas tadi… haha.. tapi.. kak Ain pulak yang tangkap.. terlepas lagi!! Nampaknya..bukan salah aku la kan?? hahaha

Tetiba… hujan turun mencurah…langit menangis rupanya.. kuyup!! Itu jela mampu terucap… 1 jam menunggu di dalam kereta… menunggu hujan reda… takut kalau duk dalam hutan.. angina kencang ni… kayu jatuh atas kepala..mahu naya… kepala aku tak sekeras batu…walaupun aku ni keras kepala (degil..ketegaq)… 

“Nak masuk lagi tak Amjad??” Dr. bertanya..

Demi tidak menghampakan harapan semua… aku mengangguk setuju… Alhamdulillah… hujan tidak selebat tadi… Stick insect dan seekor jumping spider dapat aku contribute kepada sampling kali ini… dengan kekuyupan aku… kitaorang supper dahulu dengan dibelanja Dr. sebelum pulang….aku sampai rumah pukul 3.00pagi.. hahaha.. sampling terlewat pernah aku ikut…TERBAIKK!!

Malam ini masuk hutan lagi…seronok masuk hutan… indah panorama malam.. sunyi… aku suka.. jauh dari kesibukkan kota… jauh dari segala perkara yang memeningkan kepala… hanya aku dan alam… itu jelah aku nak share… hujan yang menyambut orentasi samplingku pada malam pertama… hahaha.. 

p/s: dahlah aku tergelicir jatuh…dah jatuh ditimpa tangga… (sweep net yang aku pegang..jatuh betul2 atas kepala!! Haha)

Syukur Ya Allah… aku diberi peluang untuk menikmati ciptaanMu… papehal.. nanti aku update kat sini… hehe.. Langit menangis pada malam pertamaku!! hahah

lipan yang perlu aku cari...Scutigera

Thursday, September 22, 2011

lantaklah... ^_^

Salam alaykum...

saja entry pendek...
try ubah-ubah blog tadi... nak bagi besar sikit...
sekali... memang besar...
tapi header jadi terlebih besar pulak....

lantaklah kau header... sebesar mana pun kau header...
kau tetap cantik... heheh.. (ayat poyo!!)

chow... nak settle something.. hehe

Sunday, September 18, 2011

Dialog Cinta



Salam alaykum…
Hari ni… terjumpa satu lagi kes… kes apa lagi kalau bukan KES CINTA kan? hehe… dah macam motivator dah pulak… ikuti perbualan 3 orang member…

A: Aku baru putus cinta… tension stress…
B: Aku pun…kita senasiblah…
C: yang korang sedih kenapa?? EX korang tu sedih ke bila clash??
A & B: entahlah… tapi siapa tak sedih… dah lama kapel…
C: berapa lama dah kapel?
A: aku dah 4 tahun… sejak dari sekolah lagi kut….
B: aku tak lama sangat… setahun je… tapi aku dah jumpa parents dia..dia dah jumpa parents aku.. ingat nak tunang… tapi….ARRGGHHH!!!!
C: parah betul kawan aku 2 orang ni…
A: 4 tahun wey..sape tak sedih…?? Aku korban masa…tenaga… memanglah kitaorang salu gadoh… boleh kata setiap hari… tapi… walaupun dah calar balar hati aku ni… still aku sayang dia sorang je…
B: Aku pulak… dah bawak jumpa parents dah… dah bincang nak tunang.. tapi tiba-tiba… dia cakap..dia minta maaf… sebab dah berubah hati… apa kejadahnya!! Senang je bagi alasan… 



A & B terus menitiskan air mata….

C: sudahlah… kau nangis untuk dia… tapi dia ada nangis untuk kau??? Pernah fikir tak?? Dia yang patut nangis..sebab kehilangan orang yang memang sayangkan dia… apa la korang ni…cinta tu perkara tak logic.. bacalah entry Cinta Ini Tiada Logika nanti kau tahulah sikit2..
A: senang kau cakap… kau tak pernah bercinta…
B: entah… kau tak pernah bercinta… apa kau tahu??!! Cakap boleh lah… rasa sendiri la bro!!
C: Senang cakap… ”been there, done that, felt it”…. Paham?? Biar aku tanya korang…sejauh mana definisi cinta bagi korang??? Citer kat aku…
A: bagi aku… cinta tu kita kena salu care kat dia… baik dengan dia… sayangkan dia seadanya… share..care…and trust… itulah cinta… tapi… dia dah tinggalkan aku… MANA PERGI SHARE, CARE AND TRUST??!! JANJI HANYA TINGGAL JANJI!!!!!
B: tu je? Bagi aku… cinta tu… kena sentiasa bersama.. susah dan senang… time suka dan duka… time aku lapar dan dahaga… saling tolong menolong… tapi…. MANA DIA TIME AKU DUKA SEKARANG!!!! MANA???!!
C: tu je?? Nak tahu CINTA bagi aku??

A & B berpandangan dan mengangguk..

C: Cinta tu..bukan hanya saling share..care..trust… bukan hanya sentiasa ada waktu suka dan duka… tapi sentiasa ada setiap masa… walaupun dia dah tak de… cinta aku kepada dia… sampai aku mampu lepaskan dia pergi… biarpun dia tak sayang, rindu dan cinta aku… aku rela dia sayang, rindu dan cinta pada orang lain… biarlah pemergian dia menjadikan hati aku retak seribu…tapi hati dia bahagia dengan pasangan baru… cinta tu kadang2 manis..kadang2 pahit… tapi tetap kita kena telan… doakan kebahagiaan dia sentiasa… itulah cinta… andai ada jodoh… tak ke mana… kan? sabarlah sahabatku… 

A & B terpana…kelihatan air hangat mengalir di pipi C…

C: aku tahu.. aku kehilangan tulang belakangku… tapi aku tak hilang segalanya… parents..family…friends… ramai lagi perlukan kita.. jangan musnahkan diri sendiri kerana cinta manusia yang belum tahu masa depannya.. Cintai Ilahi yang sentiasa akan ada ganjarannya… InsyaAllah… tengok berapa ramai mujahidin yang keluar korbankan nyawa kerana cinta sejati mereka…iaitu cinta Ilahi… 


Cinta itu satu anugerah… Allah berhak untuk ambil bila-bila masa..dan Allah mampu memberinya kembali bila-bila masa… Cinta tak salah… dalam Islam sendiri… tidak diharamkan Cinta tu… sebab Cinta adalah satu perasaan semulajadi… fitrah manusia… just kena ikut cara Islam… okay?
Pesanan dari Insan yang kenyang dan lapar kerana Allah.. ^_^

Friday, September 16, 2011

Entry Untuk Birthday Ibu



Ibu…

Sebelum bermula…
Along minta maaf bagi pihak diri sendiri dan adik-adik…
Along & adik-adik selalu menyusahkan ibu sepanjang hidup ni…
Maafkan kami ibu… 

Setiap pagi, ibu yang uruskan semua… kami hanya mampu ringankan beban dengan huluran tangan…
Tapi macam biasa… ibu akan cakap..
“takpe..biar ibu buat…”
Walaupun masa tu ibu penat…tambah dengan sakit belakang….
Maafkan kami ibu…

Time tengahari… kitaorang cakap tak nak makan lunch…. Tak nak susahkan ibu….
Tapi macam biasa… ibu akan cakap…
“takpe..biar ibu masak..”
Sebab ibu tak nak anak-anak ibu lapar nanti…
Maafkan kami ibu…

Bila malam… kitaorang suruh ibu rehat sebab ibu penat kerja dari pagi…
Tapi macam biasa… ibu akan cakap…
“takpe…sikit je ni…korang pergi tidur…”
Maafkan kami ibu….

Ibu…
Kitaorang tak mampu nak bagi hadiah mahal-mahal…
Macam bagi cincin berlian or rantai emas untuk ibu…
Kitaorang tak mampu tunjukkan cinta kitaorang dekat ibu macam Shah Jehan…
Yang bina Taj Mahal untuk Mumtaznya…
Kitaorang tak mampu nak renang laut berapi atau tempuh onak duri…
Macam yang orang bercinta selalu berjanji….

Tapi….
Kitaorang janji….
Akan sayang ibu selamanya….
Akan jaga ibu sampailah akhir hayat kitaorang…
Akan berusaha jadi yang anak-anak terbaik untuk ibu…

Walaupun kami…
Tak sepandai dan secemerlang orang lain…
Tak berjaya dan sukses macam orang lain…
Tak hebat dan terkenal macam orang lain…

Tapi…
Kitaorang sayang ibu lebih dari orang lain…
Ibu seorang je dalam dunia…
Tiada ganti…
Kami Sayang Ibu…
Dari Along dan adik-adik… =’)

Ya Allah..
panjangkanlah umur ibu kami...
berikanlah kesihatan kepadanya...
ampunkan dosanya Ya Allah...
Kau permudahkanlah rezeki baginya...
Kau berkatilah hidupnya...
bahagiakanlah di dunia dan di akhirat.. 
Amin.. ~


Monday, September 12, 2011

Saje try


Salam alaykum,

Saja je nak menjengah blog tak seberapa ni… tengah fikir nak tukar header blog… tengah edit-edit.. sekali buntu… macam-macam dah fikir.. so.. dapatlah satu design… tadaaa!! Lawa?? Hahaha… try buat lepas tengok dekat U-tube…



Senang je.. guna adobe CS5… if nak belajar detail… tengok dekat U-tube: Photoshop CS5 Cool Text…Inilah Linknyer...Click jer

banyak lagi kat tenet... dengan dunia serba moden sekarang... semua hujung jari je.. saje nak kongsi... papepun... all da best in trying... 

Dunia dah serba moden... tapi pemikiran kite? adakah sejajar dengan tahap kemodenan yang ada sekarang ni? ingatlah.... walau sejauh mana kemodenan..kita still kena jaga agama dan akhlak.. (macam parents dah nasihat)... ingat.. bukan Islam ikut moden.. tapi kemodenan yang perlu ikut Islam... pakailah jeans ke kain pelikat.. Nabi Muhammad tak pernah kata.. WAJIB BERJUBAH!! takde... yang penting adalah menutup aurat.. cara mana itu tidak pernah Rasulullah strictkan... Penatlah kalau Rasulullah strict.. nak cari jubah kain jenis macam mana... panjang mana... wah.. jangan jadi macam kaum Nabi Musa.. hehe... itu je.. Wassalam

dari insan yang kenyang dan lapar kerana Allah ^_^

Thursday, September 8, 2011

Cinta ini Tiada Logika!!



Salam Alaykum,

Lama dah tak update blog.. tetiba je update pasal cinta.. sebelum bermula madah bicara.. sorry if entry ni sakitkan sesiapa… tapi hanya pendapat dan pemerhatian peribadi..

Betul tak Cinta bukan satu perkara Logik?? 

Kenapa saya cakap macam tu…?? Sebab orang yang rasa cinta.. kehilangan cinta.. dan melihat cinta tu mampu faham kut.. insyaAllah…

Boleh ke kita renangi lautan berapi, mengharung bukit bukau seorang diri?
Kalau ikut logic.. tak boleh.. sebab kemampuan manusia terbatas…
Kalau ikut cinta.. boleh.. segalanya boleh sebab cinta tu yang bagi POWER.. (tergelak la plak)

Boleh ke kita memberi segalanya tanpa mengharap apa-apa?
Kalau ikut logic.. mana boleh.. hutang darah dibayar darah..hutang budi dibawa mati..
Kalau ikut cinta.. boleh.. Give the Best.. Hope Less.. itulah CINTA..

Boleh ke mata yang elok..tetiba jadi buta?
Kalau ikut logic.. mana boleh.. except ada penyakit ke accident ke..kan?
Kalau ikut cinta.. boleh.. sebab CINTA itu BUTA..   

Banyak lagi sebenarnya… tapi nak cakap kat sini.. CINTA bukan perkara LOGIK.. sebab tu.. Bila bercinta… INGAT!!

Demi cinta..seorang perempuan sanggup bunuh diri.. demi cinta seorang lelaki sanggup korbankan segala masa, tenaga dan harta.. demi cinta segalanya mungkin walaupun tidak logic.. 

Yang penting… Sejauh mana kita mampu menghargai cinta… sejauh mana kita mampu merangkul cinta… sejauh mana kita perlukan cinta… Carilah cinta Ilahi terlebih dahulu… kerna tanpa cintaNya… segala cinta pasti mampu berubah jadi logic.. dengan mengikut landasan yang betul.. jangan mencari Cinta yang tiada Logika seperti kata Agnes Monica.. tapi carilah cinta yang mempunyai rasa dan jiwa.. cinta yang Allah anugerahkan… jangan jadikan cinta Nora Elena mahupun cinta drama korea sebagai idola.. kerna kita ada cinta Nabi Adam dan Hawa.. Cinta Rasulullah dan Siti Khadijah yang lebih baik serta indah kisahnya… Kan?


Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa”
-UniC : Demi Cinta Suci-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Since you Left Me..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Setinta pena Mencoret

jika hari ini aku lalai,
tolong ingatkan aku,
tentang masaku yang sia-sia,
tentang kesibukanku dengan dunia,
tentang rinduku yang menggila,
tentang kataku yang merapu saja,
tentang cintaku yang sia belaka.
tentang bekalanku ke sana,
tentang ajalku yang hampir tiba,
tentang sendirianku di dalam tanah,
tentang gelapnya kubur kita,
tentang duniaku yang fana,
tentang akhirat yang abadi jua.