Sunday, October 31, 2010

Penyakit Hati

bila dibicara tentang hati....
ramai yang anggap mudah...
hati ni bukan hati yang dapat dilihat pada zahirnya..
tapi hanya dapat dilihat dengan mata hati...
hati ini berperanan menyimpan segala emosi...
baik dan buruk...

hati,
bila ada masalah hati...
akan berlaku penyakit di dalam hati..
antara tanda-tanda penyakit ini...

1. hati akan rasa sakit, berdenyut semacam
2. tangan, kaki, jari, badan..semua menggeletar..macam kena parkinson..
3. makan tak rasa kenyang, tidur-tidur ayam dan mandi tidak pernah wangi...
4. selalu termenung...
5. tak dapat fokus masa buat kerja...akibat, jadi kerja sambil lewa..
6. mulut tak pernah nak buka..senyap je..bunyi nafas je kedengaran..
7. rambut kusut masai sikit...asyik tergaru fikir masalah...
8. pakai baju dan seluar sama berkali-kali...
9. pemanduan kenderaan jadi tidak berhemah...
10. orang buat lawak, tak pernah nak gelak, kalau geletek pun tak jadi pape..
11. last..air mata dan hingus tak berhenti mengalir...kalau tak pun..mata bengkak2..

so...inilah simptom2 penyakit ini...
ada banyak punca yang menyebabkan penyakit ini berleluasa...
tapi jangan risau, penyakit ni tidak berjangkit...
cara mengubati penyakit ini masih dalam siasatan...
tapi ada beberapa cara yang digalakkan..

1. dekatkan diri dengan Allah s.w.t.
2. banyakkan bersabar
3. kerapkan ambil wudhu'
4. ingat parents dan orang2 tersayang..

andaikata tak menjadi.. boleh try yang ekstrem sikit...

1. bawak kete laju2...
2. nangis..
3. jerit..
4. main game..
5. menyanyi dan menari...
6. dan yang paling tak masuk akal...tulis blog...

tp yang penting..kalau punca penyakit dari seseorang...
setelkan dengan cara baik...
walau segelap mana peristiwa yang berlaku....
selagi hati ada sayang, kasih dan cinta...
selagi ikhlas untuk menyayangi seseorang...
selagi diri tu tekad...
insyaAllah..masih ada harapan...
sekiranya.. dah memang tiada harapan..
anggaplah itu takdirnya..
dan laluilah simptom2 tu dengan berhati2...
jagalah diri...fikir la orang2 yang masih sayangkan kita..
wallahualam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Since you Left Me..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Setinta pena Mencoret

jika hari ini aku lalai,
tolong ingatkan aku,
tentang masaku yang sia-sia,
tentang kesibukanku dengan dunia,
tentang rinduku yang menggila,
tentang kataku yang merapu saja,
tentang cintaku yang sia belaka.
tentang bekalanku ke sana,
tentang ajalku yang hampir tiba,
tentang sendirianku di dalam tanah,
tentang gelapnya kubur kita,
tentang duniaku yang fana,
tentang akhirat yang abadi jua.