Hari ni first day start practical… berjalan ke Wisma KFC di Jalan Sultan Ismail… ondaway… aku perasan… warga kota yang pelbagai ragam... masing-masing mempunyai impian dan matlamat hidup sendiri yang perlu dicapai…
Aku yang baru berbau cekur jerangau di kota metropolitan ni… terkejut dengan panorama yang sering kali menerjah di minda mentah ku…
Orang buta Melayu Islam dipimpin oleh seorang celik wanita cina… selang beberapa langkah… seorang warga buta dibantu pula oleh seorang warga india… Aiii… mana orang melayu?? Aku memandang cermin… aku pun melayu… aku pun tak tolong… BODOH!! Malu aku dengan warga kota metropolitan…
Di dalam monorail… bersesak-sesak… tempat duduk penuh… takde tempat nak rehatkan kaki… PENaT!! Monorail berhenti di hentian Hang Tuah… seorang ibu Melayu yang mengendong anaknya masuk bersama penumpang lain… Aktif seorang wanita cina mempelawa duduk tapi ditolak sopan oleh si ibu… PELIK!! Hairan?? Yang duduk rata-rata Melayu…pastinya Islam bukan?? Tapi di mana nilai integrity kita??
Malu aku… Bodoh!! Aku pun tak tolong… Maaf…
Kita sibuk memperjuangkan Melayu sana…Melayu sini… tapi hanya menanam tebu di pinggir bibir… bagai mengetuk tong kosong… bunyi kuat tapi dalamnya empty…
Orang lain yang dikatakan Cina pijak kepala Melayu… dan macam2… takde pun kelihatan…
Maaf…. Mungkin sesetengah kes… Mungkin sesetengah tempat lain…
Tapi nak highlight di sini…
Kita semua manusia… walaupun berbeza bangsa dan agama…tak salah kita tolong… Kita satu negara… Satu Malaysia… Jangan jadi celik tapi buta di kota metropolitan… Peringatan untuk diriku jua…
Syukuri nikmat mata yang Allah beri.. jgn sampai dah kena tarik nikmat baru nak hargai...
p/s: akibat celik tapi buta… aku tak perasan kereta yang menderum (Berangan je keje)… hampir dilanggar… kalau mati tadi… tak sempatlah nak buat entry ni… ^_^
No comments:
Post a Comment