Monday, September 12, 2011

Saje try


Salam alaykum,

Saja je nak menjengah blog tak seberapa ni… tengah fikir nak tukar header blog… tengah edit-edit.. sekali buntu… macam-macam dah fikir.. so.. dapatlah satu design… tadaaa!! Lawa?? Hahaha… try buat lepas tengok dekat U-tube…



Senang je.. guna adobe CS5… if nak belajar detail… tengok dekat U-tube: Photoshop CS5 Cool Text…Inilah Linknyer...Click jer

banyak lagi kat tenet... dengan dunia serba moden sekarang... semua hujung jari je.. saje nak kongsi... papepun... all da best in trying... 

Dunia dah serba moden... tapi pemikiran kite? adakah sejajar dengan tahap kemodenan yang ada sekarang ni? ingatlah.... walau sejauh mana kemodenan..kita still kena jaga agama dan akhlak.. (macam parents dah nasihat)... ingat.. bukan Islam ikut moden.. tapi kemodenan yang perlu ikut Islam... pakailah jeans ke kain pelikat.. Nabi Muhammad tak pernah kata.. WAJIB BERJUBAH!! takde... yang penting adalah menutup aurat.. cara mana itu tidak pernah Rasulullah strictkan... Penatlah kalau Rasulullah strict.. nak cari jubah kain jenis macam mana... panjang mana... wah.. jangan jadi macam kaum Nabi Musa.. hehe... itu je.. Wassalam

dari insan yang kenyang dan lapar kerana Allah ^_^

Thursday, September 8, 2011

Cinta ini Tiada Logika!!



Salam Alaykum,

Lama dah tak update blog.. tetiba je update pasal cinta.. sebelum bermula madah bicara.. sorry if entry ni sakitkan sesiapa… tapi hanya pendapat dan pemerhatian peribadi..

Betul tak Cinta bukan satu perkara Logik?? 

Kenapa saya cakap macam tu…?? Sebab orang yang rasa cinta.. kehilangan cinta.. dan melihat cinta tu mampu faham kut.. insyaAllah…

Boleh ke kita renangi lautan berapi, mengharung bukit bukau seorang diri?
Kalau ikut logic.. tak boleh.. sebab kemampuan manusia terbatas…
Kalau ikut cinta.. boleh.. segalanya boleh sebab cinta tu yang bagi POWER.. (tergelak la plak)

Boleh ke kita memberi segalanya tanpa mengharap apa-apa?
Kalau ikut logic.. mana boleh.. hutang darah dibayar darah..hutang budi dibawa mati..
Kalau ikut cinta.. boleh.. Give the Best.. Hope Less.. itulah CINTA..

Boleh ke mata yang elok..tetiba jadi buta?
Kalau ikut logic.. mana boleh.. except ada penyakit ke accident ke..kan?
Kalau ikut cinta.. boleh.. sebab CINTA itu BUTA..   

Banyak lagi sebenarnya… tapi nak cakap kat sini.. CINTA bukan perkara LOGIK.. sebab tu.. Bila bercinta… INGAT!!

Demi cinta..seorang perempuan sanggup bunuh diri.. demi cinta seorang lelaki sanggup korbankan segala masa, tenaga dan harta.. demi cinta segalanya mungkin walaupun tidak logic.. 

Yang penting… Sejauh mana kita mampu menghargai cinta… sejauh mana kita mampu merangkul cinta… sejauh mana kita perlukan cinta… Carilah cinta Ilahi terlebih dahulu… kerna tanpa cintaNya… segala cinta pasti mampu berubah jadi logic.. dengan mengikut landasan yang betul.. jangan mencari Cinta yang tiada Logika seperti kata Agnes Monica.. tapi carilah cinta yang mempunyai rasa dan jiwa.. cinta yang Allah anugerahkan… jangan jadikan cinta Nora Elena mahupun cinta drama korea sebagai idola.. kerna kita ada cinta Nabi Adam dan Hawa.. Cinta Rasulullah dan Siti Khadijah yang lebih baik serta indah kisahnya… Kan?


Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa”
-UniC : Demi Cinta Suci-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Since you Left Me..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Setinta pena Mencoret

jika hari ini aku lalai,
tolong ingatkan aku,
tentang masaku yang sia-sia,
tentang kesibukanku dengan dunia,
tentang rinduku yang menggila,
tentang kataku yang merapu saja,
tentang cintaku yang sia belaka.
tentang bekalanku ke sana,
tentang ajalku yang hampir tiba,
tentang sendirianku di dalam tanah,
tentang gelapnya kubur kita,
tentang duniaku yang fana,
tentang akhirat yang abadi jua.