Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, October 7, 2011

My Best Day 1st edition





Assalamualaikum,

Everybody has their best day… and so does I… mine was historically noted on the 2nd of October 2011… why? Because it was the day that I receive the 3 years of hard work and stressful scroll… it was given by the pro-chancellor of UMT to me as a reward of graduating from a prestigious educational institute… 

Ahaaa… saja nak menulis dalam English tadi… maklumlah.. zaman MBM MBI… “memartabatkan bahasa melayu, memperkasakan bahasa inggeris” kan? 

Bestnyer la convo.. mana tak nyerr.. beribu orang kut tengok kita naek pentas.. pas tu.. nevesnyer bukan main la kan…. dalam pale otak.. takut la kan.. masa tengah jalan amik scroll tu terpijak jubbah yang panjang tu lalu tersadung di pertengahan jalan… tak pun terlupa nak tunduk ke hape ke.. sekali… memang ada sedikit slack… orang lain amik scroll..hulur dua belah tangan.. aku dengan selamba.. hulur sebelah je.. bajet macam kudung.. ahakz…. Pastu.. dalam gambar aku perasan la.. nanti aku upload gambar tu…

Buat masa sekarang… tengok dulu gambar-gambar ni…. Seronok gak la… aku mati-mati ingat takde orang bagi bunga.. tapi thanks kepada junior…. NorAtikah..Faeza Faisya..Ryna Rahim..Diba Mumtaz.. thanks a lot for the teddy bear… thanks gak kepada yang paling utama…my parents… Hj. Dr. Suarni b Sumormo dan Hjh Dr. Rokiah @ Rozita bt Ahmad… serta adik-adik… Ahmad Fahmi Amzar, Nurul Adilah, Nurul Aqilah, Ahmad Fikri Amsyar, Nurul Athirah… sebab korang bagi 3 bunga… siap dengan teddy bear lagi… thanks family tersayang… thanks gak kepada Fatin Syamimi bte Che Menteri… yang bagi bunga bersemut…semut tu nama Niki… dan seekor teddy bear.. thanks… syukran jazilan semua.. teddy bear lain akan diberi nama… hehe… (tengah boring..sebab tu bagi nama…haha)

Nanti akan ada second edition My Best Day…tunggu..!!!


Friday, September 16, 2011

Entry Untuk Birthday Ibu



Ibu…

Sebelum bermula…
Along minta maaf bagi pihak diri sendiri dan adik-adik…
Along & adik-adik selalu menyusahkan ibu sepanjang hidup ni…
Maafkan kami ibu… 

Setiap pagi, ibu yang uruskan semua… kami hanya mampu ringankan beban dengan huluran tangan…
Tapi macam biasa… ibu akan cakap..
“takpe..biar ibu buat…”
Walaupun masa tu ibu penat…tambah dengan sakit belakang….
Maafkan kami ibu…

Time tengahari… kitaorang cakap tak nak makan lunch…. Tak nak susahkan ibu….
Tapi macam biasa… ibu akan cakap…
“takpe..biar ibu masak..”
Sebab ibu tak nak anak-anak ibu lapar nanti…
Maafkan kami ibu…

Bila malam… kitaorang suruh ibu rehat sebab ibu penat kerja dari pagi…
Tapi macam biasa… ibu akan cakap…
“takpe…sikit je ni…korang pergi tidur…”
Maafkan kami ibu….

Ibu…
Kitaorang tak mampu nak bagi hadiah mahal-mahal…
Macam bagi cincin berlian or rantai emas untuk ibu…
Kitaorang tak mampu tunjukkan cinta kitaorang dekat ibu macam Shah Jehan…
Yang bina Taj Mahal untuk Mumtaznya…
Kitaorang tak mampu nak renang laut berapi atau tempuh onak duri…
Macam yang orang bercinta selalu berjanji….

Tapi….
Kitaorang janji….
Akan sayang ibu selamanya….
Akan jaga ibu sampailah akhir hayat kitaorang…
Akan berusaha jadi yang anak-anak terbaik untuk ibu…

Walaupun kami…
Tak sepandai dan secemerlang orang lain…
Tak berjaya dan sukses macam orang lain…
Tak hebat dan terkenal macam orang lain…

Tapi…
Kitaorang sayang ibu lebih dari orang lain…
Ibu seorang je dalam dunia…
Tiada ganti…
Kami Sayang Ibu…
Dari Along dan adik-adik… =’)

Ya Allah..
panjangkanlah umur ibu kami...
berikanlah kesihatan kepadanya...
ampunkan dosanya Ya Allah...
Kau permudahkanlah rezeki baginya...
Kau berkatilah hidupnya...
bahagiakanlah di dunia dan di akhirat.. 
Amin.. ~


Saturday, August 27, 2011

Aidilfitri


Salam Alaykum,

lama sudah tidak update...bersawang segala bagai.. ini pun mengambil kesempatan sekejap...
nak ucap salam aidilfitri dan maaf zahir batin kepada semua...

gambar si kecil tu.. maskot raya tahun ni.. comel tak? (mestila...tengoklah abang dia =p)
so... harapnya raya tahun ni kerana menyambut kemenangan melawan nafsu di bulan Ramadhan..
bulan Ramadhan bulan latihan...bulan kita buat praktikal... dah abis latihan praktikal... kena praktikkan di bulan-bulan seterusnya...

kenapa???

jangan jadikan Islam sebagai barang antik.... yang hanya disimpan rapi.... tidak disentuh mahupun diusik... pantang dicuit apatah lagi dijentik...
jadikan Islam sebagai cara hidup... yang mengalir seperti darah di seluruh badan.. yang menjadi pemakaian membentuk imej qudwah hasanah... yang menjadi setiap kata bicara... setiap gerak kerja... setiap saat setiap masa...

tapi apakan daya.. kita sering alpa... tapi tak mengapa.. selagi hayat dikandung badan.. selagi itu diberi kesempatan.. rebutlah peluang.. sebelum nyawa melayang...

pesanan raya dari insan yang sahur dan berbuka kerana Allah ^_^

p/s: hati2 kepada yang balik kampung.. jangan main mercun dan bila makan..berhenti sebelum kenyang..

Tuesday, August 9, 2011

Busy..untuk bulan ini

Salam Alaykum...

bulan ni..busy teramat.. nak buat web.. mengajar... pastu cari idea untuk menulis cerpen... busy2... sebab tu takde masa nak update blog.. adik2 nyer UPSR dah makin dekat... dyorg exam.. along yang busy... puasa lagi... to all readers, followers and bloggers... semoga ceria2 selalu...

Ya Allah.. bantulah kami dalam mengharungi dunia penuh pancaroba ini.. aku hanya pelakon di pentas dunia.. tiada orang tahu..apa yang aku fikirkan...apa yang tersirat... hanya Kau yang Maha Mengetahui... ampuni aku ya Allah.. Amin~

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada Semua... ^_^

Wednesday, July 27, 2011

Cinta: Sabar itu Pengubat Duka



Salam Alaykum,
Edisi cinta kali ni.. sabar… kenapa ada edisi cinta?? Kerna cinta kita ada kat dunia ni.. everything starts with love and ends with love… bermula dengan kasih  sayang dan cinta dari Allah kepada hambaNya…kita dilahirkan ke dunia.. dan kita kembali kepadaNya juga atas rahmat cinta dan kasihNya… sebab tu bila ada orang meninggal..orang akan cakap.. “Allah lebih sayangkan dia..” kan??? heheh
So,
Sabar…apa yang ada tentang sabar?? Sabar ni dapat tolong kita kawal emosi… bukan senang untuk sabar..tapi bukan susah untuk sabar.. hehe.. pening?? Sabar ni perlu dilatih.. training… macam gak nak bersukan… tahu tak?? Ada seorang penunggang lembu.. ala.. yang biase tengok kat tv tu.. bila interbiu…
‘apa persediaan awak untuk menghadapi lembu gila tu??’
‘10% fizikal dan 90% mental’
Tahu tak… Hassan Al Banna pernah kata:
latihlah diri untuk bersabar ibarat pohon yang berbuah… bila dilempar batu..masih memberikan buah”
Walaupun kita dicaci..dimaki..dikeji… kadang2 rasa nak meletup.. ingat!!
‘InnaAllaha Ma’as Sobirin’ – ‘Allah bersama orang yang sabar’
Tapi…
Kita manusia biasa.. tak lepas dari kesilapan.. nabi pun pernah marah orang gak.. apatah lagi kita kan?? but.. do our best in everything.. setiap kali kita rasa nak marah… tengok pokok… insyaAllah… sikit sebanyak boleh bantu… satu lagi baca surah Al Insyiroh… insyaAllah..
Kadang2 cara yang terbaik, minta adik2 tolong ingatkan… contohnya.. semalam citer kat Kakchik pasal kisah pokok and sabar…
Masa main badminton… satu team dengan Amsyar…banyak sangat Amsyar ‘bolos’…baru nak marah bagi Amsyar main betul2 sikit.. sekalinya..
Along…sabar..sabar macam pokok..kan??”
Malu diriku sebentar…last2.. kakchik and alongnya tergelak… heheh… thanks adik2..penyeri hidup along..
p/s: Good Luck adik2 kembaq untuk exam percubaan this week… lots of love from Along ^_^

Friday, July 22, 2011

Cinta: Pesanan Ibu





Salam Alaykum,

Aku menulis bukan kerana nama…hanya nak ingin membiar pena meluah suara dan hati dibiarkan bicara… hanya ingin berkongsi apa yang tersisip dan membiar bebas apa yang terhimpit… apa yang aku madahkan…aku tak tahu… apa yang aku tahu…aku hanya ingin mencoret cebisan pesanan ibu padaku…
Pesanan ibu,

“Along, biarlah orang buat jahat kat kita..kita jangan buat jahat kat orang… biarlah orang dengki kat kita, jangan kita dengki kat orang… ingat!! Buat baik kat orang…orang minta tolong…selagi mampu tolong k?”




Itu yang ibu pesan padaku… ternyata bila aku buat macam tu… memang bahagia aku rasa… tak menyimpan jarum dalam hati…tak menyimpan dendam dalam peti… bila bahagia datang padaku… lagi aku rasa mudah kerna ada seseorang yang menyokong…memberi semangat… walau ditikam 1001 jarum peniti… aku masih mampu berdiri…. Maybe kerana aku rasa bahagia itu telah aku miliki…
Tapi bila bahagia mengucapkan selamat tinggal… aku hilang arah tuju… satu jarum peniti cukup sakit ibarat dicucuk 1001 paku payung.. then…aku mula lupa… pesanan ibu yang kedua…

“along, bila buat sesuatu…jangan harap balasan… biarlah…tak dapat di dunia..imbalannya di akhirat kelak..ikhlas semampunya..kan??”

Cinta itu tidak perlu meminta..tapi memberi sepenuh rela… memang bahagia bila cinta itu sentiasa ada…tapi bila tiada….baru nak teraba-raba… salah aku sendiri…tak ingat pesanan ibu yang ketiga…,

“Along, hargai setiap detik, waktu dan saat dengan orang yang sayang along…dengan orang yang along sayang..kita tak tahu…bila Allah jemput kita…bila Allah jemput dia…bila Allah jemput balik anugerah cintaNya…so, hargai dirinya setiap masa…”

Oleh kerana, aku lupa pesanan ibu….aku alpa dan leka dalam fantasi cinta yang aku bina… sekarang aku akan ingat pesan ibu… aku akan cuba membantunya dengan mendoakannya… aku takkan mengharap balasan…biarlah Allah yang memberi ganjarannya… dan aku akan hargai setiap saat masa dan detik yang telah berlalu bersamanya… bukan menjadi batu penghalang dalam hidup…tapi menjadi bahan api agar enjin ini terus bergerak…
Pesanan aku untuk semua,

“lepaskanlah merpati yang kita sayang, biar dia terbang bebas… jadikan perpisahan sebagai pembakar semangat…membakar jiwa untuk berjaya…andai merpati itu kembali, insyaAllah dia memang ditakdirkan untuk kita…time tu, sediakan satu sarang burung tempua yang selesa untuk dia berlabuh”

“ingatlah..kasih manusia tak sehebat kasih Allah yang sentiasa cintakan hambaNya…bukti cintaNya??? Anda masih diberi kesempatan untuk membaca entry ini ^_^ ”

Dari insan yang kenyang dan lapar kerana Allah ^_^

*banyak betul pesanan ibu…sayang ibu..hehe..aku menulis untuk kawan2 yang buntu…dan untuk sesiapa yang perlu ;)


Friday, July 1, 2011

Perasan Comeyl 1st edition







gambar2 waktu aku muda..setahun jagung jer.. hehe.. rindu waktu dulu2.. waktu aku masih alpa..waktu aku dikasih dan dimanja... waktu aku baru nak buka mata... 
^_^

Thursday, June 30, 2011

Superman Return



Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg s**a stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:

"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang.
朒utang kereta/ rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!
Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!!

Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja...bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..
Biasa korang belajar doa makan macam nie:

"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound:

"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "
Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku...

"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku.

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?

Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat...
Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)

Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)
Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..
Semuanya dari Allah!!!


He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman..
PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (supermanpun akan jadi mayat)


sumber dari Ibuku yang email.. 

Saturday, June 25, 2011

Ayah



Ayah
Peranan ayah begitu besar dalam hidupku…
Membanting 4 kerat tulangnya menyara keluarga…
Mengorban masa dan tenaga untuk menampung segalanya…
Ayah…
Tatkala kau meminta aku mengurut badanmu…
Kerana lenguh akibat kepenatan bekerja…
Kulitmu yang kian tegang dan keras…
Menunjukkan betapa gigihnya kau bekerja…
Ayah…
Kasih sayangmu takkan dapat dinilai…
Walau segunung emas ku berikan..
Walau selautan permata aku hamparkan…
Ayah…
Aku masih ingat…
Waktu kecilku..kita berjauhan…
Ibu di Perak…kau di Selangor…
Keadaan yang memaksa..
Kerna pekerjaan yang berbeza…
Setiap minggu kau tiba hanya dengan bas Transnasional…
Aku masih ingat… kau akan tiba di Batu Gajah pada hari Sabtu..
Kemudian kita akan menonton Usop Sontorian bersama-sama…
Ayah…
Aku masih ingat..
Kau menampar aku kerna biadap denganmu…
Aku minta maaf ayah…
Aku tahu…
Setiap cubitan..tamparan..nasihat dan teguran…
Hanya untuk menjadikan aku insan beriman…
Aku minta maaf ayah…
Kerna tak dapat memenuhi cita-citamu melihat anakmu menjadi seorang doctor…
insyaAllah.. akan aku rangkul gelaran itu dengan PhD suatu hari nanti…
ayah…
aku anak sulongmu…
yang selalu bertelagah denganmu…
kerna aku sedegilmu….
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi…
Aku minta maaf ayah…
Tidak bermaksud melawan kata..
Kerna kedegilan dan keegoan sebegitu rupa…
Ayah…
Aku tahu..warkahku ini tidak akan kau baca..
Aku menulis jua bukan kerna glamer…
Tapi aku menulis…
Kerna sayang pada ayah…
Mencoret apa yang dikalbu…
Agar suatu hari nanti….
Kau tahu..
Anakmu sangat menyayangimu…

Thursday, June 9, 2011

Alamanda Kungfu Panda



Salam Alaykum,
Today..i’m trying to improve my fluency in English. So, writing this entry in English may help a little bit on my grammar and language. Actually, yesterday..me and my siblings went to Alamanda Putrajaya to watch KungFu Panda 2.. the journey only took 15minutes from my house to the GSC Cinema. Eventually, we also went to Alamanda the previous day with Ibu, but the tickets were sold out and we just had a stroll at Alamanda. I got a new Jeans while Angah got a new tracksuit.. haha.. on the way back, we stopped for a “snack”.. Ibu ordered ‘mee udang’.. the taste was okay but Mak Njang’s ‘mee udang’ is still the best.. yummy!! (enough with the flashback)




Alhamdulillah, we had bought the tickets the day before because it was all sold out at the present day. After buying some popcorns and beverages, I led my siblings to the theatre hall. The twin girls sat right next to me while the brothers were in front. 

We really enjoyed the movie, it was hilarious and has moral values that can be taken. Also, watching it with my siblings for the first time became an unforgettable memory. For the movie, I’ll give a 4.2 / 5 stars.. great movie and a great ending..family and  friendship, love, patience, caring and other moral values that are in the movie are suitable for the whole family to watch. I would recommend this movie to all.. it is a watch, enjoy and learn movie.. ^_^

cute

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Since you Left Me..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Setinta pena Mencoret

jika hari ini aku lalai,
tolong ingatkan aku,
tentang masaku yang sia-sia,
tentang kesibukanku dengan dunia,
tentang rinduku yang menggila,
tentang kataku yang merapu saja,
tentang cintaku yang sia belaka.
tentang bekalanku ke sana,
tentang ajalku yang hampir tiba,
tentang sendirianku di dalam tanah,
tentang gelapnya kubur kita,
tentang duniaku yang fana,
tentang akhirat yang abadi jua.