Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

Pulang Driving ke Rumah


Salam Alaykum…
Nak citer pasal balik dari Terengganu ke Bangi hari tu..bertolak lepas pos motor Arif..pukul 11…berhenti sarapan kul 11.30 ondaway ke Dungun…berhenti solat pukul 2.30 kat Gambang.. 


Sepanjang jalan..nampak motor2 besar..hehe.. teringat pulak.. ada orang nak belikan abah dia motor besar macam tu.. hehe… sepanjang perjalanan…memang penuh onak duri.. akibat bawak laju sangat.. visor (panggil apa entah yang kat pintu tu) tercabut… hmmm… tak dapat nak diselamatkan…

Aku minta maaf pada semua…haha.. sebab terlelap masa bawak kereta.. kejap je pun… 10saat je.. sebab Arif tido.. patutnya dia teman aku.. sekali dia goal.. ceh… terpaksa la aku pasang lagu kuat2 and minum air 100plus untuk hilangkan ngantuk..hehe.. lagu2 yang menjadi peneman aku… ST12 – Saat Terakhir, Sehijau Daun – Suaraku Berharap, Faizal Tahir – Hanyut…memang jadi penyegar diri la kan..tak tambah dengan lagu Hindustan, korea, jepun and English..haha

Kalau ikut…sampai sebelum maghrib.. oleh kerana..sahabatku ‘menunjukkan’ jalan… kami telah tersasar sampai ke Shah Alam.. tahniah.. dulu.. 1st time.. aku sesat dengan Iqbal Hamzah sampai ke Sg. Buloh.. 2nd time aku ngan Arif sampai ke Shah Alam.. hehe.. kami sampai kat Putrajaya pukul 8pm.. penat woo~

Tapi inilah..pengalaman dengan kawan2.. best and seronok… haha.. Alhamdulillah berkat doa family and kawan2..kami selamat sampai.. thanks… ^_^

Sunday, May 15, 2011

Tempat Jatuh lagi Dikenang, Inikan pula tempat Belajar

UMT..University Malaysia Terengganu.. tempat aku menjadi diri aku sendiri...

salam Alaykum...
jam kat laptop menunjukkan pukul 4.30pg... pukul 9.30pg nak drive dari terengganu ke bangi.. mampu ke? dalam keadaan tak tido ni? hmm... hanya berserah dan pasrah jela... insyaAllah..okay kut..

UMT... aku akan pergi... bukan takkan kembali.. tapi susah untuk kita ketemu lagi..
UMT... aku akan menuju ke destinasi.. membawa kau di hati... takkan ku lupa jasa kepada diri...
UMT... aku terkelu...tak mampu bertutur.. kerna perginya aku... membawa embun di pipi...
UMT... terlalu banyak kenangan di sini.. kau menjadi sebuah diari.. coretan milik peribadi....
UMT... 3 tahun kita bersama... setiap tangis dan tawa... kau saksikan segala...
UMT... kini aku akan pergi... bersama namamu di hati... terukir di sanubari...
UMT... aku akan merinduimu... setiap masa bersama sahabat ku... harap kau juga begitu...
UMT... tiada kata mampu ku ucapkan... hanya mampu melambai tangan... hanya doa ku kirimkan...
UMT... terimalah kasihku... untuk diabadikan... kerna hanya itu yang mampu.. untuk diserahkan...

terima kasih....

kepada kawan2.. wajah2 korang akan aku ingati sepanjang masa.. nama2 korang akan aku pahatkan di dada..

kepada para lecturer.. SV ku.. tiada kata mampu aku katakan... maaf kerna tidak mampu memberi 100% keupayaan...

kepada kenalan... ku mohon ampun...maaf dan terima kasih kerna banyak membantuku di sini... terima kasih bebanyak...

kepada sahabat2... aku minta halal makan minum.. minta halal segalanya... terlebih dan terkurang.. tercubit dan tersakit... maaf...

kepada abang2..kakak2..dan adik2... aku minta ampun... selalu bebankan korang dengan segala masalah yang ada... thanks 4 da support... tanpa anda semua.. maybe thesis tak mampu siap.. syukran jazilan..

Ya Allah.. kau telah ketemukan kami semua dalam keadaan yang baik.. maka, kau pisahkanlah kami dalam keadaan yang baik... andai Kau ketemukan kami.... temukanlah kami semua dalam keadaan yang baik... Kau ikatkanlah hati2 kami dengan kasih sayang keranaMu... satukanlah hati2 kami dengan cahaya persahabatan... Kau jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur.. Kau berikanlah kami kejayaan dalam hidup.. Ya Allah, Kau makbulkanlah doa2 kami.. AMIN~

Wednesday, May 4, 2011

Pantun ViVa


Salam Alaykum, aku hanya merepek merabun sebab dah settle viva.. haha.. kalau enjoy komen, kalau tak..kritik je..hehe.. k?


semalaman tak tido analisis data,
last-last minit method ditukar,
berhempas pulas mengambil masa,
bersama Iqbal menuju ViVa...

pagi-pagi berkejar mandi,
mengejar masa sibuk sekali,
gelak tawa sampai di UMTee,
tertinggal abstrak rasa nak mati...

memecut laju kereta iswara,
masuk rumah kasut tak buka,
mengambil abstrak di atas meja,
hampir eksiden di jalan raya..

giliran aku selepas Nazmi,
tangan berpeluh bergetar kaki,
hati bergelora dilanda tsunami,
hanya mengharap Ihsan Ilahi...

Kaki kanan bermula langkah,
Berat melangkah dari kiri,
baru bentang dah termengah,
Diaju soalan tak jawab lagi...

soalan diaju bagai peluru,
cuba mengelak terkena siku,
luka ditampal dengan gam uhu,
Hati panas otak beku..

pembentangan habis hati lega,
tengok orang lain gelak tertawa,
tak abis lagi tersenyum gembira,
hati riang sudah merdeka...

mata merah tangan dah penat,
tak tidur semalam gosok gigi tak ingat,
lepas berpantun rasa nak rehat,
kepada sahabat moga selamat...


bye-bye ^_^

ALL THE BEST!!!!!

GOOD LUCK FOR VIVA YOU ALLS.. ^_^

Tuesday, May 3, 2011

Salam Perpisahan

Salam Alaykum...
ni adalah salam perpisahan buat teman2 dan kawan2 di UMT tercinta ni..

kawan.. pertama kali aku jejakkan kaki ke bumi UMT ni.. aku tak sangka aku akan ketemu sahabat sejati.. tujuanku hanya satu.. membanggakan ibu bapaku yang menghantar aku ke sini..penuh harapan.. agar aku bisa jadi hambaNya yang hasanah di dunia, hasanah jua di akhirat.. lambaian 'homesick' bersama mutiara air mata aku sisipkan bersama pemergian familyku ketika mereka pulang dari menghantarku...


kawan..masihkah kau ingat pertemuan buat pertama kalinya? Arif dan Izzudin..berjumpa di group orentasi.. sahabat pertamaku di sini.. ketika itu telah tertanam dalam jiwaku, bahawa kita akan melakar memori di sini bersama.. perginya Izzudin Aziz menjemput Manesh Kumar, Shanmugaprakasham, Iqbal Hamzah, Nazmi Nasir, Ridhwan, Fauzi, Nasrul dan Luqman ke dalam cereka hidupku di UMT. Langkah persahabatan kita bermula di sini, di bumi UMT. 

 team 'wonder girls' yang turut menjadi titik sejarah dalam hidup aku di sini banyak membimbing dan membantu aku sepanjang perjalanan. setiap langkah dipenuhi hilai tawa Mira, Pah, Fana, Fida, Fatin, kak Yana, Lin dan Eibah. setiap perjalanan, ada suka ada duka.. ingin ku pohon segala kemaafan dari kalian kerna tidak bisa menjadi teman susah senang bersama.. aku tahu masa tak mungkin diganti.. aku tahu itu semua menjadi memori..
 maaf kalian..masa itu tidak bisa aku ganti..hanya sisa masa yang tinggal dapat aku luangkan bersama teman perempuan ku lagi..sejarah yang lepas menjadi titik hitam dalam hidupku dan terima kasih 'wonder girls' kerna mampu menjadi penawar lukaku..biar dihiris sembilu, biar diguris gerimis.. aku tetap sayangkan korang seperti kakak2ku sendiri..



buat teman2 lain..teman2 seperjuanganku di sini..tak dapat aku coretkan nama semua di blog kerdil ini..hanya yang mampu..ku coretkan wajahmu di memori agar tidak terluput dek masa.. andai kita ditakdirkan..kita akan bertemu di ruang masa depan..mengenang kisah di ruang lampau.. all the best in life kawan2..teman2..dan sahabat2 ku..

tak lupa juga..teman makmal MBU.. yang menjadikan waktu kerjaku ceria dan gembira..bersama hilai tawa dan hiruk piruk kita..MBU telah diserikan dengan warna.. terima kasih.. anda semua turut hadir memberi sokongan ketika aku tersungkur di pintu bahagia.. Sha, Aini banyak membantu aku dalam menggapai kembali ruh aku yang telah pergi.. Geok chin, Pija.. thanks for the support..



cuci rumah
 teman serumah yang menjadi teman hidup di sini.. mencuci rumah akibat banjir.. mengharap bantuan yang tidak kunjung tiba..
rumah Arif
 di rumah Arif ketika L.I..1st time sampai..lepak sampai ke malam...thanks kawan2..
Iqbal, Manesh, Aku, Luqman
 1st time karok bersama..thanks..memorable.. kisah hidup takkan aku lupa..
Muhammad Izzat Farhan
Menjadi abang di sini..thanks for the moral support... 

ingin aku lakarkan coretan terakhir..ucapan selamat berjaya dan selamat tinggal menjadi penutup di akhir naskah salam perpisahan.. thanks.. 3 tahun di sini..tak dapat aku lupakan.. just kenang aku dalam doamu.. bertemu berpisah kerana Allah.. sahabat sejati..jika di dunia tidak ketemu lagi..di akhirat nanti pasti.. insyaAllah.. salam perpisahan ini aku sisipkan bersama permata yang mengalir di pipi kerna hanya itu hadiah yang mampu ku beri untuk memori yang kalian beri sepanjang aku di sini.. terima kasih Ya Allah menganugerahkan sahabat sejati seperti ini.. ~Amin~

p/s: all the best for viva!!

Monday, May 2, 2011

Exam Finished

salam alaykum... hari ni last paper.. soalan agak tough..but hope yang sekaki and setangan dengan aku..yang amik komunikasi interpersonal.. "we did our best, let Allah do the rest".. semoga Allah mempermudahkan rezeki..tadi nak keluar.. pastu.. tetiba "masa tinggal lagi 30min, student takleh keluar" adoyaii.. nampak iqbal dah keluar..nazmi pulak..taram aje..keluar gak walaupun jarum panjang di depan berada pada no. 8.. haha.. aku nak keluar kena tahan.. cissss!! takpela.. tetiba dapat buat sajak.. cukup untuk hilangkan bosan.. nanti baru upload.. last la aku duk dalam dewan exam di UMT.. salam perpisahan UMT tercinta.. ='(

Sunday, May 1, 2011

Diri dan Sahabat


salam alaykum... 
hari ini..nak citer pasal.. "sakit"..

" dan apabila aku sakit, DIAlah yang menyembuhkan penyakitku "
( As-Syu'ara:80) 
 "sakit" ni ada macam2 jenis..tapi nak bahagikan kepada 2 je main.. zahir dan batin.. bagi yang zahir..insyaAllah..ubatnya pun zahir.. sakitnya pun kita nampak.. contohnya..luka.. memang nampak berdarah and parut sume tu.. ubatnya cuma amik minyak or gel sapu..settle.. (dettol pun ok)...
tapi nak citer..sakit yang batin.. yang tak nampak.. yang menjadi masalah.. kita tak tahu kita sakit ke tak.. sakit ke?? macam sihat je.. tepuk dada, tanya iman.. orang yang sakit..dia tak tahu dia sakit.. selagi mana takde orang ingatkan dia.. biasanya sakit ni...lebih pada sakit hati.. Rasulullah ada kata.. "dalam diri kamu, ada segumpal daging, jagalah ia..kerna kalau rosaklah ia, maka rosak seluruh tubuh".. hati..kalau sakit.. sakitlah seluruh tubuh.. pancaindera kita pun akan sakit gak.. mata, mulut, tangan, kaki..sume la.. yang menjadi penambah perisa masalah.. bila dah sakit.. tak nak ngaku sakit..dah nasihat sampai menitik air mata.. sedih sebab Allah dah bagi hidayah..tak nak berubah..kawan2 dah nasihat... dah la satu hal.. pastu dah sakit..tak nak makan ubat.. ingat senang ubatnya?? 
semangat tu penting untuk ubat sakit.. semangat untuk berubah.. untuk lawan penyakit2 ni.. sejauh mana kemampuan kita melawan tu.. wallahualam.. sebab Allah dah khabarkan "tidak Kami uji seorang hamba itu, kecuali atas kemampuannya".. so, jangan mengatakan kita tidak mampu.. Allah uji sebab kita mampu.. kita doa kepada Allah yang wajib 17 kali sehari..yang sunat tambahan lagi.. makna AlFatihah tu.. penuh memuji Allah dan meminta pertolonganNya.. 

cerminlah diri... tanya pada sahabat.. sahabat yang baik, adalah sahabat yang menegur kesilapan sahabatnya.. yang mendoakan sahabatnya.. carilah sahabat yang baik.. Rasulullah pernah pesan.."bersahabatlah dengan sahabat yang baik..andai bersahabat dengan tukang besi, maka serpihan api pasti terkena nanti..tapi andai bersahabat dengan penjual minyak wangi, pasti wangian yang kita rasai.." wallahualam.. 

terima kasih kepada sahabat2 yang banyak menegur dan menasihati.. Iqbal Hamzah, Izzat Farhan, Ariff Azuan, Manesh Kumar, Alqaf Azmi, Hanis Nenek, Shamira Lokman, Sharifah Mukhtar, Fatin Ahmad, Fana Hashim, Siti Faridah, Eibah Md Disa, Lady Linda dan yang lain.. syukran lillah.. Alhamdulillah.. Allah kurniakan sahabat yang baik..

dari Insan yang kenyang dan lapad kerana Allah ^_^

p/s: sebahagian ayat diolah agar mudah difahami..

Saturday, April 9, 2011

Menghadapi Exam!!!

salam Alaykum,
haa.. minggu study week dah berjalan..kita yang student terpaksa berlari mengejar masa untuk study.. dalam mengejar masa tu.. tak lupa untuk update blog.. sebab bagi aku.. dengan mengupdate blog secara ilmiah ni.. boleh gak mengingatkan diri sendiri dan disharekan kepada orang ramai..

menghadapi exam..final exam..final sem..final di UMT.. hehe.. sekarang busy dengan macam2.. assignment..test..quiz..family.. and aku tahu..semua orang pun hadapi benda yang sama.. tahniah la kawan2.. untuk pengetahuan..dalam hiruk piruk kegawatan exam..sempat lagi update blog..tambahan..sempat lagi download citer Kal Ho Na Ho.. tetiba nak tengok.. hehe.. pengorbanan cinta untuk yang tersayang..hehe..

tapi aku patut kena fokus.. hmm.. Aja-aja Fighting...!! tip-tips nak exam ni banyak.. malas nak citer kat sini.. just nak gitaw.. exam dunia ni pun aku dah menggeletar..exam akhirat?? waktu kena oral test dengan malaikat munkar nakir dalam kubur nanti boleh jawab ke tak? mulut terkunci..anggota lain yang jawab.. yang tu exam abadi..exam hakiki.. yang tu lagi takut..dah la  tak taw tarikh.. huhu.. papepun.. preparation untuk dunia hakiki kita buat kat dunia yang fana ni...hehe.. hope we succeed..!!


kepada kawan-kawan teristimewa.. Iqbal Hamzah, Ariff Azuan Munshi, Manesh Kumar Niithinathan, Muhammad Farhan, Nazmi Nasir, Nur Hayati, Shamira, Fana, Fida, Kak Pah, Fatin, Eibah, Ecah, Hanis, Alqaf, Annur, Yus, Syam, Mek Ti, Scha, Pija, Geok Chin, Ijan, Berry, Archena, budak-budak sains biologi, budak-budak bioDiversity dan sahabat-sahabat handai yang lain.. yang exam dan tak exam.. hehe..  

ingat... jangan putus asa.. sama-sama kita gapai bintang kejayaan.. sama-sama kita genggam ijazah nanti.. sama-sama kita titis air mata sebab makin dekat dengan exam..makin aku sedar..aku akan kehilangan tulang belakang aku kat sini.. loving you all the best lah.. bertemu kerana Allah... berpisah kerana Allah..andai tak jumpa pasni.. kita jumpa kat akhirat ye.. insyaAllah.. hehe.. <3

Wednesday, March 30, 2011

Begedil Siap!!!


hehe...akhirnya.. dapat menghilangkan rasa mengidam nak makan begedil ini..hehe.. thanks kepada member2 housemate yang baik hati... semoga mereka diberkati sentiasa.. sekali tak larat nak habiskan dah.. thanks kepada Mak Njang and kengkawan lain yang bagi macam2 petua.. nak buat Begedil ni ada 1001 resepi..last2.. guna and improvise..jadila macam ni..sedap wooo... kalau jual kat terengganu ni..boleh kaya.. sebab terengganu susah jumpa begedil..hehehe.. nyum3.. jemput makan.. yang bentuk love tu.. saje buat.. ingat nak buat bentuk zirafah..harimau..tapi tak jadi..hehhe.. next time la.. buat bentuk rumah ke.. hehe.. orait.. nak menyantap.. bye..~


Tuesday, March 29, 2011

TerPisah Demi KasihNya

salam untuk semua.. dinner dah hampir seminggu berlalu..tapi aku baru update...
tengok gambar kat atas ni.. ni semua sahabat-sahabat seperjuangan aku.. tak pernah aku jumpa kawan-kawan macam diorang.. susah senang bersama 3 tahun.. setiap senyuman korang pasti akan aku ingati.. korang ingat tak masa kita baru masuk dulu?? masih alpa dan tak kenal sesiapa pun.. aku rapat dengan Din and Arif.. kawan-kawan yang menjadi titik permulaan aku kat sini... aku start dengan 2 orang jejaka...tapi aku tamat dengan 69 orang kawan-kawan... berbeza senyuman...berbeza gelak tawa.. berbeza semua tapi satu yang sama... untuk sama-sama berjuang dalam biology... insyaAllah...




ni lah orang-orang yang duk semeja dengan aku time dinner hari tu.. diorang ni sentiasa ada untuk aku..just aku je yang takde untuk diorang..sorry kawan2.. maaf sangat2.. Pah, Fana, Fida, Fatin, Arif, Eibah, Kak Yana dan Mira.. korang banyak support aku.. thanks..





inilah antara kawan-kawan yang menghiasi hidup aku kat UMT ni.. Bro Farhan.. thanks.. sebab kau banyak tolong aku..kau dah macam abang aku sendiri dah...thanks..aku tak pernah ada abang.. sayang kau Bro..haha (hidup Rockerzz!!)




sebelum pulang...amik gambar kat roundabout dulu.. hehe.. thanks to Arif, Manesh and Iqbal.. korang banyak tolong aku.. memang kadang2 kita ada terasa hati dengan geng2 kita..tapi bak kata pepatah.. jarum patah jangan simpan dalam hati.. nanti menikam diri.. hehe.. papehal... ukhwah kerana Allah.. takkan luput dek hujan atau panas.. semoga persahabatan kita kekal Abadi... k? salam sayang dari aku kepada semua kawan2.. nanti kita akan terpisah demi KasihNya dan berjumpa kembali demi KasihNya juga..insyaAllah..

Friday, March 18, 2011

Putus # 1

Assalamualaikum...salam sejahtera..salam perpaduan dan salam satu malaysia..



hari ni..dah beberapa hari berlalu sejak kehilangan dia..but still saya masih ada perasaan.. dia ada atau tak itu hak dia...saya tak mampu nak paksa.. saya bersyukur ada teman2 yang backup saya waktu saya susah macamni... kalau nak senaraikan memang ramai la member yang bantu.. but yang selalu nampak saya sengsara... hanya ada segelintir...

1. Ariff: dia cukup baik..dalam busy menyiapkan thesis..dia mendengar setiap masalah yang suram..and bantu jadikan suasana yang ceria..thanks sahabatku... dia berusaha membantu setiap waktu..sampai dia la yang pergi teman jadi orang tengah hari tu... thanks so much...

2. Iqbal: dia ni...walaupun dia garang..and banyak marah saya sebab saya mengikut emosi... tapi kata2 dia yang tajam and pedas buat saya terfikir panjang..tapi.. setiap kali saya sedih..duka..saya terus memerlukan kata2 dia.. sebagai pendokong semangat...thanks friend...

3. Farhan: dia ni paling brutal..tapi pelukan dia buatkan aku rasa tenang...(jangan fikir laen)... aku anggap dia macam abang aku dah... sebab tu..aku memang respect kat dia... kata2 dia pun banyak sedarkan aku..walaupun kasar..tapi aku paham apa yang dia nak sampaikan...

4. Manesh: dia ni pendengar setia...senyap and teku mendengar... pendengar yang terbaek.. hehe... cara dia dengar pun dah buat aku hilang beban kat dada ni...thanks kawanku.. manesh ni dia pun pernah alami benda yang sama...nasihat dia kadang2 buat aku sedar... thanks so much kawan...

4 orang housemate aku ni yang banyak tolong aku..aku sakit...luka..jatuh..diorang ada.. tapi untuk pengetahuan...aku dah try lupakan.. tahu tak.. aku hampir accident hari tu.. aku pergi lepak pantai sorang..aku tertinggal kunci dalam kereta dengan radio terpasang.. aku muntah2 tak makan... aku dah cuba lupakan kawan2..tapi setakat ni.. masih belum mampu...sorry...

kepada sahabat2 and ahli keluarga yang laen... nanti aku update name sorang2 dalam post 2nd aku..ye... dont worry...

Monday, February 28, 2011

Anugerah UntukMU

pertama sekali...post ini untuk semua yang banyak membantu saya di kala waktu saya memang down giler ni..saya nak berterima kasih kepada yang membantu saya dengan kata-kata membina..nasihat..yang teman saya menangis..yang ada dengan saya time saya susah...yang ada dengan saya masa saya sedih...yang try sehabis baik untuk ceriakan saya untuk jadi macam dulu..happy go lucky...

penghargaan kepada.....

anugerah Hati Emas
ibuku.. sebab ibu banyak tolong...call along sampai habis battery..walaupun ibu marah2 along...tapi along tahu..ibu risau..sebab tu ibu suruh along balik rumah tenangkan fikiran...

anugerah kedua... Hati Caring and Loving

kepada kaklong ja..dengan postnya yang membina...post 1 yang buatkan air mata sentiasa mengalir.. post 2 yang buatkan aliran air mata ni jadi lebih laju..thanks a lot.. abg pani and abg nizam pun kongsi anugerah ni..sebab pengalaman korang yang banyak bantu along hadapi ujian dari Allah s.w.t.. along takde abang and kakak..so.. korang la yang menjadi rujukan..thanks a lot... loving u olz..

anugerah ketiga...Penghibur Hati Lara


anugerah ni untuk kawan2 yang banyak membantu... Mira, Fida, Fana, Kak Pah, Fatin, Lin, Eibah, Ariff, Iqbal, Farhan, Manesh, Anne (kumaresh), Yap Geok Chin, Yat, Nur Hayati, Anas, Ain, Aimi, Alqaf, Hanis dan kepada kawan-kawan yang tak ingat tu..sorri la ye.. korang banyak bantu di saat suka duka walaupun aku ni jahat.. thanks.. teman serumah yang memahami...kawan2 lepak.. thanks so much... tanpa korang.. maybe banyak lagi benda bodoh aku buat.. thanks a lot..

anugerah last but not least... Hatiku Milikmu


saya dah bagi hati saya kat awak...maksudnya..untuk awak je.. tiada yang kedua mahupun tiga.. saya minta maaf.. saya tak nak memanjangkan lagi..just saya nak cakap... saya sayangkan awak..and i'll wait for you... ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Since you Left Me..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Setinta pena Mencoret

jika hari ini aku lalai,
tolong ingatkan aku,
tentang masaku yang sia-sia,
tentang kesibukanku dengan dunia,
tentang rinduku yang menggila,
tentang kataku yang merapu saja,
tentang cintaku yang sia belaka.
tentang bekalanku ke sana,
tentang ajalku yang hampir tiba,
tentang sendirianku di dalam tanah,
tentang gelapnya kubur kita,
tentang duniaku yang fana,
tentang akhirat yang abadi jua.