Showing posts with label heart. Show all posts
Showing posts with label heart. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

Perjalanan Jejaka di Lorong Sepi




Jam menunjukkan pukul 5.30petang. Waktu kerjaku sudah habis untuk hari ini. Meja dan kerusi ku tinggalkan sambil menyapa rakan-rakan sepejabatku yang masih tekun menyiapkan kerja. Hanya aku seorang yang telah bersedia untuk angkat kaki dari tempat kerjaku. Jaket hitam yang ku beli sewaktu masih belajar dahulu tersangkut di kerusi aku ambil dan pakai. Beg berisi laptop aku sandang lalu menapak.perlahan ke arah lif. Telefon bimbit Xperia Neo aku keluarkan dari kocek seluarku. Aku pasang dengan earphone yang tersimpan di kocek berasingan. Jemariku berjalan lembut di atas skrin telefon bimbit mencari aplikasi pemain mp3.

“Ah! Jumpa pun lagu ni,” bisik hati kecilku.

Lagu yang menjadi pilihan, Doaku Untukmu Sayang nyanyian Wali Band. Ku sumbatkan earphone ke telinga lalu melangkah masuk ke lif tanpa menghiraukan penumpang lif yang lain. Ku sandarkan diriku lalu ku pejamkan mata, tidak mampu diriku untuk memandang sekeliling seperti biasa. Mana tidaknya, hari ni mataku sedikit berair dan kemerahan. Entah apa sebabnya tetapi aku cuba abaikan segalanya. Lagu Wali Band masih berkemundang di telinga lalu ku tingkatkan volume telefon bimbitku. Telingaku terasa bagai ada yang menjerit tetapi tidak terasa sakitnya. Pengawal keselamatan yang aku gelar Uncle menyapa aku seperti biasa. Namun, aku hanya mampu membalas dingin menyebabkan Uncle mengerutkan dahi sehingga menampakkan keningnya yang bercantum. Aku minta maaf Uncle, mood aku kurang baik hari ni. Aku berjalan.seperti biasa ke arah stesen monorail Raja Chulan untuk pulang ke rumah. Kaki.aku melangkah perlahan di tengah-tengah kekecohan kota.

"Pon!!" sebuah kereta memberiku amaran.

Lekanya aku dalam.lamunan sehingga tidak sedar langkahku telah tiba di bahu jalan. Ku pandang ke kiri dan ke kanan, memastikan keadaan betul-betul selamat sebelum melintas. Hampir setiap.hari aku dihon oleh para pemandu warga kota metropolitan. Namun keadaanku masih tidak berubah, lamunanku tidak mampu terhenti.
Tiba-tiba butiran mutiara gugur di jalan raya. air mataku mengalir lagi saat bait-bait lagu wali band kedengaran di gegendang telinga.

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Illahi
Tuk satukan kami di surga nanti

Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

Derasnya air mataku mengalir di pipi. Hanya tuhan yang mengerti perasaanku ini, menyintai seorang wanita yang pastinya bukan milik ku lagi. Aku terus berjalan di lorong sepi. Kebanyakkan pejalan kaki memandang aku pelik. Hairan, seorang yang tiba-tiba menangjs sambil berjalan. Pastinya, fikir mereka aku gila. Mungkin benar telahan mereka, aku sudah gila. Aku memasukkan kedua belah tangan ke dalam.poket depan jaketku. Entah mengapa niatku hanya untuk mengasingkan diri dari dunia zahirku. Sesekali aku memandang kiri dan kanan hanya untuk mengethui kedudukan realiti. Nyatanya semakin deras aliran air mata mengalir saat terpandang restoran KFC berwarna merah putih di seberang jalan. Serentak dengan itu, terbayang wajah si dia yang sedang seronok menjamah ayam dari snack plate dicicah dengan sos thai yang sedikit masam. Suapan demi suapan coleslaw dimasukkan ke dalam ruang mulut melintasi sepasang bibir mungil. Malah, beberapa sudu mash potato ditujukan ke arah mulutku.

“Nah makan! Aku disuap Gadis,” arah Gadis sambil tersenyum manis.

Roti lembut milik snack.plate gadis turut diberikan kepadaku. sengaja aku mengambilnya untuk membiarkan. dirinya merajuk comel. Gadis akan memuncungkan bibirnya tatkala aku ‘merampas’ roti dari pinggannya. Bukan dia tidak mahu memberi, sengaja berniat untuk bermanja.

“Alaaaa,” bibir Gadis muncung bagai itik sudu.
“Alala, nah ambil balik,” aku memulangkan roti.
“Eh? Usik jelah. Tahu si Jejaka suka roti ni,” balas Gadis tersenyum.
“Ala, saya saja je usik awak,” ujar aku kembali.
“Macamnilah, kita share, okay?” Gadis membahagikan roti kepada dua.

Lantas cheesy wedges di atas meja aku ambil lalu disuapkan ke mulut Gadis. Tujuanku hanya untuk membalas budi baik buah hatiku yang senyumannya penawar seribu duka.

“Argh!!!” serentak dengan itu, lamunanku terhenti.

Sengaja aku hentikan lamunan yang terlalu kerap bermain di bayangan mindaku. Aku terpaksa mengheret kakiku yang kian lesu, kesan dari tangisan yang masih tidak berhenti. Beratnya rasa untuk berjalan, rasa untuk melangkah ke hadapan. Aku masih tidak tahu puncanya sedangkan pada hari lain, aku mampu meneruskan sandiwaraku seperti biasa.

Aku menggagahkan diri untuk melangkah dengan tangisan yang sudah membasahkan sebahagian lengan bajuku kerana aku terpaksa menggunakan lengan bajuku untuk mengelap air mata ini dari terus tumpah ke bumi. Sedang air mataku menitis, hatiku merintih, langit turut mengikutku menangis. Hujan telah membasahkan hampir seluruh bajuku serta jaketku. Aku menggunakan jaket hitamku untuk melindungi beg sandang berisi laptop. Aku bersyukur kerana Allah membantu aku ketika ini. Tidak ada sesiapa yang rasa kesakitanku kini. Tidak ada sesiapa yang tahu aku menangis lagi.

“Biarlah aku terus menangis di dalam hujan. Biarlah tangisan langit menyiram wajahku yang kian lesu. Biarlah aku keseorangan berjalan di dalam hujan,” bisik hati syahduku.

Kelihatan para pejalan kaki yang menemaniku tadi, berlari meninggalkan ku. Sesetengahnya membuka payung berteduh dari hujan lalu meneruskan langkah perjalanan. Hanya aku yang masih berjalan seperti biasa, lencun di dalam hujan yang turun dengan lebatnya. Akhirnya aku berjaya sampai ke stesen monorail dan menaiki keretapi ke stesen KL Sentral. Di dalam perjalanan ke destinasiku, aku terus mendengar lagu Wali Band berulang kali. Hanya untuk mengingatkan aku, cinta tak harus memiliki.

“Kalau cinta tak harus memiliki, kenapa hati ini terlalu sakit?” tanyaku sendirian.

Setibanya di KL Sentral, aku terus menapak ke arah surau untuk menunaikan solat Maghrib. Mataku kemerahan tetapi manik-manik kaca masih kelihatan di alis mata. Aku mengambil wudhu’ bersiap untuk solat berjemaah dan sehabisnya aku menunaikan kewajipanku, aku menadah tangan dan berdoa.

Ya Allah, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Di dunia dan akhirat

Tatkala aku selesai berdoa, aku terus mengambil begku dan berjalan keluar dari surau. Aku mengambil telefon bimbit kesayanganku dan membuka aplikasi pemain mp3 dan memilih lagu Inspirasi Hati nyanyian kumpulan Dehearty. Bait-bait lagu nasyid itu membuatkan hatiku perih tetapi aku cuba menguatkan diri dengan mengingatkan diriku bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya, pastinya di hujung perakhiran untukku ada sinar. Aku serahkan segalanya kepada Allah s.w.t.

Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepadaNya,

Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya

Walau dirimu tiada lagi
Tapi hatiku tetap kepadamu
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku

Friday, February 17, 2012

Sampai Syurga


“Saya janji takkan tinggalkan awak," ucap Gadis menanam janji.
“Saya pun janji akan sayangkan awak selamanya, tiada yang kedua mahupun tiga," balas Jejaka sambil melemparkan senyuman manis.
Ungkapan sepasang merpati dua sejoli saat melafaz barisan tinta cinta, hati terikat dengan kasih dan dirantai sayang.
***
Janji-janji itu bagai dipateri dalam memori Jejaka yang tidak mungkin lekang dek panas mahupun luntur dek hujan. Walaupun setelah 3 tahun kisah cintanya dengan Gadis berakhir. Namun, perasaannya masih utuh dan setia akan cintanya terhadap Gadis. Sebenarnya, Gadis telah ditinggalkan Jejaka 3 tahun lalu kerana Jejaka ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang juruterbang.
“Awak, saya nak kena pergi oversea untuk sambung belajar. Awak tunggu saya boleh? Janji?" tanya Jejaka sambil membimbit beg berwarna kelabu di lapangan terbang.
“Boleh Jejaka. Saya janji, sampai syurga pun saya tunggu awak. Nah, ini untuk awak," ujar Gadis sambil menghulurkan sekuntum ros merah dan seekor patung beruang kecil berwarna putih.
“Eh, untuk apa ni? Susahkan awak je,” Jejaka terkejut dengan pemberian Gadis.
“Teddy bear tu nama Qaseh, jaga dia elok-elok. Bila tengok Qaseh nanti, ingatlah dekat saya, okay?” ujar Gadis lagi.
“Baiklah awak, terima kasih,” Jejaka teresak-esak cuba menahan air mata yang cuba mengalir.
“Eh, awak ni kenapa? Janganlah macamni, saya okay je,” pujuk Gadis sambil tersenyum.
Setelah Jejaka masuk ke balai berlepas, manik-manik mutiara menitis di pipi Gadis. Air mata Jejaka turut tumpah ke lantai dewan berlepas KLIA.
***
“Sudahlah!! Awak tipu saya!!” jerit Gadis ke dalam ganggang telefon.
“Ya Allah, betul saya tak tipu. Perempuan tu yang ada-adakan cerita,” jelas Jejaka cuba memujuk.
“Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Sudahlah!” Gadis menghempaskan ganggang telefon.
Jejaka tidak mampu untuk membuat panggilan lagi kerana panggilan jarak jauh memakan belanja yang tinggi.
***
Manis bibir dari tutur, indah janji dari ditepati. Itulah kata-kata yang bermain di benak Jejaka selama dia sedang melanjutkan pengajiannya di Sydney, Australia. Setahun selepas perpisahan mereka, Gadis dinikahkan dengan seorang doktor gigi yang merupakan kenalan Gadis di laman sosial, Facebook. Mereka telah bernikah pada hari raya kedua dan pada waktu itu, Jejaka dibenarkan balik untuk bercuti.
“Sudahlah Jejaka, kau jangan sedih-sedih macamni,” pujuk Pria sahabat karib Jejaka.
Jejaka masih termenung ke luar jendela biliknya sambil memeluk erat Qaseh dalam dakapan. Sesekali memandang bunga ros merah dalam bekas kaca di atas mejanya.
“Jejaka, sudahlah! Aku benci tengok kawan aku jadi macamni!” sergah Pria kepada Jejaka yang masih termenung membisu.
“Argh!!” Pria merampas Qaseh yang berada dalam pelukan Jejaka dan melemparkannya ke belukar di luar bilik Jejaka.
“HOI!!” Jejaka terkejut dengan tindakan Pria, sahabat karibnya itu.
Secara tiba-tiba, Jejaka melompat ke luar jendelanya. Pria yang sedang marah tergamam. Pria terus melihat ke luar jendela. Kelihatan Jejaka sedang berjalan ke arah semak samun dengan keadaan yang terhincut-hincut.
“Jejaka!” jerit Pria sambil berlari ke luar rumah untuk mengejar sahabatnya itu.

Malam itu, Jejaka kelihatan sedang membersihkan bulu Qaseh yang sedikit kotor akibat terkena debu tanah sambil mengabaikan keadaan kakinya yang bengkak teruk akibat terseliuh.
***
“Kau nak tunggu dia sampai bila? Dia dah kahwinlah,” ujar Pria sambil memegang bahu Jejaka.
“Aku pun tak tahu, sampai syurga kut,” balas Jejaka sambil tersenyum.
“Kau ni, kerjaya ada, harta ada tapi bini je tak ada. Sampai bila kau nak jadi macamni? Aku yang dah kerja biasa ni pun, anak dah empat nak masuk lima. Kau pula masih single,” tambah Pria lagi.
Jejaka hanya mampu mengukir senyuman di bibirnya. Jejaka telahpun menjadi seorang yang berjaya. Dia adalah seorang juruterbang yang berpangkat tinggi di MAS. Namun, hidupnya masih keseorangan.
“Eh, teddy bear ni? Kau tak buang lagi? Bukan mak kau dah buang ke?” Pria mengambil Qaseh yang sedikit lusuh dari atas meja Jejaka.
“Aku ambil balik hari tu. Aku sempat kutip sebelum ayah aku bakar,” jawab Jejaka.
“Ish… Ish.. Ish… aku tak tahulah sampai bila kau nak jadi macamni,”
“Kan aku dah jawab tadi? Sampai syurga. Kenapa? Kau tak percaya? Satu hari nanti kau akan tahu juga,” sambil mengambil Qaseh dari tangan Pria dan meletakkannya kembali ke atas meja.
***
Lima tahun selepas itu, Jejaka menghembuskan nafasnya yang terakhir. Seorang peguam telah datang ke rumahnya dan membacakan surat wasiat.
“Siapa Gadis binti Abdullah?”
“Eh?! Kenapa nama dia ada dalam wasiat?” tanya seorang adik Jejaka.
“Nama dia tertulis di atas surat ni. Sebab dia akan menerima satu per empat dari harta peninggalan arwah. Tambahan, arwah ada bagi satu surat dekat dia,” jelas peguam itu lagi.
Adik Jejaka menelefon Gadis dan menyuruhnya datang ke rumah.
Gadis tiba bersama dengan suami dan anaknya. Peguam itu menyerahkan surat itu kepadanya.

“Assalamualaikum Gadis,
Andai awak terima surat ini, pastinya saya telah tiada di muka bumi ini. Saya tahu, tiada jodoh antara kita di dunia ini sebab itu kita dipisahkan. Namun, bibir saya sentiasa basah dengan doa untuk agar awak bahagia. Saya tahu bukan salah awak kejadian 8 tahun lalu, sudah takdirnya kisah cinta kita berakhir. Cukuplah bagi saya untuk melihat awak bahagia. Awak, tolong jaga Qaseh elok-elok, saya dah tak ada untuk tengokkan dia dan saya harap awak boleh ambil dia balik beserta bunga ros awak yang saya dah laminate. Saya minta maaf banyak-banyak dekat awak dan keluarga awak.
Dari Jejaka yang menunggumu di syurga.  

Gadis mengambil bunga ros yang telah dilaminate yang berada di dalam bilik Jejaka. Rupanya, bunga ros merah itu dilaminate Jejaka bersama dengan sebuah sajak.

Our broke up made my heart ache
But I just agreed and pretended to be okay

I thought it would be hard
But time will heal the pain
Now let me tell the truth

I felt like dying because of you
I couldn’t breath
Nor could I sleep
I tried enduring but the tears well up

Living isn’t the same
Now I shout for you not to go
Can't you come back to me?

I thought breaking up would make things comfortable
But why does it hurt more and have more tears
than when we were fighting?

What's so great about this stupid pride of mine
That I couldn't even say I'm sorry when we were breaking up

The arrogance of thinking that I would easily get over you
Is making me sorry, is hurting me more

But now it’s all over,
You have gone
You’ll never come back
But I’ll always wait for you
In the heavens welcoming with a smile 
^_^

Dah upload dah link download... yang ni dah dibetulkan... hihi

Thursday, February 9, 2012

Derapan Kaki Menuju Ilahi

Assalamualaikum...

Seperti hari-hari biasa... aku berjalan lagi di kota metropolitan.. pulang dengan kelelahan selepas seharian di tempat kerja... pandangan ku halakan ke bawah... asap..debu... tak ingin bendasing masuk ke rongga hidungku... kelihatan derapan kaki warga kota yang kian laju.. malah warga emas memecut bagaikan halilintar... terpacul di minda kerdilku...
apa yang mereka kejarkan?

saje bubuh... budak kecil nampak comey.. ^_^

aku cuba abaikan apa yang lihat tadi...anggap sebagai rutin biasa...
terdengar bait-bait lagu Layar Keinsafan nyanyian Mestica...

"berikanlah ku hidayah, agar dikuatkan iman yang lemah,
agar diberkati hidup ini, menuju bahagia yang kekal abadi..."

teringat pula aku dekat satu surah yang bermaksud (x ingat full, olahan balik..maaf)...

"kepada yang meminta hidayah (petanda), tidak cukupkah lagi Kami ciptakan bintang di langit, udara, air...lihatlah sekeliling kamu"

tersentak aku lalu menoleh buat kali kedua... kali ini berfikir lebih dalam...

kita sering mengejar sesuatu yang kita pun tak tahu untuk apa...
tapi bila kita meletakkan diri kita di muka bumi Allah...
kita tanam niat untuk beribadat.. lillahi taala... insyaAllah.. apa yang kita kejar makin jelas...

dalam buku Fathi Yakan... beliau ada sebut... umat akhir zaman ada 3 kategori...

1. kejarkan dunia semata-mata
2. kejar dunia separuh..
3. kejar akhirat...

kita kategori mana? kita asyik berlari... mengejar benda yang tak nampak... kita kategori mana??
tepuk dada...tanya iman... ^_^

untongla kita dah dilahirkan Islam... jangan sia-siakan... orang lain mengejar kebenaran...tapi kita dah pun bermula hidup dengan agama yang benar... sepatutnya... kita sekarang membantu yang masih terkapai dalam mencari kebenaran...

jangan terlalu fikir yang kita ni kurang ilmu...kurang alim dan etc... Rasulullah pesan... sampaikanlah ilmu walau sepotong ayat... kan?

p/s: mukmin yang baik adalah yang bertani di dunia dan hasilnya dituai di akhirat kelak... ^_^

Saturday, November 12, 2011

Why Men Don't Understand Women



Salam Alaykum


It has been a long time since my last update.. today’s topic would be.. “Why Men Don’t Know Anything About Women”… firstly.. we’ll look back to our first ancestor.. ADAM and HAWA (EVE).. Eve was created from the left ribs of Adam during His sleep.. why?
Because when Men are in pain.. they hate it more.. regardless the situation.. however, Women are the opposite.. they are patience and strong will… eventhough they are hurt, they would bear the pain regardless the situation.. This is why Allah s.w.t. put Women in charge of birth..
Enough of the historical explaination.. Some people asked me, “Is it too hard for a Man to understand a Woman?” Allah s.w.t. created Us in its own unique way.. Allah created Us differently so that we would complete each other…
Women always state that, “Men rarely try to understand Women.” Why??
It is not like Men doesn’t want to understand Women, but Women are complex being.. they are not like books that can be read and.. *SNAP*… We (Men) understand the inner feelings of a Women.. NO!!
Actually, Women think they understand Men.. but the reality is NOT!! It is just Men doesn’t want to continue the argument cause it would be such a waste.. it is better to shut up and listen to women nagging rather than to counter them..  this is merely to save time and also the relationship…
But…
In order to have a harmonious life, Men and Women should be frank to each other, open up themselves to each other.. embrace themselves with love and care.. it doesn’t matter if You (Men or Women) understand the opposite gender or not.. the main thing is “If you love somebody, accept Him or Her for the way they are..don’t try to change them… cause if you do that.. He or She would not be the same person You fell in love with in the first place”- Don't Love to Change-
My advice is.. Men should always try their best to satisfy the Women needs but Women should know when enough is enough..
Prepared by a modest and simple mind being ^_^
Trying to learn English for better job prospect!! hehe

Sunday, October 30, 2011

Sampling Bukit Fraser


Salam alaykum,

dari hari jumaat hari tu sampai isnin..aku telah ke bukit fraser.. yaaahh.. untuk sampling senior or akak master.. pegi menangkap spider and harvestman.. harvestan jarang dengar kan? nak tahu lebih lanjut?? kenalah tanya pakcik google then pergi search kat makcik wikipedia.. insyaALLAH ada.. untuk spider dan harvestman ni.. hehe..



Jumaat:

Keberangkatan 2 orang pemuda bersama 2 orang pemudi dengan seorang supir ke Bukit Fraser.. masyaAllah.. jalan ke sana penuh berliku… S-curve road la katakana… pening pale aku.. terdiam seribu bahasa…keringat membasahi pipi dan celah ketiak menahan loya tekak… Kak fatin, Kak ju dan Abg dan serta Pak Jurih bergerak ke sini.. jeng-jeng-jeng… best la.. sejuk je..

Malam ni.. kitorang dah masuk trail UKM dah.. perghh.. dalam gelap gelita.. sejuk… hujan kut.. basah abis bajuku.. yang dapat malam tu hanyalah beberapa ekor spider dan stick insect..(bolehlah digoreng celup tepung..sumber protein yang ada..)

Sabtu:

Subuh di Fraser Hill amat menguji keimanan… air yang dipam dari bukit Fraser ni..menjadi sumber H2O untuk keperluan harian… termasuklah berwudhuk… menggigil rasanya pagi tu.. solat subuh dengan kegetaran batin dan jiwa… menggigil gilerr… Sejuk sangat.. Pak Jurih selamba badak mandi… siap tanya lagi.. “Korang tak mandi ke??” oleh kerana..mandi tidak diwajibkan pagi itu.. aku tunda proses bersiram untuk waktu tengahari… (busuk la pagi tu.. =p)

Sampling pagi dan malam di Hemmant Trail.. seronok.. dapatlah apa yang kita cari… hehe.. spider..harvestman…stick insect..dan scutigera… TERBAIK!!

Ahad:

Subuh di Fraser pagi tu tetap menguji jiwa dan raga… Mak aiiii… Pak Jurih mandi lagi… “Korang nape tak mandi?? Tak sejuk sangatlah air dia” aku dan Abg Dan saling berpandangan.. tiap kali air dingin terkena kulit.. reseptor sejuk bergetar hebat…ransangan demi ransangan yang sampai ke bahagian otak.. otot ku kejang menahan sejuk… biasanya lepas subuh..boleh landing balik.. but today… nak landing pun sejuk gilerr… selimut nipis menjadi peneman pun tak mampu untuk aku menjadi kepompong di kala subuh ini… hahhaa.. (ayat poyo) Bishopt trail menjadi venue sampling untuk hari ni… boleh lah tahan.. dapat apa yang dicari.. but.. tak sabar tunggu malam.. hehe..

Rompin trail menjadi tempat kami berburu malam tu… seronok sampling malam.. bertemankan bintang2… malam tu.. bintang2 di Fraser Hill melambai2.. menghantar kami pulang keesokan harinya…
Isnin:

Hari terakhir di sini.. pagi tu… subuh tidaklah sedingin sebelumnya… mungkin kerana kehangatan rumah telah terasa.. hehe.. but.. memang tak sejuk sangat… kami bersiar2 di kawasan Trail UKM sebelum pulang.. seronok pergi sampling…

Sepanjang dalam van… aku tertidur kepenatan… sampai di rumah… tidur lagi.. hehe.. kejeku.. tidur je..

Itulah cerita samplingku di Fraser Hill… nanti buat entry pasal benda lain plak….
By the way… aku syorkan.. pergilah ke Fraser Hill if nak bercuti or berbulan madu… kalau dah ada anak.. tak sesuai sangat kut.. sebab tempat untuk kanak2 bermain takde.. sesuai untuk pasangan baru kahwin… dingin and nyaman… BEST!!!

Indahnya ciptaan tuhan… buat aku bersyukur berada di Bumi Allah yang Permai… Syukur Ya Allah atas nikmat yang kurniakan… tangan..mata..kaki..segala yang Kau beri.. amatlah aku hargai… terima kasih Ya Allah… semoga hidup Kami dirahmatiMu…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Since you Left Me..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Setinta pena Mencoret

jika hari ini aku lalai,
tolong ingatkan aku,
tentang masaku yang sia-sia,
tentang kesibukanku dengan dunia,
tentang rinduku yang menggila,
tentang kataku yang merapu saja,
tentang cintaku yang sia belaka.
tentang bekalanku ke sana,
tentang ajalku yang hampir tiba,
tentang sendirianku di dalam tanah,
tentang gelapnya kubur kita,
tentang duniaku yang fana,
tentang akhirat yang abadi jua.