Salam Alaykum,
CINTA.. satu perkataan yang cukup indah dan terlalu luas maknanya dari sudut istilah mahupun bahasa.. cewah.. ayat nak artistik poyos jer...haha...
CINTA.. bagi aku.. untuk edisi 1 ni... Cinta dari aspek umumnya.. umumnya.. cinta adalah satu tahap yang lebih tinggi dari minat..suka...dan sayang... cinta boleh buat kita rindu dan benci... cinta boleh buat kita sakit dan happy.. sejauh mana kita mengerti perkataan keramat ini? aku pun tak berapa pasti..yang aku tahu.. cinta itu kadang-kadang macam kopi.. serbuknya..gulanya..perlu secukup rasa..baru nikmatnya dirasai dan diingati sampai mati.. macam kopi kapal api.. betul-betul KAW!!!
CINTA.. bila kita cinta..kita juga mengharap dicinta.. tak salah kerna itu memang sifat manusia.. tapi yang lebih baik..adalah cinta dengan memberi cinta dengan harapan cinta itu tidak menyakitkan yang dicinta.. cinta sejati adalah bila cinta kita adalah kerna cintakan Ilahi.. cinta sejati adalah bila mencintai kerna cintakan Ilahi.. cinta yang sejati.. adalah cinta yang hidup sekali..dan dibawa hingga mati.. bak kata Shah Rukh Khan dalam Kuch Kuch Hota Hai.. Hidup sekali, Mati sekali, Cinta sekali, Kahwin sekali... tapi..tintaku kini berubah... Oleh kerana hidup dan mati sekali.. kahwin kenala banyak kali..hehe..
so, setakat ini dulu... ingat... Cinta itu tak buta...tapi kita yang selalu buta sebab cinta.. cinta itu anugerah.. jagalah ia sebaiknya..
CINTA itu datang dariMu Ya Allah...
CINTA itu jua milikMu...
andai Kau ambil anugerahMu Ya Allah...
Kau redhakanlah hati ini menerima qada' qadarMu...
andai Kau kekalkan CINTA itu Ya Allah...
Kau tetapkanlah hati ini agar terus mencinta kerana cintakanMu...
~Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim~