Hari tu aku hantar adik-adik ke Sekolah Menengah SRI Al Amin
Bangi… aku pandang kiri dan kanan aku… banyak betul dah perubahan… bukan tak
perasan selama ni… Cuma tak berperasaan selama ni… betullah orang cakap… bila
tengok dengan mata kasar, berlian yang mahal hanya dilihat sebagai perhiasan
dunia… tapi bila tengok dengan mata hati, batu tepi jalan pun ada nilai
estetika tersendiri…
Tengok bangunan sekolah yang dulunya satu blok, naik jadi
dua, lepas tu tiga… sekarang dah ada lima… nak menitis tengok perkembangan
warga AL-AMIN… harapnya produk AL-AMIN terus menyebarkan biah solehah ke mana
tempat pun mereka berlabuh… InsyaALLAH…
Aku pandang rumah En. Jailani… Bilal, terkenang nasihat anta
yang menyentuh hati… Afif, rindunya dekat sahabat yang seorang ni… nakal-nakal
dia pun, baik lagi dia dari aku… Hanif Salleh, (Maaf hilangkan kopiah anta yang
berharga RM25 masa lawatan pengawas ke Cameron Highland)… rindu dengar nasihat
dia.. ketawanya yang sederhana… MasyaAllah…
Aku pandang kantin tidak berdinding… tersenyum sendirian
sambil mengelap air jernih di tubir mata… (maaf)… teringat main bola (bajet
futsal) masa orang tengah SPM… masa exam EST (English for Science and
Technology) bajet hebat sangat kan? Keluar awal dari orang lain, pastu pakat
main bola dekat kantin… Afif… Mundzir… Fauzan… Khairi… Khaidhir… Bukhari… Anas…
tahukah antum, ana tetiba merindukan antum… heh …Aiman…Naqib… Mafiq…korang
memang salu buat aku tersenyum… mana taknya… lawak tengok korang mengusik Fariz
Azizi dengan telefon polyphonic tukar monophonic.. hehe…
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain… maaf
sahabat-sahabat, aku jarang contact… sibuk dengan urusan duniawi yang tak
pernah habis… insyaAllah.. ada kelapangan.. kita berjumpa… sering aku ingatkan
diri aku… bertemu kita dulu kerana Allah.. berpisah pun kerana Allah…
insyaAllah… suatu hari nanti… pasti kita berjumpa kerana Allah kembali… ^_^